Wednesday, April 25, 2012

Tidur Malam Tersenyum Happy


Dia dapat gaji lebih sikit hari ni

Dia belanja saya makan lagi

Kat sini

kat restoran favourite kitorang kat bangi



Grilled Lamb Chop

rm 34.50



Alamatnya di sini

Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki lagi, Daddy :-)



Saturday, April 21, 2012

They Never Let Us Down


sekarang kalau nak makan steak

memang takkan cari kat tempat lain



honey pepper bbq ribs

RM 31.90



lamb shoulder

RM 19.90



mana lagi kalau bukan kedai depan rumah

Islamic Trattoria

:-) :-) :-)



Siapa Mau?!




Iklan jap

untuk dijual


 Kalau nak, boleh email saya
hanie78@yahoo.com 

Hehe


.

Thursday, April 19, 2012

Banjir


Hujan

Pekena roti canai

Kuah kari

Banjir

Kembang

Nikmat!!

Alhamdulillah




Semoga semua orang beraura positif pagi ini

Jangan malas-malas kerja ok! :-)



Sunday, April 15, 2012

Rasa Halal Vienna

Assalamualaikum

This time kita ada penulis jemputan [yang kononnya terer sangat la pasal Vienna kan ;p]
dia akan review pasal makan-makan kat Vienna
(sebab saya sendiri pun dah rasa nak muntah hijau cerita pasal Vienna.. haha!)

silakanlah membaca... ;)


Bila kat Vienna, kena cuba kek Sacher Torte (torte maksudnya bulat, tapi sacher bukan 'saka'). Ini kek coklat yang ada lapisan apricot yang sangat manis, dan kena makan dengan sour cream untuk membalancekan rasa manisnya. Sacher ini memang signature dish Vienna dan ada history yang tersendiri. Tak sah kalau tak cuba, dan saya pun pertama kali cuba tahun lepas, atas suggestion dan cerita (atau kelentong) Dato' Ambassador Malaysia di Vienna.


Boleh cuba sacher ini di lokasi asal iaitu Sacher Hotel kat hujung Karntner Strasse, atau cafe cawangan mereka di Flughafen Vienna. Kalau nak order sacher ni, harus didampingi dengan secawan melange (kopi susu Vienna).

Tokey blog kata : 
Haaa.. ingat tu.. salah satu syarat wajib ke Vienna - mesti try sacher torte!
Actually masa kitorang makan sacher ni kat airport, mamat waiter dia punye la hensem..
saya kata 'membazir betul muka hensem jadi waiter, kalau kat Malaysia, sure dah jadi model/pelakon/retis!'
siap menyuarakan hasrat nak ambik gambar dengan mamat waiter tu
tapi telah digelakkan secara besar-besaran oleh encik penulis jemputan nih! ceeettt.. hahhaaha


* * * * *


Ini pula kedai tanpa nama di Schwedenplatz yang menjual makanan halal seperti kebab, falafel, pizza dan schnitzel. Saya jumpa kedai ini pada kali kedua saya ke Vienna tahun lepas. Kedai kecik, standing room only. Makan time summer memang nyaman, tapi time winter, memang ketar berdiri sambil makan. Tapi Vienna memang orangnya makan on-the-go, berdiri atau berjalan hatta semasa berdiri dalam U-Bahn sekalipun.


Staff dia memang friendly dan semuanya Muslim. Walaupun English diaorang agak limited, takde masalah untuk order. Bila kita order kebab, boleh pilih chicken or lamb, kemudian customize kan - nak salad ke, tomato ke, pickle ke, extra mayo ke, nak chilli ke.. Lepas makan jangan lupa kasik tip 1-2 Euros, nescaya bila kita datang semula, layanan diaorang makin mesra.


Kedai ini ada halal-cert, tapi tak boleh expect certification macam JAKIM di sana. Actually, kalau ikut kata Malaysians di sini, semua kedai kebab Vienna memang halal walau takde tanda halal sebab supplier meat dia sama je.


Menu kat kedai ni antaranya kebab sandwich (dalam roti pita yang besar), kebab durum (dalam roti gulung/wrap), kebab box (dalam kotak dan boleh pilih dengan nasi atau fries), falafel, pizza dan chicken schnitzel. Semuanya portion yang besar dengan harga yang murah (Vienna standard lah, jangan convert Euronye).

Tokey blog kata:
Kalau semuanya nak convert euro ke RM.. memang tak makan la den! hehe


Kalau anda notice dalam gambar di atas, ada kedai yang signboard-nya cuma nampak Jersey. Itu kedai Halford Jersey, dia jual kereta mainan dari yang kecik sampai la ke model besar untuk serious collectors tu. Di sini harga lebih murah, dan tempat saya beli toy cars untuk Harraz.


Dalam 4 kali trip saya ke Vienna, saya pernah cuba kebab di Kagran, Florisdorf dan VIC - tapi kebab di Schwedenplatz ni la yang terbaik. Kalau nak pegi sini, naik U-Bahn dan turun di stop Schwedenplatz dan naik ke Rotenturmstrasse. Mesti akan jumpa, sebab area ni banyak kedai makan dari kebab sampai la ke noodle house dan Tichy (kedai aiskrim famous kat Vienna).

Tokey blog kata:
Tangan saya kat gambo pizza tu - saje nak tunjuk betapa besarrrnya pizza tersebut. ;)
saya selalu makan tak habis durum/kebab kat sini
so biasanya separuh saya makan untuk dinner, separuh lagi buat breakfast esok pagi
kalau encik penulis jemputan tu lain la.. perut dia besooor! kehkeh..


Gambar di atas ini pulak kedai Bereket di Favoritenstrasse, dekat dengan apartment kitaorang di Reumannplatz. Juga ada menu kebab, falafel dan pizza. Outletnya kecik saja tapi ada la sikit ruang duduk kat dalam. Kebab dia okay dan average, tak sesedap kat Schweden. Staff pun tak berapa mesra.


Kalau nak selesa lagi, juga di Favoritenstrasse ni, boleh la singgah di Turkis Palast ini. Restoran ini franchise kat Vienna, dan diperkenalkan kepada saya oleh orang Embassy. Harga memang lebih mahal tapi selesa dan pentingnya, ada heater semasa winter.



Kalau baca menu kedai Turkis ni, memang takde sepatah pun dalam English. So kalau nak panduan order kat sini - reis (nasi), rind (daging), huhner (ayam), pommes (fries), teller (pinggan). Selain daripada tu belasah je lah. Kat sini dulu, kami cuba rice with beef gulasch dan chicken schnitzel. Portion kat sini juga besar-besar dan padan dengan Euronya.

Ada beberapa lagi outlet yang boleh kita kunjung di Vienna (saya tak maksudkan orang Malaysia kat sini walaupun sekarang dah ada 6-7 family Melayu di Vienna). Antaranya restoran Nordsee yang serve seafood saja tapi memandangkan ada sauce dia yang pork-based (lard) dan saya tak berjaya nak tau yang mana satu, maka kena la kensel dulu trip ke Nordsee.

Anyway, kalau korang tak memilih selera sangat, maka tak susah nak cari makanan halal di Vienna. Kedai kebab wajib ada di stesen-stesen utama sepanjang U-Bahn. 


Tokey blog kata:
Ye betul.. makan tak boleh memilih
kalau sewa apartment ada kitchen, boleh juga beli instant pizza/ instant pasta
panaskan/ masak... ngappp.. kenyang!
dan jimat juga :)

So itulah dia apa yang saya makan sepanjang seminggu kat Vienna
hari-hari makan kebab.. badan pun naik debab! haha



Sekian..







BlogIt! La Pulak

Testing another apps

Tapi nampaknya apps ni pun tak boleh bikin tulisan kat center

Tapi ada tambahan untuk text editing

aahhh, saya rasa kalau masukkan html code boleh kot



Ok.. Now let's try insert gambar pulak



Hmmm.. Menarik.. Siap boleh preview lagi sebelum publish

Another image

ayam penyet!


Yes! Yes! Saya rasa saya lebih sukakan BlogIt! berbanding Bloggeroid..

untuk quick update, memang best

Cubalah! :-) :-) :-) :-)







Friday, April 13, 2012

Bloggeroid

Cobaan.. Cobaan..

Mari kita coba dengan memasukkan gambar budak-budak comey
[ahakkss.. Comey kerr?]












TQ dear... Kerana memperkenalkan apps ni :-)
(u know who u r)





.

posted from Bloggeroid

KL Ke-tower... (pengganti KL Menjerit.. hihi)



[read : KL Ketawa ;)]


KL Tower..
segah namanya


seindah pemandangannya


saujana panoramanya


semahal bayarannya...
RM 100 bertukar tangan...


dah rasa macam naik tower kat europe pulak
dulu rasanya kalau tunjuk mykad, nak naik rm10 jer per adult
sekarang dah ada pakej
pakej famili la, pakej basic la..

nasib baik kali ni servisnya lebih mantap
:)


mana taknya
first time pegi pun 5 tahun yang lepas.. hihi




.



Tuesday, April 10, 2012

Hundertwasserhaus & KunstHaus Wien

A S S A L A M U A L A I K U M


Hundertwasserhaus merupakan bangunan kediaman persendirian
[so kita boleh tengok dari luar jer.. tak boleh masuk dalam rumah tu]
bangunan ni diilhamkan oleh seorang pelukis
Friedensreich Hundertwasser
memegang konsep/motto:
 "Die gerade Linie ist gottlos!" ("The straight line is godless")


therefore, kita takkan jumpa any straight lines kat bangunan ni
even lantai dia pun tak rata


Untuk ke sini, kitorang ambik U Bahn
turun kat station Rochugasse
keluar kat market mana entah [lupa]
then follow jer signage ke Hundertwasserhaus


Dalam Hundertwasser Village ni ada kedai-kedai souvenirs
dan ada cafe juga
kat sini pun fridge magnet murah
3 for 9.95 euro


{pehal tunjuk lobang idung, bang??}
cantik kan architecture dia.. colourful!
ala-ala rasa macam kat egypt pun ada ;p


bawah tu cafe dan kedai souvenirs
ada tangga naik atas, ada satu kedai jual paintings and arts
tak boleh ambik gambar dalam kedai tu.. siap ada cctv! ;p


Keluar dari Hundertwasserhaus, kitorang nampak poster ni
oo.. ada satu lagi building menarik rupanya
lebih kurang 400 meter dari Hundertwasserhaus


Jalan punya jalan punya jalan..
yeayy.. dah jumpa!
puas hati!
actually boleh naik strassebahn (tram)
tapi sebab takut salah naik tram, so kitorang menapak saje


KunstHaus Wien ni sebenarnya muzium
yang mempamerkan semua hasil karya Hundertwasser, dan artis-artis lain
bangunan ni dulunya ialah kilang perabot
diubahsuai dengan gaya yang berbeza antara tahun 1989 - 1991
dan kerja-kerja ubahsuai diselia oleh Hundertwasser sendiri


kat bangunan ni pun sama
tiada garis lurus
ada satu fountain kat dalam building ni
unik sebab ia dibina menggunakan batu-batu yang dibawa dari seluruh dunia


ni kat sebelah belakang
[abaikan muka minah yang terlebih excited tuh!]


Hundertwasser ni memang suka warna-warna yang terang
dan pokok-pokok yang banyak
kalo time banyak daun ni, cantik kot
takde la nampak scary sangat macam ni ;)


bahagian belakang
ada cafe
tapi tutup.. 
tak dapat la order kopi 'mai secheawan!'
haha!





.

Friday, April 6, 2012

Vienna Di Sebelah Yang Moden


A S S A L A M U A L A I K U M


Salam sayang di pagi Jumaat
:)


Dulu, hari Jumaat jugak saya pegi area ni
since hari tu hari terakhir encik apek meeting, dan tengahari dah boleh balik,
maka saya ke Donauinsel dulu

Donauinsel (Danube Island) ialah sebuah pulau di tengah-tengah bandar Vienna
terletak antara Danube River dan sebatang terusan buatan (New Danube)
Pulau ni tirus, panjangnya 21.1km, lebarnya cuma 70-210m


New Danube
sebenarnya saliran New Danube tu dikorek untuk mengatasi masalah banjir kat Vienna
so Donauinsel la pulau  yang terhasil daripada kerja-kerja tersebut 
dan dijadikan tempat rekreasi


kat tengah-tengah jambatan yang merentasi Danube River ni, ada satu station U bahn
station Donauinsel
saya berhenti kat sini, dapat la tengok Danube river yang lebar tu
dalam gambar atas ni, kita boleh nampak Hochhaus Neue Donau (New Danube Skyscrapper)
dan kompleks perumahan sepanjang New Danube


gambar ni sebelah kanan Danube River
yang nampak macam castle tu sebenarnya church
Mexicoplatz church.. cantik kan.. macam dalam citer Cinderella lak
depan dia tu ialah Danube River Cruise
tapi time saya pegi, cruise tu tak beroperasi
insyaAllah, next time kalau ada rezeki, saya mesti naik cruise tu! ;)


cantik kan kaler graffiti ni?
banyak jer dinding-dinding kat Vienna kena conteng macam ni
bukan kat tempat kita jer ;)

Time tu Donauinsel agak sunyi
tak berani nak stay lama-lama




So, saya terus pegi ke tempat encik apek meeting
kat Vienna International Centre (VIC)
one stop selepas Donauinsel


Ini bangunan United Nations
[angin kuat sangat masa ni, so awan pun sekejap ada, sekejap hilang kena tiup angin]


bendera-bendera dalam compound bangunan UN
korang nampak apa yang saya nampak?
hehe.. gigih saya tunggu angin tiup bendera tu


daripada VIC, saya nampak Donauturm (Danube Tower)
building yang tinggi kaler kelabu sebelah kiri tu, saya syak tu ialah apartment
kaki saya ni biasa la.. nampak benda yang menarik, kaki pun macam tertarik-tarik nak pegi ke sana


close up sket view dari jauh


Menghala ke belakang VIC
kena lalu Austria Center dulu
tak sure la apa ada kat Austria Center ni
macam PICC kot lebih kurang


hahhh.. dah dekat dah


sekali tengok.. alamakkk... jauh lagi!
sebenarnya kat atas tu ada kafe
encik apek kata nak belanja saya makan kat situ
tapi, tak jadi sebab jauh beno nak kena menapak
nak naik bas tak reti.. hehe

time ni kalau saya nak redah sorang-sorang,
kena merentasi dulu taman yang sunyi ni
tak berani aihh.. kang kena kidnap!
lagipun, tak nampak pak polizei kat sini.. ahaha


maka, senasib lah kamu dengan cruise yer, tower

doakan saya boleh repeat kunjungan ke vienna,
supaya saya boleh experience benda-benda yang lain pulak
:))



psst.. ada lagi 2-3 entri Vienna menyusul
dah nak abes dah.. yeayyyy :D



.