Showing posts with label ho chi minh city. Show all posts
Showing posts with label ho chi minh city. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Selingan : Video HCMC

Assalamualaikum..
=))


Asyik Bali jer.. jenuh nak ngabeskan ek

hehe


Hari ni kita santai ajelah
layan video
saya kemaruk buat video sekarang ni.. =D

video Bali saya dah upload kat FB
bak kata uncle gedek.. FB frens saya dapat privilege la tengok video tu dulu
kat blog, tunggu habis semua entri la baru saya upload video Bali ye







Selamat Berhujung Minggu!


saya kena pegi CME X-ray petang ni.. huhu



oh ye.. tak lupa buat Incik Apek terchenta
Congratulations!!
I'm so PROUD of you  ;)



.



Saturday, April 2, 2011

Video Water Puppet Show

.


Hari Sabtu ni
meh kita layan video pulak
encik apek yang rakam ni, guna hp jer
dia tak ambik full pulak
huhu~



aik.. kocik lak gambo eh
buleh nampak ko?
=D





.

Friday, April 1, 2011

HCMC : Random Pics

 Assalamualaikum
=)


Entri terakhir pasal HCMC
supaya korang tak muntah darah.. hehehe
nanti akan ada review pasal HCMC secara general
based on our 4-days experience kat sini
kehkehkeh
tapi kat blog encik apek la
tunggu nanti dia karang.. now dia bizi la pulak ;p


before departure
ada ghope boy kah anak daraku ini? huhu~
sebab masa kat hcmc, semua orang ingat dia boy




Pakistani halal food kat food court Parkson
(Le Thanh Ton Street)


D'Anjung Malaysia.. also at Parkson's food court
ada orang kata minah yang jaga kat stall ni pandai cakap melayu
kitorang try la.. satu hapah dia tak paham!
2x kitorang makan nasik lemak kat sini
boleh tahan sedap!


vietnamese banyak makan kat food stalls tepi-tepi jalan camni
kerusi & meja pun kecik-kecik comel-comel jer
memang area jadi kotor dan bersepah-sepah dibuatnya
agaknya sebab tu orang vietnam kurus-kurus kot


Ben 10 ;)


ninja???
hehehe.. bukan!
ingat nak beli topi ni.. cisss.. mahal dia letak harga!
vietnamese memang ramai pakai style ninja ni
1.. sebab pollution
2.. sebab diorang kata perempuan yang cantik ialah perempuan yang kulit putih, cerah.. so pakai camni konon taknak kulit jadi gelap lah


lagi stall kat kaki lima


ni gambar dalam chinese pagoda




aunty ni tengah sembahyang/berdoa
cara diorang lah :)


comel kan helmet diorang?
cover separuh jer kepala tu


aunty ni pulak.. sampai tertido-tido
tunggu orang datang beli barang dia
huhu~ kesian....


Saigon Opera House


ada lagi benda camni kat sini
panggil ape ek? bukan beca kan? lancha???
tapi tak sempat nak try naik la
mana pulak la den nak campak budak-budak ni kan ;p


City Hall
eh, dah tunjuk kan gambo nih? 
layan je ek.. hehe


salah satu kedai souvenir kat sini
jual produk embroidery dan cotton
macam-macam la.. alas meja, bekas tisu, gaun budak
kitorang beli gaun smocking amoi
selai rm50.. takde la murah pun kan?


adidas outlet
pun tak murah jugak!
baik beli kat KL jer


saya rasa produk kulit buaya ni memang produk vietnam
banyak jual
keychain kuku buaya pun ada jugak
tapi saya tak beli la.. kang termimpi-mimpi lak ada buaya datang serang!


haa.. tau mende alah ape ni??
eyuwwwww... saya tengok pun geli! 


ni ler minuman 'ruji' kitorang kat sini
again, nak ingatkan.. beli la kat kedai runcit ker
kat mall ker.. yang ada price tag
kalau beli tepi jalan, sesuka hati diorang letak harga


kali kedua di Saigon Mai
senyum leborrrr minah promoter tu tengok kitorang datang lagi
saya prefer shopping kat sini lagi berbanding Hong Anh Collection
sini dia bagi duduk, bagi air mineral
sebut jer nak baju warna apa, fesyen apa
segala stok mak nenek diorang lambakkan depan kita


si ah chai ni, orang suruh dia posing dengan kuda tu, dia pi ngintai kedai lak
dia ingat kedai tu jual toys kot
sampai ke vietnam pun still mainan jer dalam otak dia.. huhu~


haa.. ni part jalan yang bizi
most of the streets memang camni la selalu
berani korang nak lintas??? hehe
tapi bak kata tour guide kitorang
'pedestrians are the rocks, vehicles are water.. so water must go around the rocks'
so agak-agak lengang sikit, melintas la dengan selamba..
jangan stop ataupun melencong tiba-tiba, sudah, insyaAllah selamat
cuba kalau buat camtu kat KL
kompem kena maki.. 'woi.. gila ka??? mau mati ka???'


potret atuk Ho
=)


vietnamese girls
comey kan... ayu gitu.. macam erra fazira! =)


sourvenir camni pun, saya tak beli
setakat skodeng-skodeng jela


si amoi rambang mata
geram tengok dragonflies tu.. so kalerful


more vietnamese girls


lacquer
yang ni pun tak beli.. takut pecah
tapi masa nak balik, ada balance lagi vnd295,000
so jalan-jalan kat airport, beli jugak la satu jewelery box
sebab nak abeskan duit dong tu
harga vnd298,000.. selamba jer mintak diskaun vnd3,000 kat airpot
kehkehkeh


dengan staff hotel
recommended la hotel ni
dekat jugak la kalau setakat nak jalan kaki pegi Ben Thanh Market, kedai-kedai baju kurung/jubah, kedai-kedai tailors, parkson, opera house, reunification palace, notre dame dengan post office tu
staff pun peramah.. sangat helpful


ada rupa melayu kan yang pompuan tu??


atas jalan-jalan kat sini
ko naik kereta ke, naik basikal ke, naik moto ke, semuanya setaraf
tak pernah nampak ler diorang merempit ke ape
masing-masing steady jer bawak motor/basikal


haa.. nampak tu
melauttt motoooorrrrrr je kan
ni time peak hour jugak la


ini.. hasil tangkapan... err bukan saya punya!
masa dok tunggu kawan saya ambik
nampak ada kapel melayu keluar dari teksi, masuk dalam hotel tu
pastu driver teksi tu keluarkan guni-guni tu.. satu.. satu..
mak aihhh... mesti tokey besau nih!


ini mamat jual air kelapa fresh
mula-mula kesian tengok, nampak berlekuk bahu dia nak mengangkat gandar tu
sekali bila kitorang beli
dia henyak harga vnd100,000 untuk 2 bijik kelapa
berapa?? RM16.50 tu!!!!
hampeh!

so kalau korang pegi sana..
kalau korang jumpa mamat ni..
sila la... tolong laa...
sekehkan dia untuk saya!


tula part yang best kat hcmc ni
peniaga dia banyak menipu!


ok... habis dah cerita ho chi minh city


next vacation..
bakal berdating berhanimun berduaan dengan encik apek pulak
=D





.



Thursday, March 31, 2011

Day 4 at HCMC : Nak balik sudah...

Assalamualaikum
=)

Last day kat Ho Chi Minh City
takde nak shopping mopping dah
by this time, duit dah banyak habes
hahaha
belanja ikut ngam-ngam je duit yang di bawak
sebbaik tak terasa nak guna 'duit plastik'
kalau tidak... habis, jahanam! ;p

Daripada hotel, kitorang menapak semula
orang HCMC sibuk nak pegi keje
kitorang sibuk nak pegi ambik gambo lagi
orang-orang yang bawak motor semua pandang-pandang je
macam tak pernah tengok pelancong melayu
yela.. pepagi lagi dah start 'morning walk' :D


Ni kat Reunification Palace
langit biru.. cantik
sebab the day before dah hujan
tengok dari luar je



Lepas tu menapak pulak ke Notre Dame Cathedral
lepak jap kat taman ni sebab si amoi ni takmo jalan
ada makcik jual teh 3 layer kat sini
nampak macam sedap je
tapi kalo beli kang, takut sakit perut la pulak


Notre Dame Cathedral




sebelah je church tu, boleh jumpa Central Post Office ni
kat dalam dia ada kedai-kedai souvenirs jugak


inside the post office
macam tak ramai local yang guna post office ni
ramai pelancong jer



lepas check-out dari hotel, kawan saya datang jemput
DaddyZiyyad, ko kenal tak siapa nih?
hehe
dia pindah HCMC since January, ikut husband dia keje sana
macam best je.. duduk service apartment, dapat driver lagi
so kitorang pegi airport, driver dia hantar
jimat duit teksi di situ.. hihi
Thanx NikSu! Lenkali kitorang datang lagi.. kihkih

korang kalau nak order apa-apa direct from Saigon
boleh order kat kawan saya ni

Sekian la ceritera chenta (hakhak)
dari Saigon

Nanti saya upload random pics pulak
korang ok lagi ke baca pasal saigon ni?
ke dah terasa nak muntah darah lak?
hehehe




.

Wednesday, March 30, 2011

Day 3 at HCMC : Jalan-jalan

Assalamualaikum
=)

Haiiii... saya dah balik! hehe
sampai klia pukul 11.05pm, hari isnin
flight delay setengah jam
semalam (selasa), pingsan!
kena jugak keluar pegi plaza low yat sebab filter kamera pecah
huhu~ nanges jap!

Anyway, 3rd day kitorang start dengan shopping
=D


Mula-mula pegi tax department store yang nampak kat belakang encik apek tu
cari souvenirs, cari blouse
kebanyakan kedai kat sini fixed price
tapi kitorang try jugak la bargain sikit-sikit
promoters kat sini, nampak je kitorang
"madam.. madam.. sir.. come inside.. i have more.."
tu jela yang diorang tau
tanya lebih-lebih kalu, 'yes' ajela diorang jawab.. pening!



jalan depan sikit daripada tax department store tu
dah jumpa Saigon Opera House ni
ambik gamba dari luar jela
malas nak masuk



ini Hotel Continental Saigon
antara hotel yang nampak mewah sikit la
Opera house berdepan jer dengan hotel ni
parkson pulak betul-betul belakang hotel ni



 kat luar parkson ni
background tu gambar water puppet show
kalau kat sini, nak beli air mineral ke, air tin ker,
takyah la beli dengan peniaga tepi jalan tu
ntah hapa-hapa harga dia tekan kat kita nanti
baik beli kat mart.. murah



on the way balik hotel, bergambar depan City Hall
yang hitam tu statue Ho Chi Minh



dengan atuk Ho
hehehe

hari ketiga ni baru kitorang try nak masuk Ben Thanh Market
hmmm.. tempat sempit, bau busuk sikit
sampai ah chai kata 'taknak la masuk sini mummy, busukkk laaa!'
hahaha
so end up, takde la kitorang explore beriya pasor ni
sama jer barang yang dia jual dengan kat night market
harga sligggghhhhhtly cheaper
takde le murah bebeno
sama ada memang harga barang dah naik ke, ataupun saya yang tak pandai bargain
=P
lagi satu, peniaga kat sini suka tarik-tarik tangan
kalau taknak beli, jalan jela menonong, buat tak tau je
disebabkan malas nak masuk tempat yang sempit, panas dan berbau
kitorang banyak membeli kat kedai-kedai luar jela

Petangnya, ingat nak habiskan explore the must visit places
sekali tu, baru nak pacak tripod, hujan pulak
so ambik teksi, pegi sini
Golden Dragon Water Puppet Theater


Tiket masuk 120,000 VND
dalam rm20 orang jugak la per person


ala-ala wayang kulit
ada orang multitasking - main muzik + berdialog skali
nanti senang-senang saya upload video



ni pemandangan kat night market
ada jual baju, beg, lacquer, key chain, fridge magnet
ada gerai makan jugak
sama jer dengan pasar malam kat malaysia kan
night market start pukul 6 petang sampai 11.30 malam


ok.. dah abes hari ke-3
nanti sambung cerita last day pulak



.