Tuesday, February 9, 2010

Melawat Citra Dewi kat Hospital

Petang tadi lepas kerja, macam biasa Daddy kena ambik Mummy kat klinik. Wahhh... sudah ada supir ini mak cik! Hahahha.. Kereta tinggal satu, macam tu la. Takkan Mummy pulak nak pegi hantar Daddy gi ofis, pastu nak ambik pulak dia kan. Dah la abis kerja pukul 6. Tak kose I! hikss.. Terus ajak Daddy pegi tengok Citra Dewi kat Hospital Kajang.

Oppss.. siapakah gerangannya Citra Dewi tu? Selebriti negara jiran yang di atas ni ker? Macam mana boleh kenal ni? Macam mana boleh masuk Hospital Kajang? Ehehh.. sebenarnya tak kenal pun. Tengah menggugel tadi, timbul pulak imej Citra Dewi ni dari kapanlagi.com. Sorry la.. saya nggak nonton sinetron-sinetron Indonesia.. atau mengambil tahu siapa-siapa selebriti di sana.. makanya wajah kamu tidak saya kenali. Maaf ya bu.. :)

Sebenarnya kitorang melawat si Citra Dewi yang hitam manis ni....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dia admit Hospital Kajang a.k.a bengkel repair kereta kat Kajang. (Ahahahaa.. jangan marah aa..) Ni bahagian belakang. Baru siap melalui proses cosmetic reconstruction. Yang kemek-kemek tu dah diketuk balik. Bumper still tak pasang lagi. Reverse sensor rosak, kena ganti baru. Yang ni makan masa sebab unfortunately bumper baru tu diorang tak provide sekali. Camtu la lebih kurang.

Bahagian depan banyak yang dah repair. Dah reconstruct, buat skin graft, internal fixation sikit dan dah buat total replacement of the bumper. Ada hikmah jugak accident ni... dulu bumper depan ni bawah dia dah pecah sikit sebab Daddy langgar anjing. So secara tak langsung, dapat la tukar terus free. Tu yang 2 orang tu, MA yang assist surgical procedure untuk Si Citra Dewi ni. Dia punya surgeon takde dalam gambar sebab tengah busy borak dengan Daddy. Ahakss.. Dia kata dia try nak siapkan before CNY. Tapi kitorang rasa biarlah dia ambil banyak mana masa yang perlu, asalkan Si Citra Dewi kembali pulih seperti baru. Kang rushing sangat, ada pulak yang terlupa pasang balik skru ke apa, naya jer kan. hehe.. Citra Dewi, rehat la dulu puas-puas ye. Nampak gaya cuti panjang ni, tak boleh la jalan jauh ;)



And... this is what I get on my 5th anniversary today. Kejutan daripada Daddy.. Pagi tadi ramai patient kat klinik. Then ada sorang regular customer ni datang buat dressing. Keluar-keluar dari bilik dressing, nampak ada bunga atas meja... Waaa.. sangat excited dan terharu.. Ni ler first time dapat bunga from Daddy.. so sepanjang hari muka senyummmmm je! :D


Thank you Daddy.. sukeee!! Tapi tahun-tahun depan tak payah bagi bunga pun takpe. Belanja makan lagi best! Bunga tak boleh makan.. Hehehe..



Happy Anniversary


Passion.. diminish, shall not,
Devotion.. waver, will not,

A promise.. made resolute,
A vow.. entrusted upon,

Care.. reduce, shall never,
Affection.. lessen, certainly not,

For in this marriage,
Love, unbounded, absolute,
Forever, and a day.


Happy FIFTH Anniversary, Sayang!

From, Abang





Monday, February 8, 2010

Outdoor Photography Session with The Photolicious

Last Sunday, we made an appointment with Kay, the principal of The Photolicious, untuk sessi fotografi yang Khayra menang tempoh hari. Mula-mula plan nak shoot area Putrajaya. Mummy proposed nak buat kat Palace of Justice Putrajaya sebab Mummy suka betul seni bina bangunan dia, dan suka tengok gambar-gambar orang lain yang shoot kat sana. Tapi last minute terpaksa tukar plan sebab ada some event going on kat situ. So venue telah ditukar ke Perdana Lake Garden.

Sama macam masa nak pegi gath MBP dulu, awal-awal lagi dah pesan kat budak-budak dua orang ni supaya bangun awal. Takut sangat kalau mood diorang tak elok masa sessi fotografi tu nanti. Agak liat jugak la nak menyiapkan diorang, finally we managed to leave home at around 7.45am. Sampai kat Lake Garden pukul 8.15am, punya la ramai orang. Rajin jugak eh orang KL ni beriadah pagi-pagi.. hehe. Parking pun penuh.. at last kitorang park je kereta kat bahu jalan. Nak buat macam mana kan..

Sementara tunggu fotografer sampai, sempat la budak-budak ni main buaian dulu kat play ground. Adik still mamai, pelik agaknya awat la pagi-pagi kena pegi taman pulak. Abang ok, ceria je dia pagi-pagi tu.

Haa.. for your information, gambar-gambar ni bukanlah gambar-gambar yang diambil oleh team Photolicious yer. Ni semua gambar-gambar fotografer tak profesional yang ambik. hehehe.. Mummy pun tak sabar tunggu final product daripada team Photolicious. Don't worry, dah dapat nanti, Mummy share dengan semua (ada ke orang nak tengok? ahakss)

Ni la dia team Photolicious. Kay yang pakai tudung purple and her husband yang pakai baju merah tu. Bertudung hitam, Kak Shida with her husband yang duduk depan dia. Ada nampak kepala kecik kat hujung meja tu, Helmi. Diorang ni semua ler photographer of the day. Seronok giler buat kerja dengan diorang. Very the peramah, happening, dedicated, sporting dan yang sewaktu dengannya.. especially Kay.. memang selamba je dia guling-guling baring-baring atas tanah tu untuk dapatkan shots yang menarik. Tak kisah pun baju dia kotor ke apa! Kitorang yang terpaksa rela berposing ni pun enjoy dan tak stress. Pastu siap berpiknik sekali pekena bihun goreng udang yang sodap. Bukan setakat working as a team, tapi nampak more like a family. We had a total FUN and really grateful dapat opportunity macam ni.


Selesai sessi fotografi, kitorang ambil peluang untuk menjelajah seluruh taman naik tram ni. Murah jer, untuk adults RM0.50, untuk children RM0.20. Daddy nak bayar RM2.00 for the four of us and asked the driver to keep the change. Tapi dia refused and still pulangkan balik balance RM0.60 tu. Hmm.. begitu jujur eh? :)

So masa round tu, kitorang dibawa melalui taman rusa (memang boleh nampak rusa ok, tak tipu!), taman burung, taman orkid, dan taman rama-rama. Budak-budak ni nampak enjoy. Yelah, new experience for them.

Satu round ada la dalam 15 minit. Tapi berbaloi la.. bayar pun murah kan. Yang penting kami HAPPY.

Tapi part yang tak happynya.. masa nak balik, tengok kat kereta ada surat cinta pulak daripada DBKL. Alahai pak cik unit berkuda DBKL... bagi can la. Weekend maaa... orang ramai.. parking penuh. Kalau tak nak orang park kereta kat bahu jalan, sediakan la tempat parking banyak-banyak kat taman tu. Huhuhu... first time ni tau kereta Mummy kena saman. Kadar saman, RM100. Tapi kalau bayar within 14 days, cuma kena jelaskan RM50 sahaja. Adesss.. bila pulak la nak ke KL bayar saman. :P


Ohh.. sebelum balik, singgah jugak ke Muzium Negara.. saje nak sambung shoot gambar budak-budak dengan keretapi antik kat luar muzium tu kononnya. Cakap kat Harraz, ni la Thomas Malaysia. Dia pun percaya jer! hikss.. Tapi by that time, Khayra dah grumpy. So shoot sikit-sikit, terus balik rumah. Masuk dalam kereta, budak-budak tak tunggu lama terus zzzzz.... Pengsan 3 jam!






Sunday, February 7, 2010

Tutti Frutti


Nampak tempting tak aiskrim kat atas tu? Yummy eh.. Actually ni bukan aiskrim.. Ni frozen yogurt. Sedap tau!


Mula-mula kitorang ambil satu cup je. Ingat saje nak try test je la. Pastu dapat kat budak-budak dua orang ni, Mummy dengan Daddy telan air liur jer. Terus ambil lagi satu cup. Hehe..


"Emm... sedap.. sedap.. Good! Good! Good!" kata Khayra... siap bagi thumb up lagi tu. :)


"Yogurt is an excellent source of calcium, protein
and many other vitamins that promote a healthy life.
Yogurt not only benefits your body,
but also tastes delicious"


Saturday, February 6, 2010

aRtWoRk

I always wanted to bring my children to join a play group. So far kat Bangi ni ada few places yang buat. Tapi hajat tu selalunya terpaksa dipendamkan dulu. Mana tidaknya, kebanyakan play group yang ada kat Bangi ni, pagi-pagi dah start. Budak-budak kat rumah ni pulak, kalau weekend, pukul 10 baru nampak mata masing-masing terbukak. Lagipun kesian jugak kat diorang. Weekdays, pagi-pagi dah kena kejut gi rumah babysitter. Weekend je la masa diorang nak golek atas katil lama-lama pun.

So, as an alternative, Mummy and Daddy decided to have our own session at home. (Mummy's idea, Daddy layan jer). So last week we went to Tesco and bought some painting kits.

Jom, layan gambar dulu...

`

Tak sangka, Harraz boleh menghasilkan lukisan 'sekemas' ni. Not bad for a beginner, huh? We think it's a good start for him. It seems that he prefers painting more than writing (pelik tengok tangan dia pegang pen). Harraz's strokes also seem to be more rigid and structured, when he prefers to paint the paper section by section, and colour by colour.


Ni pulak hasil kerja Khayra. Hahaa.. sampai mencangkung tu! Khayra's art is more abstract. No specific pattern seen. She starts from anywhere on the paper, and makes sporadic touches here and there. And, maybe also because of her age, her strokes are still not well defined.

Haha, I don't know how to interpret a painting, but if you could characterize them from their work, I could tell that Harraz seems to be more organized and well planned, while Khayra might just be a little bit more spontaneous.

Tooth Fairy Movie


credit image to pak cik gugel


Remember I told you that we went to watch this movie last Thursday? For those who haven't watch this movie yet, click HERE to read our review on it. Enjoy!!!
:)


Friday, February 5, 2010

Thursday at Sunway Pyramid


Semalam Mummy cuti.. Kenapa cuti? Saje-saje je. Penat kerja. Sekali sekala nak jugak rileks time orang lain tengah kerja kan. Sempat la bawak budak-budak pegi Sunway Pyramid.

Ohh.. dah lama tak pegi SP. Last year pegi pun tak round habis. Just pegi untuk makan-makan sempena birthday Ilham (my Along's son). SP sekarang sangat besar. Sangat letih nak jalan dan kitorang sesat kat dalam tu! Nak cari TGV pun berpusing-pusing dibuatnya. Hehehe.. Tolong jangan ketawakan kitorang ye :P

Hasut Daddy.. ajak makan kat sini jugak ;) Nak buat macam mana.. dah teringinnnn sangat. Kalau tak dapat, nanti kempunan den! Daddy pun layan jer.. (note to self - esok kalau berat naik, Mummy jangan bising-bising ok)

Ohh.. my all time favourite. Bourbon Street Barramundi. Tapi dulu rasanya shrimp dia lagi banyak. Hmm.. ekonomi gawat kut? Takpe, yang penting, dah hilang kempunan.

Outside the restaurant. Besar betul kasut Forrest Gump tu. Macam kaki giant lak.


Jamal Gump and Jamal Gump Jr... hahahahha


Lepas makan, pi tengok Tooth Fairy pulak. Ceritanya boleh tahan la. 3.8 stars from me. Oh, poor my dear darling Khayra.. tangan dia tersepit kat pintu masa nak masuk cinema tu. Terus demam sampai hari ni. Bengkak sikit tangan dia.. tapi tak apa-apa.

Wait for our full review of the restaurant and the movie.
Entri ni entri tergesa-gesa. Tadi banyak sangat orang datang nak dressing :P




*******

Anyway, click on the picture above to read our review on Soho Seafood at Jalan Selaman, Bandar Baru Bangi :)





Wednesday, February 3, 2010

Run Forrest, Run


Tengah tengok cerita ni kat HBO
*
*


Tiba-tiba terasa nak makan kat sini lagi...




Tapi tak boleh lagi..
Adusss.. lambatnya nak kurus
Sudah rindu kemanisan shrimp kat sana
tskkk...


Related Posts with Thumbnails

ECG Interpretation


For more widgets please visit www.yourminis.com