Wednesday, May 30, 2012

Kenapa Selalunya Orang Kita Yang Melebih-lebih?

Ada 2 majlis
satu anjuran company non-muslim
satu lagi anjuran company muslim

Company non-muslim
majority pekerjanya juga non-muslim
cuma hidangkan sparkling water
sebagai menghormati tetamu muslim yang dijemput

Cuma yang kureng menarik
bila mana entertainment disajikan
tarian ala-ala broadway, penari-penari seksi
di koreograf oleh seorang muslim


Di situasi yang lain
di majlis anjuran company milik seorang muslim
para pekerjanya boleh dikatakan bertaraf antarabangsa
tapi, masih majoritinya adalah muslim
menghidangkan minuman beralkohol
untuk mengambil hati pekerja yang non-muslim

wajarkah?

saya kuciwa!


saya jumpa hukum menghadiri majlis yang sedemikian di sini

maka saya ambil keputusan, untuk tidak menghadiri majlis company muslim itu


tak salahkan?
:)







Tuesday, May 29, 2012

Panduan Di Bandara Polonia


We had no idea that Bandara Polonia is sooo small
tapi walaupun kecik, kitorang confuse jugak masa kat sana
tercangak-cangak tak tau nak pegi mana
so, nak share supaya sesiapa yang first time nak pegi Medan (macam kami), dapat la gambaran sket tentang airport kat sana

Arrival takde masalah sangat
turun dari pesawat, cop passport kat imigresen
pastu terus pegi tempat claim baggage
luggage carousel dia giler kecik that diorang campak-campak jer beg-beg yang masuk


Lepas dah ambik luggage, ada sorang staf akan check tag kat beg kita
(tag ni dapat masa kita check-in luggage kat LCCT, satu tampal kat beg, satu tampal boarding pass)
nak make sure kita tak ambik beg orang lain kot


Kat departure hall, haaa, time ni mula menganga kejap
pegi tanya kat sorang airport staff, tup-tup dari awal sampai akhir dia dok seret beg kami
(ofkos kena la bagi tips sket)


Kat pintu masuk, security check dulu untuk beg dan orang
pegi sebelah kiri, bayar airport tax dulu.. Rp75,000 per pax
lepas tu pusing, nampak kaunter untuk drop-in luggage
belah kiri untuk AA, belah kanan ada kaunter MAS
(kami naik AA, so check-in process untuk MAS/FF tak tau.. ^_^)


Lepas drop-in luggage, pegi hala yang saya labelkan imigresen tu
kat situ ada gate, kena tunjuk passport dan boarding pass
(kami dah buat web check-in awal-awal.. easier)
Pastu masuk dalam, ada kaunter imigresen, cop passport kat situ

Masuk dalam lagi, dah sampai ruang menunggu
waiting area ada bawah dan atas
kalau lupa beli bika ambon/ kek lapis, tingkat bawah ada kedai jual benda tu
kami naik ke atas (tangga di sebelah kiri)
atas ada kerusi menunggu, ada kedai souvenirs lagi, ada kiosk makanan dan minuman juga
ada toba lounge juga, dan kamar kecil


Kendian bila boarding gate tu dah bukak,
masuk la dalam tu.. lalu sekali lagi kat security screening
dan tunggu lagi sampai dia announce dah boleh masuk dalam pesawat
kalau flight delay, duduk terpongeh la lama sikit kat dalam tu ;D
tapi dalam tu ada surau, cuma kena ambik wuduk dulu kat toilet luar
boarding gate satu jer untuk semua airlines, 
so kalau flight korang clash dengan flight lain, make sure korang berada di barisan yang betul
kalau tak nanti nanges sebab tersadai kat destinasi yang lain.. hiihii..


sekian, harap-harap entri ni berguna
:)



.

Ni Namanya Memang Takde Keje!


orang buat light trail
kita buat the opposite pulak
camera trail!
hehhh.. suko ati kau jer bagi term sendiri ;p

hijau tu lampu ape ntah.. lupa!


haa.. cer terka yang kaler hijau kebiruan tu ape benda?


kita try buat heart shape tengok..
eh, terbalik la pulak jadinya


lahaiii.. tak complete pulak shape nyer pun!
takpe takpe.. next time kita buat lagi..


layan gambar yang proper sket
haha.. proper la sangat kan
ada nampak macam muka orang tengah senyum tak?
(^,^)v




.


Monday, May 28, 2012

Tak Cari Seafood


Weekend yang tiada plan
otak beku
jom keluar?? tak nak window shopping tapi..
5.30 petang baru nak gerak ke Bagan Lalang
ingatkan jalan clear sebab orang pi berkumpul kat Putrajaya
hmpph.. meleset!

masa sampai, tinggal ni jer


hdr la konon.. fail! ;p


Cik Harraz : Daddyyyy... boleh tak main pasir?
Cekeyya : Alaa daddyy... cepat laaa.. asyik-asyik ambik gambar je!


 
ada  3 hantu gemok kehairanan macam tak penah tengok kamera! hehehe


his trademark shot! ;)


betul la kakak tu cakap, baru saya perasan pasir di Bagan Lalang sangat halus!
rasa nak bawak balik buat scrub muka!
eh, tengok lama-lama macam rambut hantu pun ada


macam ni ker blue hour?


belah sini tak berapa blue tapi..



7.50 pm solat maghrib
pusing-pusing tengok kedai makan semua fulhaus!
sudah, kita balik makan kat Old Town kopitiam jer


dan gastritis saya pun datang menyapa..





.

Friday, May 25, 2012

Eksplorasi Lake Toba : Their Flowers and Faces


Nak tulis pasal Lake Toba sebenarnya ~ fakta dan auta.. hehe
gambar sebagai penyeri aje :)



Pertama
Jalan kat sana kecik, bengkang-bengkok, lubang-lubang, turun naik bukit
oleh itu, dinasihatkan supaya mengisi tangki perut secukupnya sebelum tour
kalau ada anak kecil, bagus juga standby biskut/ roti dan air minuman


Kedua
Nak cari public toilet yang selesa memang tak ada
maka, kalau kereta berhenti isi minyak, atau makan di restoran yang ada toilet yang cantik, 
silalah buang apa-apa yang patut (walaupun tak ada rasa nak membuang)
unless kalau tuan-tuan/puan-puan tak kisah menyusup dalam semak. hihi


Ketiga
tang makanan, memang tak banyak pilihan
macam saya pernah tulis, 80% masyarakat di Toba adalah kristian
sebaiknya, sebelum makan, tanya dulu status halalnya
tapi kalau dah tulis rumah makan muslim tu, takyah la tanya lagi :)



Keempat
untuk shopping souvenirs Lake Toba, di Parapat ada, 
tapi katanya di Kg Tomok lagi banyak barangnya
terpulang.. kalau ada masa, boleh shopping di Tomok
kalau di Berastagi, kebanyakkan souvenirs dia tulis Berastagi
susah sikit nak jumpa yang tulis Lake Toba


Kelima
Ramai yang kata tour guide kami ganteng!! haha
kami memang sengaja pilih yang ganteng, baru la bersemangat sket nak tour!
sesiapa perlukan khidmat beliau, boleh la like fb fan page beliau
atau request saja di fb personal beliau
jangan ingat dia supir cikai-cikai tau! beliau berkelulusan unibersiti ! :)


my name is Andre!

Keenam
saya juga pernah mention.. internet belum begitu terkenal di area Lake Toba
masa di Hotel Niagara pun, wifi free kat common area jer..
itupun terhad untuk 30 minit, 1 bilik 1 device sahaja
Jadinya, banyak hotel di area ni yang belum diperkenalkan secara online
Jika di Parapat, selain Hotel Niagara, Danau Toba International Cottage pun nampak ok


bukan orang tempatan :)

Ketujuh
Kalau di area Sipiso-piso dan Berastagi
suhu agak dingin
Sama ada bawak baju yang tebal sikit, atau bawaklah sweater kalau ada ruang lagi dalam bagasi


public transport... amboi.. amboi.. amboi...

Kelapan
Pengangkutan awam.. memang jauh dari selesa
so, agaklah tidak digalakkan untuk guna public transport


lagi anak-anak samosir.. gambar snap dari dalam kereta

Kesembilan
Kat Toba ni.. diorang panggil kereta tu motor
motor pulak di panggil kereta
adeiii.. fenin kejap!


pulang dari belanja.... juga snap dari dalam kereta yang bergerak
ada seseorang mintak saya 'zoom in' gambar ni ;)

Kesepuluh
Seeloknya bila ke sana, pakai la kasut
tapi kalau tak kisah, pakai jelah apa yang selesa :)


i love this picture the most!
juga diketik dari dalam kereta
:)




Homework untuk gadisBunga
namakan semua bunga yang ada dalam entri ini.. hehe



.

Thursday, May 24, 2012

Eksplorasi Lake Toba : Day 4


Hari ke-4, hari terakhir kami di Wilayah Sumut
(Sumatera Utara)

pandangan hadapan hotal Horison

checking-out at 7.45am

Hotel Horison.. biasa-biasa aja pada saya
mentang-mentang kawasannya sejuk, dalam bilik langsung tiada aircond atau kipas
banyak 'entiti' juga.. hihi.. ada ulat gonggok masuk bilik la, cacing kat dinding bilik air la, ada kumbang la
mujur la kami bermalam satu malam aje

Lepas breakfast yang biasa-biasa aja di hotel
Ridu jemput kami jam 8.15 pagi, terus dibawanya kami ke kebun strawberi-petik-sendiri
Berastagi ni area tanah tinggi, so rasa macam kat Cameron Highlands la lebih kurang

"adik, pilih yang besar-besar!"

"dah.. jom timbang"

sorang 8 bijik.. 16 biji = Rp20,000... lumayan sih!
Cekeyya makan separuh. Minah tu memang hantu buah!
Mungkin lebih bermakna sebab dia yang petik sendiri ;)

tanam strawberi depan rumah jer.. agak-agak nak makan, terus jer petik.. *jeles!

Selesai memetik strawberi, kami di bawa ke gerai-gerai cenderahati
saya tak pasti la itu Pasar Buah yang fofular di Berastagi atau bukan
lupa pulak saya nak bertanya pada Ridu
sempatlah naik kereta kuda keliling kota (kira bayar hutang la sebab kat Vienna dulu tak naik! haha)


sepatutnya Rp30,000. tapi kami bayar extra sikit sebab kesian kat kuda tu kena bawak kami yang berat ni,
especially yang baju biru ;)

"aduh buk, gambar saya tak usah diambil.. rusak nanti gambarnya"

harga kalau nak naik kuda ya

Untuk sampai semula ke Medan, ambil masa lagi lebih kurang 2 jam
itupun perjalanannya santai 
sempat lagi melakukan aktiviti utama ketika berada dalam kereta - tidur!

Tiba di Kota Medan, jalanraya agak macet
katanya kami tiba ketika semua karyawan-karyawan keluar dari kantor untuk makan siang
alahai.. melanguk sajalah sehingga sampai ke destinasi

Cuma dua tempat yang kami tuju di Kota Medan
Pertama, kedai Zulaikha untuk beli kek lapis legit

kek lapis legit original = Rp60,000
kek lapis legit pandan = Rp65,000
harga benda lain tak tau.. dua jenis tu jer yang kami beli :)

Kedua, Pasar Ikan yang tiada ikan
masuk jer pasar ikan, saya terus tuju kedai telekung,
cari telekung sepertimana yang dikirim oleh mak saya ~ bukan telekung biasa
Alhamdulillah, ada satu kedai yang menjualnya
tak sampai setengah jam, kami dah keluar dari pasar ikan.. hehe

telekung berwarna warni, tapi bukan yang itu pilihan hati :)

Kami tiba agak awal di Bandara Polonia
sempatlah repack barang dan makan kat Dunkin' Donut bersama Ridu
sampai masa, kami harus mengucapkan selamat tinggal

Ridu Binsar Hutahean yang berjasa sepanjang keberadaan kami disana

Flight delay setengah jam, dan kami tiba di rumah lewat daripada jangkaan
sampai rumah, jam 10 malam, laparrrrrr... order pizza!

ada hikmahnya juga bila flight delay




.

Norefal Placenta Oil

Meh nak share sikit pasal produk ni
ala-ala product review lah kan



Actually Norefal Placenta Oil ni didatangkan dari Switzerland
diekstrak daripada the best sheep placenta from Switzerland
Ada sijil halal dari Kanada
dan juga diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kandungan:
Ovine placenta oil, water, tocopherol, fragrance

Kebaikan:
Melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari
Mengekalkan kelembapan kulit
Pembantu penyerapan Vitamin A
Memulihkan jerawat dan kesannya
Anti-penuaan
Mengurangkan jeragat


Nama aje placenta oil.. tapi bila sapu kat kulit, tak rasa berminyak pun
Instead, lepas sapu kulit rasa LEMBUT jer
dan WANGI - macam bau daun pudina  (mint)

Selain daripada tu, kalau kita ada luka pada bahagian kulit yang lain
boleh sapu placenta oil ni juga.. insyaAllah cepat kering, parut pun tak ketara
(dengan syarat luka tu dah dibersihkan terlebih dahulu)

Cara penggunaan
2 biji softgel sehari (siang dan malam) sehingga mendapat efek yang memuaskan
untuk maintenance, continue 1 biji sehari
sapu jelah di keseluruhan muka dan leher
atau boleh sapu di mana-mana area yang dihajati ;)

Tiada kesan samping
Disahkan tidak mengandungi hormon
Tiada kandungan logam berat
Selamat untuk penggunaan jangka panjang
Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif


Saya sendiri dah pakai placenta oil ni
kulit muka saya memang bermasalah
kesan jerawat sedari remaja, masih kemerah-merahan
Alhamdulillah, selepas sebulan, kesan-kesan merah tu semakin kurang ketara
(bukan saya kata, husband saya yang kata! hehe)
~saya takkan berani buat review kalau saya sendiri tak try.. sharing is caring katanya kan.. :)~



Kalau berminat nak cuba, boleh email saya
yazaravh@gmail.com

FB Page : YaZaRa VitoHealth


harga
RM 120 sahaja untuk sebotol (100 softgel)

atau

RM 65 untuk 50 softgel
(RM 1.30 sebiji)




.

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Eksplorasi Lake Toba : Day 3

Sebenarnya, ada event yang lebih hangat daripada cerita Lake Toba ni
Apa lagi kalau bukan cerita gathering hari Ahad lepas :)
Tapi memandangkan ramai hadirin dan hadirat yang dah buat entri pasal berkelah tu
maka biarlah saya sambung entri Lake Toba ini sebelum memorinya hilang dari kotak ingatan saya

♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥  

[Peringatan : Entri Penuh Gambar dan Perkataan]

Hari ketiga kami mulakan lebih awal daripada hari sebelumnya
tak mahu ketinggalan feri lagi, jam 8 pagi kami dah sampai ke jeti
harus check-out dulu dari Hotel Niagara sebab selepas ke Pulau Samosir, kami akan bermalam di Berastagi

jadual penyeberangan feri

hanya ada 2 feri yang boleh membawa kenderaan. maka kerana itu jadual penyeberangannya adalah terhad.
andai kamu tertinggal feri, maka bermalamlah kamu di samosir :)

Walaupun masih awal, orang ramai sudahpun berhimpun di jeti
Alhamdulillah.. dapat juga Ridu membeli tiket yang berharga Rp95,000 untuk sebuah kenderaan
(termasuk penumpang)
Jam 8.30 pagi, barulah kenderaan semua diatur di dalam feri
Susun aturnya harus seiring, supaya feri dapat dipenuhi semaksimum yang boleh
Perjalanan smooth, yelah, melintasi air tasik kan, jadi tiada ombak yang bergelora

Ada nampak tulisan HORAS SAMOSIR kat bukit tu?
kami mengembara merentasi bukit itu dan naik ke puncak! :)

pemandangan menghampiri Kg Tomok di Samosir

feri penumpang tengah parking

Setibanya di Pulau Samosir, kami terus di bawa untuk explore kawasan perkampungan
MasyaAllah.. suasana di sini lebih tenang, nyaman dan asli
Sebagaimana aktiviti masyarakat di Tongging, di sini juga mereka bertani, menanam padi, koko dan kopi
Mereka juga berternak, sama ada ayam, kerbau atau babi ;)
Pendek kata, apa yang mereka mahu makan, mereka tanam atau ternak sendiri

Kg Tomok yang tak ada penyanyi bernama Tomok ;p

Ini bukan muzium.. Ini ialah SEBUAH kampung
ya.. kampung-kampung disini terdiri daripada 8-10 buah rumah sahaja
rumah-rumah tradisional batak ini, dibina pada tahun 1940!

di bahagian bawah rumah yang berpalang itulah mereka jadikan kandang haiwan peliharaan mereka.
Wanita-wanita itu sedang menjemur kopi. Mereka menerima kehadiran kami dengan senang hati, mungkin kerana Ridu adalah orang tempatan dan berkomunikasi menggunakan bahasa batak dengan mereka.

Masyarakat batak Toba punya kehidupan yang tersendiri
Seolah-olah mereka tak peduli pun dengan kemajuan yang berlaku di kawasan lain
Bahkan ada juga yang tidak pernah tau apa itu internet
Mereka masih belum menyedari betapa istimewanya kampung mereka
Jadi mereka tak peduli untuk memajukan industri pelancongan di tempat mereka
Sayang sekali~

Menurut legend suku kaum batak, kalau mereka makan musuh mereka,
mereka akan jadi lebih powerful
makanya orang Batak dikatakan cannibal
tapi sekarang dah tak ada lagi lah :)

kami berhenti minum di sini. lokasinya bagus sekali
nampak tak area yang mengunjur sikit belah kanan tu? tu ialah kampung Tuk-Tuk.. satu-satunya area yang dah dikomersilkan jadi tempat omputeh berlibur!

view menghadap lake toba yang sangat cantik

andai tuan punya kedai upgrade tempat ni, jadikan rumah makan yang proper, pasti akan menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong!

Namun begitu, walaupun kampung mereka kurang prasarana, mereka masyarakat yang pembersih
Air di Lake Toba masih jernih, sejuk dan tidak tercemar
Sukar untuk mengesan sampah sarap yang mereka buang ke dalam tasik
dan orang Batak punya kepercayaan, sesiapa yang mencuri,
orang itu dianggap orang yang paling hina!
maka, di pulau ini, tiada yang mencuri atau melakukan jenayah
kalau ada pun, mereka tu datang dari luar

telah sampai di puncak.. sejuk kat sini.. nyaman
itu adalah rumah tinggalan belanda.. sekarang ia menjadi 'port' untuk para photographer yang singgah disini

pemandangan di bahagian hadapan rumah tinggal tersebut
adoi laaa.. cantiknyaaa.. takde sape ker nak jual tanah area ni kat saya??? :'(




mereka yang membanting padi
anak-anak Samosir yang berjalan kaki berbatu-batu jaraknya untuk ke sekolah!

Usai menyusuri bukit-bukit di Samosir, kami kembali ke jeti jam 12.45 tengahari
Sedang elok ketika feri untuk pulang ke Ajibata sedia untuk berlepas jam 1 tengahari
Mengambil keputusan untuk tidak singgah shopping di Tomok, kami langsung saja ke Parapat untuk lunch
Alhamdulillah, lunch nasi padang di Restoran Istana Minang II

boleh ambil nombor telponnya kalau mau :)

Kemudian kami shopping souvenir di gerai-gerai tepi tasik di Parapat
dapatlah borong fridge magnet untuk keluarga dan sahabat handai
itu sajalah token yang termampu sebab percutian kali ni memang saya dan suami merancang untuk tidak shopping berlebihan
(waktu pulang ke Malaysia.. saya masih bergelar jutawan! jutawan rupiah! haha)

Perut dah kenyang, sobenir pun dah beli, kami bergerak menuju Berastagi
hujan renyai sepanjang perjalanan.. dalam kereta, tido, jaga, tido, jaga
sehinggalah Ridu kata 'ok, kita lihat Sipiso-piso Waterfall' pada jam 5 petang waktu tempatan
Subhanallah, cantik air terjunnya.. keluar dari dalam bukit, walhal diatasnya tiada sebatang anak sungai pun
suami saya kata.. 'macam air paip yang besar aje'.. haha
sejuk kawasan ni, menggigil jugak saya dibuatnya :)



Kami menikmati pemandangan di sini sehingga matahari hampir terbenam
kemudiannya bergerak lagi
tiba di Berastagi jam 9 malam.. terus makan malam di kedai kaki lima
haha.. halal lah! asalkan perut saya tak meragam ;)

Check-in di Hotel Horison, bersihkan badan..
kemudian tertidur ketika menonton berita yang mengumumkan bangkai pesawat Sukhoi dan beberapa mangsa telahpun ditemui.. innalillah..
zzzzzz....





.