Saturday, July 30, 2011

Experiencing Bangkok : Gambar Last Part

 Assalamualaikum


Bersawang jangan cakap la blog ni kan
saya nak blogwalk pun tak sempat
mesti ramai dah lupakan saya kan..
huhu~

Btw, nak tempek 'last album' kat Bangkok
gambar-gambar dari kamera makcik saya
pasni takde dah.. dah abes.. jangan mintak  lagi.. hehe


Ni adalah antara stesen-stesen LRT yang jadi persinggahan kitorang:



Swensens kat BKK lagi murah dari KL!


macam nama adik ipar den yo! haha


sape pandai baca?? ;)


join diorang melepak kat Hua Lamphong.. kat sini la tetiba tepat pukul 6 petang semua orang berdiri nyanyi lagu kebangsaan diorang





syok shopping kat sini.. beli baju gaun cotton untuk si amoi 3 lai = RM50 jer


Baiyoke tower kat belakang tu.. tallest building in Bangkok


ok.. nak balik dah.. babai Bangkok

=)



.

Wednesday, July 20, 2011

Experiencing Bangkok : Gambar Part 2

Assalamualaikum

sambungan daripada entri sebelum ni :)



siam paragon.. shopping mall yang eksklusif
kat sini ada siam ocean world


siam niramit.. tempat cultural show
mahal jugak tiket dia.. rm100+ kot.. tapi makcik saya kata berbaloi
(saya tak masuk, nak save duit untuk shopping ;p )


banyak dosa punya raja nih! ;p


dah macam kat arab la pulak!


stesen keretapi utama
nampak tak gambar raja diorang yang beso tuh?


makcik saya kata masa riot dulu diorang buat kat sini


bangkok fort.. tak tau apa fungsi


besonya saya kalau nak compare dengan tuk-tuk yang cenonet tuh!! ;p


GRAND PALACE

harga tiket masuk ye
make sure beli air siap-siap sebelum masuk.. panas!!


belum masuk dah penat.. camno nih?




 
  

merah padam muka anak mat saleh ni.. dah macam udang terbakor


emas nih.. kalau dapat cungkil seketul, kayo den!


emas lagi.. gua nak seludup, bole??




.

Friday, July 15, 2011

Experiencing Bangkok : Gambar Part 1

.

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan...



floating market ni tak ori.. ni floating market yang dibina semula


boleh naik bot juga.. tak tau la baper baht


pernah tengok tempat ni?


sebuah kota yang gilang gemilang suatu masa dulu


saya suka makhluk-makhluk pink tu... comel


pemandangan dari the emerald hotel


chatuchak market.. baru nak bukak masa ni


orang giler handbag, sure meroyan kat sini


oopps.. tu bukan tangan saya


accessories


panas.. padat...... hausssss...


comel jer beratur..


jalan ketapi yang bertingkat-tingkat.. dan jalanraya yang sesak..




ok.. bersambung..
banyak lagi gambar.. tak sempat nak resize lagi
ada patient sudah menunggu


tata...




.


Sunday, July 3, 2011

Experiencing Bangkok

Assalamualaikum..



Random things sepanjang pengalaman saya 4 hari kat sana (hahaha.. 4 hari je pun kecoh!)

1. Dari segi cuaca, sama aje dengan KL.. masa saya pegi, panas ya amat! Jalan jem pun sama macam KL jugak.. berhabuk berasap pun sama macam KL


2. Public transportation.. pun sama macam KL.. sistem transit aliran ringannya bersimpang siur... tapi kat Bangkok lagi hebat.. siap bertingkat-tingkat jalan ketapinya! Bezanya dengan KL, kat KL takde tuk-tuk.. hehe, bayangkan kalau kat KL ada tuk-tuk, mau asyik kena sondol jer dengan bas RapidKL kot? ;)

Ohh.. satu lagi bezanya.. kat sana yang naik tren, 95% adalah orang Thai sendiri... takde la nak duduk tersepit-sepit dengan aBangla ker, indon ker, nepal ker, myanmar ker...


3. Bahasa... most of the time, diorang akan guna bahasa Thai.. saya speaking omputeh pun, diorang bantai reply dengan bahasa Thai.. adoiii... nasib baik makcik saya boleh berbahasa Thai sikit-sikit.. So urusan tawar menawar masa shopping, memang serah kat dia jelah


4. Shopping... ya ampunnn... memang banyakkkk tempat shopping. Sebut jelah nak barang yang macam mana, gred A ker B ker C ker... memang banyak pilihan. Cuma kena spend extra time la sebab bukan semua tempatnya berdekatan.


5. Chatuchak market? It's a must visit market.. kalau nak tengok orang ramai.. barang banyak.. memang sini la tempatnya. Lebih kurang macam Petaling Street, tapi ofkos la, tempat ni 6-8 kali ganda lebih besar. Kalau nak round semua, kena 1 hari full! Nak bawak budak kecik, macam tak berapa nak sesoai.. sebab kedai-kedai yang dalam building agak sempit dan panas. Nak cari barang kulit (kasut, handbag, wallet, belt) yang elok tanpa jenama, sangat berbaloi beli kat sini.


6. Bangunan... ye, disebabkan Bangkok adalah lebih besar daripada KL, maka kat Bangkok kita nampak lagi baaaaanyak bangunan pencakar langit. Pastu kat bangunan-bangunan sana, especially bangunan kerajaan, mesti terpampang gambar Raja diorang besar-besar kat depan bangunan.


7. Makanan... ada la tempat makan halal.. especially ada satu tempat kat Sukhumvit tu, area tu semua arabic food jer. Tapi kitorang banyak makan seafood kat kedai-kedai yang takde serve ba.alif.ba.ya... Hasilnya.. ya, berat saya naik 3 kilo!!! Cehh, penat jer menapak sana sini, sampai sengal-sengal badan, tapi rupa-rupanya input calorie lagi banyak daripada output. Haha.. demmm!!


8. Ada sekali, saya berada kat Hua Lamphong Train Station.. (macam Stesen Keretapi KL yang lama) pada pukul 6 petang. Tiba-tiba ada bunyik berdesir macam radio rosak, dan tiba-tiba semua orang yang ada kat situ bangun berdiri. Saya ingatkan dah sampai masa diorang nak boarding.. Rupa-rupanya kena nyanyi lagu kebangsaan diorang. Fuh, kat KL takde pulak diorang pasang lagu Negaraku kat tempat-tempat macam tu kan.


9. Jalanraya.. okla.. tak banyak yang berlubang sana-sini. Highway diorang pun, paling kecik 4 lane! Memang tak jumpa highway yang setakat 2 lane kat sekitar Bangkok. Tapi dia punye bersimpang siur, kalau tak tau jalan, memang sesatlah!


10. First time saya naik Thai Airways.. saya suka! Boleh pilih muslim food, so jangan risau. Kalau tidak kerana TA, saya tak tau pun yang asparagus tu sangat sedap dimakan, lebih-lebih lagi bila diperah dengan limau nipis. Hikss..


11. Security kat Suvarnabhumi airport.. sangat ketat. Mende alah yang diorang guna untuk screening tu, 4-5 kali dia dok putar atas kepala saya. Pastu memang habis satu badan kena raba (auuwww, tak rela yu!). Pastu muka pakcik makcik yang jaga kat imigresen tu, mak aihh, garang giler! Senyum pun tidak!


12. Oh ya.. satu lagi pasal security.. tiap-tiap kali nak naik MRT, ataupun nak masuk shopping complex, mesti kena screening jugak. Selalu la saya kena tahan sebab bawak kamera gedabak tuh. So hari kedua, sebelum lalu situ, saya bukak beg siap-siap


13. Kat Bangkok jugak, ramai sungguh awek-awek cun bersuara garau! hahaha


14. Viagra, Valium, dan yang sewaktu dengannya adalah berleluasa dijual di tepi-tepi jalan. Tak tau la tu ori ker tak. Ingat nak ambik gambar, tapi takut kena belasah! hahahha.. Ada sekali masa kitorang on the way nak pegi makan kat Sukhumvit, ada pak arab tengah tawar menawar dengan ayam tua. Ayam tua tu kata, 'minimum 150 baht!' huhuuu~ alahai... RM15 jek??!!


15. Saya adalah sangat takut naik tuk-tuk... ngeri wei... rasa macam nak terbalik jer! Makan asap lagi.. part berangin tu jer yang best.


16. Kalau pergi jenjalan Bangkok, tapi tak pergi Grand Palace, memang rugi besar!


Oklah.. tu jer kot. Next entri saya tepek gambar-gambar pulak. Kalau nak masuk sekali dalam entri ni, belum sampai penghujung, korang dah tertidur depan pc terus kot? ekekeke.. Tungguuuu.... =D





.