Sunday, July 3, 2011

Experiencing Bangkok

Assalamualaikum..



Random things sepanjang pengalaman saya 4 hari kat sana (hahaha.. 4 hari je pun kecoh!)

1. Dari segi cuaca, sama aje dengan KL.. masa saya pegi, panas ya amat! Jalan jem pun sama macam KL jugak.. berhabuk berasap pun sama macam KL


2. Public transportation.. pun sama macam KL.. sistem transit aliran ringannya bersimpang siur... tapi kat Bangkok lagi hebat.. siap bertingkat-tingkat jalan ketapinya! Bezanya dengan KL, kat KL takde tuk-tuk.. hehe, bayangkan kalau kat KL ada tuk-tuk, mau asyik kena sondol jer dengan bas RapidKL kot? ;)

Ohh.. satu lagi bezanya.. kat sana yang naik tren, 95% adalah orang Thai sendiri... takde la nak duduk tersepit-sepit dengan aBangla ker, indon ker, nepal ker, myanmar ker...


3. Bahasa... most of the time, diorang akan guna bahasa Thai.. saya speaking omputeh pun, diorang bantai reply dengan bahasa Thai.. adoiii... nasib baik makcik saya boleh berbahasa Thai sikit-sikit.. So urusan tawar menawar masa shopping, memang serah kat dia jelah


4. Shopping... ya ampunnn... memang banyakkkk tempat shopping. Sebut jelah nak barang yang macam mana, gred A ker B ker C ker... memang banyak pilihan. Cuma kena spend extra time la sebab bukan semua tempatnya berdekatan.


5. Chatuchak market? It's a must visit market.. kalau nak tengok orang ramai.. barang banyak.. memang sini la tempatnya. Lebih kurang macam Petaling Street, tapi ofkos la, tempat ni 6-8 kali ganda lebih besar. Kalau nak round semua, kena 1 hari full! Nak bawak budak kecik, macam tak berapa nak sesoai.. sebab kedai-kedai yang dalam building agak sempit dan panas. Nak cari barang kulit (kasut, handbag, wallet, belt) yang elok tanpa jenama, sangat berbaloi beli kat sini.


6. Bangunan... ye, disebabkan Bangkok adalah lebih besar daripada KL, maka kat Bangkok kita nampak lagi baaaaanyak bangunan pencakar langit. Pastu kat bangunan-bangunan sana, especially bangunan kerajaan, mesti terpampang gambar Raja diorang besar-besar kat depan bangunan.


7. Makanan... ada la tempat makan halal.. especially ada satu tempat kat Sukhumvit tu, area tu semua arabic food jer. Tapi kitorang banyak makan seafood kat kedai-kedai yang takde serve ba.alif.ba.ya... Hasilnya.. ya, berat saya naik 3 kilo!!! Cehh, penat jer menapak sana sini, sampai sengal-sengal badan, tapi rupa-rupanya input calorie lagi banyak daripada output. Haha.. demmm!!


8. Ada sekali, saya berada kat Hua Lamphong Train Station.. (macam Stesen Keretapi KL yang lama) pada pukul 6 petang. Tiba-tiba ada bunyik berdesir macam radio rosak, dan tiba-tiba semua orang yang ada kat situ bangun berdiri. Saya ingatkan dah sampai masa diorang nak boarding.. Rupa-rupanya kena nyanyi lagu kebangsaan diorang. Fuh, kat KL takde pulak diorang pasang lagu Negaraku kat tempat-tempat macam tu kan.


9. Jalanraya.. okla.. tak banyak yang berlubang sana-sini. Highway diorang pun, paling kecik 4 lane! Memang tak jumpa highway yang setakat 2 lane kat sekitar Bangkok. Tapi dia punye bersimpang siur, kalau tak tau jalan, memang sesatlah!


10. First time saya naik Thai Airways.. saya suka! Boleh pilih muslim food, so jangan risau. Kalau tidak kerana TA, saya tak tau pun yang asparagus tu sangat sedap dimakan, lebih-lebih lagi bila diperah dengan limau nipis. Hikss..


11. Security kat Suvarnabhumi airport.. sangat ketat. Mende alah yang diorang guna untuk screening tu, 4-5 kali dia dok putar atas kepala saya. Pastu memang habis satu badan kena raba (auuwww, tak rela yu!). Pastu muka pakcik makcik yang jaga kat imigresen tu, mak aihh, garang giler! Senyum pun tidak!


12. Oh ya.. satu lagi pasal security.. tiap-tiap kali nak naik MRT, ataupun nak masuk shopping complex, mesti kena screening jugak. Selalu la saya kena tahan sebab bawak kamera gedabak tuh. So hari kedua, sebelum lalu situ, saya bukak beg siap-siap


13. Kat Bangkok jugak, ramai sungguh awek-awek cun bersuara garau! hahaha


14. Viagra, Valium, dan yang sewaktu dengannya adalah berleluasa dijual di tepi-tepi jalan. Tak tau la tu ori ker tak. Ingat nak ambik gambar, tapi takut kena belasah! hahahha.. Ada sekali masa kitorang on the way nak pegi makan kat Sukhumvit, ada pak arab tengah tawar menawar dengan ayam tua. Ayam tua tu kata, 'minimum 150 baht!' huhuuu~ alahai... RM15 jek??!!


15. Saya adalah sangat takut naik tuk-tuk... ngeri wei... rasa macam nak terbalik jer! Makan asap lagi.. part berangin tu jer yang best.


16. Kalau pergi jenjalan Bangkok, tapi tak pergi Grand Palace, memang rugi besar!


Oklah.. tu jer kot. Next entri saya tepek gambar-gambar pulak. Kalau nak masuk sekali dalam entri ni, belum sampai penghujung, korang dah tertidur depan pc terus kot? ekekeke.. Tungguuuu.... =D





.

8 comments:

  1. tips yg bagus!

    bagi gambar lagi bagus!! :P

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal security kat airport dia..baru saya ingat..kat sinilah saya kena buka kasut jln pakai stokin dan cabut talipinggang seluar jeans di depan khalayak ramai dek kerana bunyi tut-tut..adoi sungguh memalukan!

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu catatan seterusnya. :)

    ReplyDelete
  4. saya pernah pergi sana, zaman bujang dengan kengkawan.. mmg best.. shopping sakan...

    satu yg saya tabik mereka, tak kira lah camner pun pahaman politik, mereka semua hormat dengan raja. sampaikan tengok wayang pun, ada keluar footage raja, mereka akan tunduk hormat.

    ReplyDelete
  5. Macam-macam citer yek. Kat sana memang hormat lagu, bahasa dan raja, tak macam kita kan. :)

    ReplyDelete
  6. ammvoiii sonoknyer gi siam akak doc tewww.. ekeke

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)