Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru


Rata-rata orang buat status pasal Hari Guru di mukabuku
saya tak mahu la buat status tu di sana
saya nak buat kat blog jer.. ;)

Selamat Hari Guru
buat semua guru-guru atau pendidik di Malaysia

Hari ni ada sambutan Hari Guru di sekolah anak-anak
kelmarin cikgu mereka bagi surat cinta.. supaya ibu bapa dapat menyumbang makanan atau minuman
tak sempat la nak masak pagi-pagi.. saya belikan kek saja sudah
itupun anak-anak dah excited
'nak bagi kek happy birthday cikgu' katanya.. hihi


saya juga 'guru' kepada anak-anak saya
makanya,
Selamat Hari Guru juga untuk diri saya sendiri.. hehe


kesian la kan.. Hari Doktor tak ada! :(




.



Tuesday, May 15, 2012

Eksplorasi Lake Toba : Day 1

Assalamualaikum
:)

Ok.. ok.. saya update dulu catatan hari pertama
Kami ke Medan menaiki pesawat Awan Dania (bak kata anak-anak)
Turun dari rumah seawal 6 pagi, kami berlepas jam 8.30 pagi
Tiba di Bandara Polonia pun jam 8.30 pagi.. sekejap sangat.. 
beli sandwic dalam pesawat, tak sempat makan pun.. hehe

Di Medan, kami disambut oleh tour guide yang kami jumpa di mukabuku - Ridu
Langsung saja kami ke Parapat, tanpa pusing-pusing di Kota Medan terlebih dahulu
Di pertengahan, kami singgah makan siang di Rumah Makan Bayu Lagoon - cantik restorannya
ada surau, ada toilet sekali

pintu masuk Rumah Makan Bayu Lagoon

Bayu Lagoon.. kerana disebelahnya ada lagoon ni (sambil makan tengok orang mandi.. hihi)

Perjalanan agak jauh dan memenatkan..
Standard la kat sana, jalannya sempit, berliku-liku, dan tak rata
Jam 2 petang baru kami sampai di Hotel Niagara, Parapat
Anak-anak, tak usah cakap la.. memang asyik tanya je, 'bila nak sampai ni.. jauh lagi ke..'

view dari balkoni bilik kami.. bilik 518

Hotel Niagara, kami booking melalui telefon
memang minta bilik yang ada view tasik
Bila masuk bilik, SubhanAllah.. pemandangannya sungguh memukau!
seolah-olah sedang menatap sebuah lukisan pemandangan yang besar terbentang di depan mata!
saya rasa kalau saya termenung mengadap tasik selama berjam-jam pun tak apa! sanggup!

Hotel ni, walaupun dikatakan hotel paling best di Parapat
tapi ada juga kekurangannya
nak mintak iron, kena charge.. tiada minibar.. internet access pun cuma di lobi/ cafe



Dah rehatkan badan sekejap, jam 5 petang Ridu datang jemput kami
'Kita explore sekitar Parapat', katanya
Memang betul.. dia bawa kami ke area berdekatan jeti feri Ajibata
merasalah budak-budak tu pegang air tasik
bersih... sejuk... tenang...






bila lokasinya cantik, ambil dari angle mana pun, guna kamera apa sekalipun, hasilnya tetap cantik!
at least di mata saya lah :)

Di Parapat ni, di pinggir-pinggir tasik banyak disediakan pondok-pondok rehat
boleh sewa untuk lepak-lepak, sambil menikmati  pemandangan tasik




 Kemudian kami dibawa menyusuri denai-denai
untuk melihat matahari yang sedang terbenam.. indah!
Kebetulan cuaca hari tu sangat baik.. bersinar-sinar permukaan air disimbah cahaya matahari
(cantik wehh! jantung rasa nak tercabut dibuatnya!)


Malamnya, kami dinner di hotel saja :)

langit cerah sekali malam tu... nampak bintang-bintang berkerlipan :)

Pada hari kami ke sana, di Indonesia berlakunya tragedi Sukhoi yang terhempas di Gunung Salak
so setiap hari kami mengikuti berita perkembangan nahas
sedih... 
(dan cuak juga..)




.

Monday, May 14, 2012

Lake Toba





Percutian yang superb!

tapi saya rasa macam malas la nak tulis entri Lake Toba
hehe
suruh penulis jemputan jela yang tulis nanti

aci tak?

:)



.


Monday, May 7, 2012

Sunday, May 6, 2012

Random Pics : Vienna

A S S A L A M U A L A I K U M


Tengah boring
ada orang layan bola malam ni
New Castle vs Manchester City
saya dah jadi macam cicak kena baling dengan kapur.. haha!

Tetiba teringat ada gambar-gambar lama belum post kat sini
so, layan jelah ye
gambar-gambar terakhir dari Vienna.. kira penutup tirai lah
sebelum kita post gambar tempat lain pulak lepas ni
=)

ni toilet kat station Karlsplatz
yup.. with music! lagu mozart! :)


ini Karlskirche
besar.. tersergam depan mata
mula dibina tahun 1716



ini station asal Karlsplatz
tingkat tengah ada kafe
turun bawah lagi baru jumpa subway


baru pacak tripod.. hujan turun
alahaii..


yang oren tu building Friends of Music - concert hall
sebelah kiri ada künstlerhaus - art exhibition building
tapi masa tu tengah tutup untuk renovation


Mother and son :)


Votivkirche 
one of the most important neo-Gothic religious architecture sites in the world
siap dibina April 1879


kedai souvenirs


ini Volkstheater
nama melayu - teater rakyat.. hehe
beroperasi sejak 1889!


yang kuning comel ni Ringtram
kalau nak pusing-pusing city center, tapi malas nak jalan kaki,
boleh naik tram ni
tapi dia jalan jer satu round, takde berenti-berenti


kedai jual daging halal kat Reumannplatz/Favoriten


bank kat Favoriten


pasar pagi/ pasar tani kat Reumannplatz
pagi Sabtu


cuci mata sampai juling!


kat Vienna beg-beg Kipling (original oke) dia jual bodoh-bodoh jer
kedai biasa-biasa jer
takde butik besar/ gah macam kat MidValley nun
harga?? saaaaangat murah kalau compare dengan harga kat Midvalley
berbaloi sangat beli Kipling kat sana
Sape nak kirim?
Boleh pre-order untuk tahun depan... hihihi



dah.. abes dah citer Vienna
no more... full stop
(unless kalau tahun depan pergi lagi.. haha!)



.