Hari kedua, kami dijemput Ridu pada jam 10.30 pagi
Sesudah breakfast di bilik, sempatlah kami merayap dulu di sekitar kawasan hotel
udara segar dan nyaman, tapi tidaklah terlalu sejuk
 |
kat taman bahagian tepi kiri hotel. Hotel Niagara letaknya di atas bukit. Agak terkejut sebab saya sangkakan area ni sudah di 'upgrade' tapi rupanya untuk sampai ke hotel ini pun, kita kena lalu lorong kecil,
di celah bangunan atau rumah orang, dan lorong kecil itulah consider 'jalan utama' di sana |
 |
sebelah kiri lagi.. yang nampak kecik-kecik tu kubur diorang. Sesetengahnya, di celah-celah rumah pun ada kubur. 80% masyarakat di Toba beragama Kristian, suku kaum batak Toba. Yang Muslim adalah pendatang.. jadi makan agak limited, kena cari restoran Minang
|
Rencananya, kami nak ambil feri ke Pulau Samosir jam 11.30 pagi
tapi, masa kami sampai di jeti jam 11 pagi, tiket dah habis terjual
(sebab kami nak menyeberang dengan kereta sekali)
kalau nak ikut jalan darat, jaaaauuuuhhhhh...!
Jadinya, jadual kami bertukar
kami dibawa ke perkampungan Tongging
(kononnya kalau sempat, kami ke Samosir melalui Pangururan (ada jalan darat), kemudian balik ke Parapat naik feri)
sempat juga singgah di perbukitan Simarjarunjung untuk ngopi
sedap kopinya.. kalau kita order kopi, dia akan bagi dengan goreng pisang sekali
sambil minum, boleh nampak view tasik di sekitar restoran
mengingatkan saya kepada suasana semasa di Kintamani, Bali
 |
| a cup of coffee, and goreng pisang at Simarjarunjung |
 |
| cafe kat Simarjarunjung tu.. ada hotel juga, tapi boringlah, bangunan dia je satu-satunya kat situ |
Sepanjang perjalanan, nampak aje spot yang best, kami berhenti untuk bergambar
sampai Cekeyya (Cik Khayra) kata, 'asyik-asyik ambik gambar.. ambik gambarrr je selamanya!'
hehehe
maka, lewat jugak la kami nak sampai ke Tongging tu
ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai.. makin lambat dibuatnya
dah la jalan dia, turun bukit naik bukit, kejap bertar kejap tidak, masuk kampung keluar kampung
memang tertidurlah!
 |
| bukit kecil yang mengunjur tu cantik sangat. kalau dari jauh, dia nampak menyerlah sebab warna rumput yang tumbuh di atasnya lebih muda daripada warna hijau bukit di belakangnya |
 |
| penternakan ikan sangkar |
Tiba di Tongging, kami di bawa makan sore (sebab dah lewat kalau nak kata lunch. haha)
kat sini banyak area penternakan ikan sangkar
time nak makan tu baru dia tangkap, siang dan bakar/goreng
aduhhh.. nikmatnya! fresh!
dia tangkapkan ikan nila.. 3 dibakar, 2 digoreng.. hidang pulak dengan kubis celur, nasi perang organik
alahaiii.. terasa-rasa kat lidah sampai sekarang
makan pulak dalam pondok yang dibina atas tasik.. memang asyikkk sekali!
 |
| nasi perang, ikan nila bakar dan goreng.. jemput makan! :) |
 |
| ni kat pelantar di warung yang kami makan.. masih gerimis lagi waktu tu |
 |
harga total bil masa kami makan = Rp155,000.. oklah tu! |
 |
| orang ni bersampan meredah hujan.. entah apa yang dicari |
Lepas makan, kami menyusuri kampung-kampung di sepanjang Lake Toba
tak pasti saya sehingga ke perkampungan mana, tapi di area Silalahi
pemandangannya memang ohsem
area bukit bukau di area Tongging memang cantik sekali
sekali pandang, nampak macam kat Switzerland pun ada! hehe
 |
beginilah keadaan jalanraya di sana.. gambar atas dan gambar ini adalah jalanraya utama |
Subhanallah... cantik betul tempat ni!
 |
| selain menternak/menangkap ikan, kebun sayur dan tanaman padi merupakan aktiviti utama masyarakat disini |
Jam 5 petang, Ridu kata jauh lagi kalau nak ke Pangururan
memang tak sempat kejar feri, sebab feri terakhir dari Samosir ke Ajibata sekitar jam 6 petang
maka, kami berpatah semula untuk pulang ke Parapat
perjalanan jadi lebih jauh sebab Ridu kena isi minyak,
tapi kena melencong menghala ke Berastagi (berlawanan arah)
sebab kat sekitar Lake Toba tu sendiri, stesen-stesen minyak saaaangat limited!
cuma banyak gerai-gerai yang jual bensin solar jer dalam botol
Kami sampai di Hotel Niagara semula jam 10 malam
keletihan!
budak-budak, lepas penat bergurau sesama sendiri, main game kat galaxy tab, bila pening, gaduh pulak
mulut tak sudah-sudah cakap penat, nak balik hotel.. senyapnya bila diorang tertidur jer ;)
dalam perjalanan tu, agak sunyi, jalannya gelap
memang doa banyak-banyak supaya enjin tak rosak, tayar tak tercabut/meletup, dan tak ada skru kereta yang berterbangan akibat terlanggar lopak!
haha
 |
ini saya tempek map lake toba supaya korang boleh imagine area mana yang kami explore dalam google map tak ada label area Tongging map ni pun saya google image dan jumpa dalam web sorang omputeh (lupa pulak apa link dia) |
.