Showing posts with label Badugul. Show all posts
Showing posts with label Badugul. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Bali Trip : Day 4 | Pura Ulun Danu Beratan, Bedugul

Assalamualaikum
=))


Sebelum tu nak tanya..
entri-entri saya ni, nampak macam nak menunjuk-nunjuk ker?
kalau ada yang terasa camtu, mintak maaf la ye
takde niat pun nak berlagak ke apa..
just nak share cerita jer..
kalau tak suka.. sekali lagi, button X ada kat atas ye ;)


Ok.. sambung..


Sejam lepas bertolak dari Mengwi
baru la kitorang sampai kat area Bedugul pulak
area tanah tinggi
macam kat Cameron Highlands


kalau kat tanah tinggi, mesti ada stroberi
kat bawah pagar tu diorang punya strawberry farm


Kat Bedugul ni ada sebuah tasik yang cantik - Beratan Lake
letaknya 1231m dari atas laut
so memang sejuk!!
sampai keluar asap dari mulut... hahaha.. ok.. tipu!
tapi memang sejuk la.. lagi sejuk daripada CH


Kat Beratan Lake tu ada satu lagi pura
Pura Ulun Danu Beratan
cantik jugak pemandangannya

Tiket masuk Rp10,000 untuk dewasa


Ini jalan masuk ke pura tu
masa kitorang sampai, cuaca agak mendung
agaknya itu yang menambahkan lagi kesejukannya kot


Macam biasa.. bergambar kat entance dah jadi macam trademark saya
hahaha
padahal lebih kurang jer rupa bentuk entrance tu kat mana-mana


Ini pemandangan kat dalam area pura
waduhhhh... cantik bangett!
kecantikan kat dalam gambar, memang takleh lawan dengan kecantikan sebenar
korang kena tengok dengan mata kepala sendiri,
baru boleh appreciate keindahannya!


Pura kat tengah tasik
masa kitorang sampai ni, ada satu couple tengah photoshoot
wedding photoshoot agaknya


 ala-ala pagoda kan
yang ni kat main temple
takleh masuk kat main area nih


yang ni pemandangan keseluruhan pura
sayup-sayup kat tengah gambar tu boleh nampak Masjid Besar Al-Hidayah
masjid tu tinggi sikit, kat lereng bukit


lagi pemandangan Ulun Danu Beratan


posing lentok-lentok.. hahaha.. sangat poyo!


masa ni dah kena pakai sunglasses sebab mata dah bengkak dan merah
huhhh~ rimas!
saya ni bukan boleh pakai benda-benda camtu
rasa macam tak puas mata memandang


Elok jer kitorang habis pusing-pusing, posing-posing kat sini,
hujan pun turun!

Hujan lagi...!
agaknya saya ni memang takde chemistry la kalo pegi tempat tinggi kat Bali ni
asal gi tempat tinggi jer hujan
asal hujan jer gi tempat tinggi
tapi nasib baik la dia turun lepas kitorang dah puas menikmati view yang cantik tu


Then kitorang lunch kat Rumah Makan As Sidiq
kat sini banyak kedai makan muslim
so memang tak susah kalau nak cari makan
ada musolla skali untuk solat
tapi, untuk muslimah, better bawak telekung sendiri
walaupun ada yang sediakan musolla, tapi telekung diorang..
emm.. sama la macam yang ada kat surau RnR tu :)


gambar atas : ayam bakar taliwang.. A+
gambar bawah : sate ayam.. A++++.. sedap gilerr
saya prefer fruit tea.. sedap sket berbanding teh botol yang rasa jasmine tu
pastu soft drinks dia, ada botol kecik-kecik macam yang bawah tu.. comel sangat!


ni pemandangan tasik masa hujan masih turun
putih berkabus tak nampak apa


Disebabkan hujan, kitorang tak singgah la ke Fruits Market
Fruits Market tu macam market kat Cameron tu jugak
jadinya, tak dapat la menjamah stroberi Bali
;)




.