Assalamualaikum
=)
Macam yang saya cakap sebelum ni
sepatutnya tour saya berakhir pada hari Khamis, 14 April
sebabnya, saya cuma booking tour selama 3 hari saje dengan Pak Isme
Tapi..
ada DUA tempat lagi yang saya tak sempat pergi
macam tak puas hati gitu!
yelaa.. lepas ni, entahkan dapat datang ke sini lagi ke tidak kan
So, bincang-bincang dengan encik apek
saya mencuba nasib, sms si Emil
kalau dia free, boleh tak bawak saya ke DUA tempat tu je
Emil kata OK, dan dia akan pick up saya pukul 3 petang
yiehaaaaa!!!
bayaran tambahan.. Rp150,000 sahaja
Jam 3 petang, Emil bawak saya ke Dreamland Beach dulu
ni kat entrance gate
bayaran masuk sebanyak Rp15,000
nak ke pantainya.. jauh lagi ke dalam
ada la dalam 3-4km kot
area ni nanti akan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang baru
New Kuta namanya
ada banyak jugak area banglo eksklusif kat sini
kalau kaya, rasa macam nak beli sebijik, buat istana hinggap.. hahaha
sampai kat tempat parking,
nampak kedai ni
ada sesapa mau coba?? hikhik..
Daripada parking area, jauh jugak lagi nak sampai pantai
kena jalan turun bukit yang berbatu kasar.. dalam 200-300m kot jaraknya
so seeloknya, pakai kasut yang sesuai
kalo pakai high heels, takyah la ngengada nak datang sini
kang sakit kaki sebulan tak hilang! hihi
Pantai dia kecik jer
tapi cantik
ombak pun tinggi-tinggi
Ramai jugak la mat-mat dengan minah saleh datang sini bawak skuter
sambil kepit surfing board
Takde apa sangat nak tengok kat sini
kecuali pantainya yang indah
nak join diorang terjun mandi laut, macam tak sesoai la pulak.. hihi
Yang penting, kalau orang cakap pasal Dreamland Beach
saya bisa bilang.. 'oh.. saya sudah pernah sampai ke situ' =)
posing sikit-sikit kat sini,
pastu gerak ke destinasi wisata saya yang terakhir
bersambung lagi...
;)
.