Assalamualaikum
=)
ni sebahagian kecil gambar-gambar di Melaka
snap banyak tapi tak berapa nak bekualiti
i. sebab skill takdak.. hahaha
ii. mana nak angkut kamera gedabak, nak dukung anak, nak bawak beg isi diapers, susu, baju, tuala diorang lagi.. huhu...
yang bestnya, walaupun plan last minute
kira ok jugak la
itinerary akhirnya lebih kepada 'Jalan-jalan Cari Pasal Makan'
hehehe
| 4 generasi :) |
ini tujuan utama kami turun ke Melaka
mahu jumpa nenek sedara saya yang datang dari Temasek (yang tudung biru)
macam yang saya mention sebelum ni
kami menghadiri perkahwinan nenek sedara saya punya besan punya adik punya anak
pening??? hehe
saya pun!
Lepas check-in hotel berhantu pukul 3.30 petang
lepak-lepak kat bilik dulu
siap surf internet ok, nak cari mana medan ikan bakar yang terdekat
ingat nak pegi Kuala Sungai Baru tu
tengok kat google maps, 40km dari hotel! tak jadilah!
dah la asyik sesat n salah jalan jer.. hehe
So yang terdekat di sini
klik link untuk full review dari kami
| tengok tu, awan yang memberat yang akhirnya hujan, punca saya selsema! huhu |
sangat selesa tempatnya
tapi sayangnya, diorang tak maintain betul-betul tempat ni
tengok tu, pagar pun dah hilang..
ahli rombongan Tuan Haji Abdullah
hehehe
encik apek tiada dalam gambar.. sebab dia kena jadi fotografer
apa? kenapa tak guna tripod?
huhu.. nanti la.. pinjam tangan sotong Paul lagi 2!
alhamdulillah... syukur
masih dapat menikmati seafood yang marvellous!!
menu:-
kangkung goreng belacan
kupang masak sambal
sotong goreng tepung
ikan tenggiri bakar
ikan kerapu masak 3 rasa
udang goreng butter
ikan cencaru bakar
Alhamdulillah...
kenyang sampai tersandar!!
lagi sedap daripada makan kat Sepang hari tu
total damage.. tak sampai pun RM250
Dan yang paling BEST
makanan adalah ditaja oleh Mak Uteh saya!!!
hehe.. muah..muah.. mokteh! tengkiuuuu!!
Lepas makan, kitorang terjah pasar malam kat Jonker Walk ni
ramai giler orang!
Dan hasilnya..
i. pegi sini memang semata-mata memeriahkan suasana dan cuci mata aje la
ii. sumpah lain kali tak payah pegi lagi dah! hahaha
iii. food yang jual kat sini.. mak aihh.. baunya harummm.. tapi tak boleh beli la.. sebab semua chinese yang masak
iv. semua calorie intake yang dapat kat Umbai.. habis terbakar kat sini! Letih wooo.. jalan kat celah-celah orang dengan mendukung seorang budak seberat 14kg.. kaki cramp sampai hari ni!
.
