Saturday, March 26, 2011

Day 2 at HCMC : Intro

Assalamualaikum

Selamat Pagi Ho Chi Minh City


pagi-pagi cuci mata jap

view dari tingkap bilik
huhu~ tak menarik langsung
tapi yang bumbung merah kat tengah tu, ben thanh market

baju yang buat saya juling mata
sampai tersasul ingatkan hari ni hari jumaat
hahahahha
(hanya kakak saya yang tau ceritanya.. kan ngah! hehe)


close-up sket
kain cotton dan viscose
kalau kat KL, manik banyak camni
agak-agak berapa harganya?
dalam rm100+ jugak kan?



.

Friday, March 25, 2011

Live : Day 1 at HCMC

Quick update..

Alhamdulillah.. dah selamat sampai
landed kat international airport tan son nhat tadi pukul 3.40pm waktu tempatan
masa sampai, hujan renyai-renyai
peak hour agaknya kat hcmc nih.. jalan jem.. motor banyak betul!

Check-in hotel kat district 1, dekat dengan ben thanh market
naik bilik dah dekat pukul 5
then off pegi parkson cari makan, beli air, beli roti
masuk parkson, rasa macam kat malaysia jugak
bezanya, kat sini guard, cleaner semua orang vietnam
tapi kat malaysia pun, guard, cleaner orang vietnam jugak
eh, tu beza ke, sama? hahah

Pastu pegi night market kat ben thanh pun sama
rasa macam kat chow kit road jer
bersepah jer orang melayu kat sana
bezanya, kat sini nampak penuh dengan orang vietnam dan orang melayu
kat chow kit, nampak penuh dengan orang indon dan orang melayu
eh, ker itu lagi satu persamaan? hoho~
nampaknya orang melayu ni ada dimana-mana kan
sampaikan peniaga vietnam yang jual kat night market tu pun ramai yang dah pandai cakap melayu
'abang kacak'...'kakak cantik'.. 'mari tengok'.. ;P
saya jadi tak tentu arah bila tengok baju kurung pahang bersulam manik cantik-cantik!
harga pun, lumayan murah ya amat!
@_@  muahahaha~

tapi area quite dirty
jalan penuh dengan kereta dan motor
pakai lawa-lawa, glam macam nak pegi dinner pun, ada yang bawak motor jugak

Nasib baik hotel ada free wifi
kalau tak, mati kutu jugak la
Cuma.. fb tak boleh nak masuk... kena block
kalau nak ber-fb jugak, kena masuk fb vietnam... apa kessss
ok jugak la hotel ni.. 2.5 star pun ada wifi
bilik air ada bath tub
syiling siap ber-plaster ceiling yang berbunga-bunga tu
not bad

Eh, tadi kata quick update kan
terpanjang la pulak ceritanya
gambar.. tak sempat la nak snap sangat
esok la.. tadi dah gelap.. 
esok join city tour untuk setengah hari

caucincau... kaki sudah letih.. 
huhu~



.

Thursday, March 17, 2011

Jalan-Jalan Melaka - Last Part

Assalamualaikum
=)


Nak tengok gambar makanan lagi?
hehe
cukup la tu
kang ada yang muntah purple kang
;)


ni anak dara yang sebok nak naik beca
nak baca sejarah melaka kat muzium samudera pun tade sinang
asyik dok cakap 'mummy, lambatnya nak naik beca..'
gambar atas, uncle beca tu tolong snap
not bad eh? :)

 kena naik 2 beca
kalau empat-empat naik skali, mau bengkok rim beca tu!
naik dari muzium samudera ke dataran menara taming sari
RM10/beca sekali jalan.. tak sampai pun 5 minit!
takpelah.. nak memajukan industri pelancongan negara katanya..



 tengok benda-benda yang colourful ni..
gerammm jer kan
tapi nak beli pun nak buat apa
tengok ajelah..

kedai macam ni, kalau tak singgah di Melaka, tak sah la kan
tapikan.. kerepek yang dalam kotak merah tu
rupa dia macam kerepek bawang
tapi ada perisa stroberi, vanilla, pandan dan coklat
tak payah beli!
tak sedap!

 balik bangi
kitorang sambung makan lagi
hahahha.. dah katanya jalan-jalan cari makan kan
kat sate UK saja
sebab mak uteh saya tak pernah makan kat sini lagi
ahli rombongan bertambah : adik saya 1 family + sepupu saya yang belajar kat uniten


sate ayam 120 cucuk + sate perut 10 cucuk
nasi impit 20 ketul

harga < RM110..
kenyang lagi...


sampai hari ni, berat tak turun-turun lagi!
uwaaaaaaaaaa..




.

Wednesday, March 16, 2011

JJCM Melaka - Part II

Assalamualaikum
=)


Lagi gambar-gambar menyeksa perut..
hehhee




 seekor RM40!

sekuali RM20


sedap!
tapi harga macam tak berbaloi aje
total damage - RM147

ok.. kali ni, turn kitorang pulak belanja.. hehe




.

Tuesday, March 15, 2011

JJCM Melaka - Part I

Assalamualaikum
=)

ni sebahagian kecil gambar-gambar di Melaka
snap banyak tapi tak berapa nak bekualiti
i. sebab skill takdak.. hahaha
ii. mana nak angkut kamera gedabak, nak dukung anak, nak bawak beg isi diapers, susu, baju, tuala diorang lagi.. huhu... 

yang bestnya, walaupun plan last minute
kira ok jugak la
itinerary akhirnya lebih kepada 'Jalan-jalan Cari Pasal Makan' 
hehehe

4 generasi :)
ini tujuan utama kami turun ke Melaka
mahu jumpa nenek sedara saya yang datang dari Temasek (yang tudung biru)
macam yang saya mention sebelum ni
kami menghadiri perkahwinan nenek sedara saya punya besan punya adik punya anak
pening??? hehe
saya pun!


Lepas check-in hotel berhantu pukul 3.30 petang
lepak-lepak kat bilik dulu
siap surf internet ok, nak cari mana medan ikan bakar yang terdekat
ingat nak pegi Kuala Sungai Baru tu
tengok kat google maps, 40km dari hotel! tak jadilah!
dah la asyik sesat n salah jalan jer.. hehe

So yang terdekat di sini
klik link untuk full review dari kami

tengok tu, awan yang memberat yang akhirnya hujan, punca saya selsema! huhu

sangat selesa tempatnya
tapi sayangnya, diorang tak maintain betul-betul tempat ni
tengok tu, pagar pun dah hilang..



ahli rombongan Tuan Haji Abdullah
hehehe
encik apek tiada dalam gambar.. sebab dia kena jadi fotografer
apa? kenapa tak guna tripod?
huhu.. nanti la.. pinjam tangan sotong Paul lagi 2!



alhamdulillah... syukur
masih dapat menikmati seafood yang marvellous!!


menu:-
kangkung goreng belacan
kupang masak sambal
sotong goreng tepung
ikan tenggiri bakar
ikan kerapu masak 3 rasa
udang goreng butter
ikan cencaru bakar


Alhamdulillah...
kenyang sampai tersandar!!
lagi sedap daripada makan kat Sepang hari tu
total damage.. tak sampai pun RM250

Dan yang paling BEST
makanan adalah ditaja oleh Mak Uteh saya!!!
hehe.. muah..muah.. mokteh! tengkiuuuu!!




Lepas makan, kitorang terjah pasar malam kat Jonker Walk ni
ramai giler orang!


Dan hasilnya..
i. pegi sini memang semata-mata memeriahkan suasana dan cuci mata aje la
ii. sumpah lain kali tak payah pegi lagi dah! hahaha
iii. food yang jual kat sini.. mak aihh.. baunya harummm.. tapi tak boleh beli la.. sebab semua chinese yang masak
iv. semua calorie intake yang dapat kat Umbai.. habis terbakar kat sini! Letih wooo.. jalan kat celah-celah orang dengan mendukung seorang budak seberat 14kg.. kaki cramp sampai hari ni!





.