Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Jalan-Jalan Melaka - Last Part

Assalamualaikum
=)


Nak tengok gambar makanan lagi?
hehe
cukup la tu
kang ada yang muntah purple kang
;)


ni anak dara yang sebok nak naik beca
nak baca sejarah melaka kat muzium samudera pun tade sinang
asyik dok cakap 'mummy, lambatnya nak naik beca..'
gambar atas, uncle beca tu tolong snap
not bad eh? :)

 kena naik 2 beca
kalau empat-empat naik skali, mau bengkok rim beca tu!
naik dari muzium samudera ke dataran menara taming sari
RM10/beca sekali jalan.. tak sampai pun 5 minit!
takpelah.. nak memajukan industri pelancongan negara katanya..



 tengok benda-benda yang colourful ni..
gerammm jer kan
tapi nak beli pun nak buat apa
tengok ajelah..

kedai macam ni, kalau tak singgah di Melaka, tak sah la kan
tapikan.. kerepek yang dalam kotak merah tu
rupa dia macam kerepek bawang
tapi ada perisa stroberi, vanilla, pandan dan coklat
tak payah beli!
tak sedap!

 balik bangi
kitorang sambung makan lagi
hahahha.. dah katanya jalan-jalan cari makan kan
kat sate UK saja
sebab mak uteh saya tak pernah makan kat sini lagi
ahli rombongan bertambah : adik saya 1 family + sepupu saya yang belajar kat uniten


sate ayam 120 cucuk + sate perut 10 cucuk
nasi impit 20 ketul

harga < RM110..
kenyang lagi...


sampai hari ni, berat tak turun-turun lagi!
uwaaaaaaaaaa..




.

Wednesday, March 16, 2011

JJCM Melaka - Part II

Assalamualaikum
=)


Lagi gambar-gambar menyeksa perut..
hehhee




 seekor RM40!

sekuali RM20


sedap!
tapi harga macam tak berbaloi aje
total damage - RM147

ok.. kali ni, turn kitorang pulak belanja.. hehe




.

Tuesday, March 15, 2011

JJCM Melaka - Part I

Assalamualaikum
=)

ni sebahagian kecil gambar-gambar di Melaka
snap banyak tapi tak berapa nak bekualiti
i. sebab skill takdak.. hahaha
ii. mana nak angkut kamera gedabak, nak dukung anak, nak bawak beg isi diapers, susu, baju, tuala diorang lagi.. huhu... 

yang bestnya, walaupun plan last minute
kira ok jugak la
itinerary akhirnya lebih kepada 'Jalan-jalan Cari Pasal Makan' 
hehehe

4 generasi :)
ini tujuan utama kami turun ke Melaka
mahu jumpa nenek sedara saya yang datang dari Temasek (yang tudung biru)
macam yang saya mention sebelum ni
kami menghadiri perkahwinan nenek sedara saya punya besan punya adik punya anak
pening??? hehe
saya pun!


Lepas check-in hotel berhantu pukul 3.30 petang
lepak-lepak kat bilik dulu
siap surf internet ok, nak cari mana medan ikan bakar yang terdekat
ingat nak pegi Kuala Sungai Baru tu
tengok kat google maps, 40km dari hotel! tak jadilah!
dah la asyik sesat n salah jalan jer.. hehe

So yang terdekat di sini
klik link untuk full review dari kami

tengok tu, awan yang memberat yang akhirnya hujan, punca saya selsema! huhu

sangat selesa tempatnya
tapi sayangnya, diorang tak maintain betul-betul tempat ni
tengok tu, pagar pun dah hilang..



ahli rombongan Tuan Haji Abdullah
hehehe
encik apek tiada dalam gambar.. sebab dia kena jadi fotografer
apa? kenapa tak guna tripod?
huhu.. nanti la.. pinjam tangan sotong Paul lagi 2!



alhamdulillah... syukur
masih dapat menikmati seafood yang marvellous!!


menu:-
kangkung goreng belacan
kupang masak sambal
sotong goreng tepung
ikan tenggiri bakar
ikan kerapu masak 3 rasa
udang goreng butter
ikan cencaru bakar


Alhamdulillah...
kenyang sampai tersandar!!
lagi sedap daripada makan kat Sepang hari tu
total damage.. tak sampai pun RM250

Dan yang paling BEST
makanan adalah ditaja oleh Mak Uteh saya!!!
hehe.. muah..muah.. mokteh! tengkiuuuu!!




Lepas makan, kitorang terjah pasar malam kat Jonker Walk ni
ramai giler orang!


Dan hasilnya..
i. pegi sini memang semata-mata memeriahkan suasana dan cuci mata aje la
ii. sumpah lain kali tak payah pegi lagi dah! hahaha
iii. food yang jual kat sini.. mak aihh.. baunya harummm.. tapi tak boleh beli la.. sebab semua chinese yang masak
iv. semua calorie intake yang dapat kat Umbai.. habis terbakar kat sini! Letih wooo.. jalan kat celah-celah orang dengan mendukung seorang budak seberat 14kg.. kaki cramp sampai hari ni!





.