Assalamualaikum
=))
Untuk hari Khamis
encik apek berpeluang untuk join tour bersama saya
sebab kalau ikut program meeting dia pun
hari ni adalah untuk field visit
so daripada dia jenjalan dengan kengkawan sekapal,
baik la dia jenjalan dengan saya kan.. hehehe
dapat la feeling ala-ala honeymoon untuk satu hari
itupun lepas dapat pelepasan dari boss beliau
TQ, Mr Ketua Pengarah! =)
Hari Khamis dimulai dengan another visit to Krisna
hahaha.. encik apek tak puas hati dengan souvenirs yang saya pilihkan
untuk kengkawan opis dia
so, pergi la lagi sekali, bagi dia pilih sendiri ;)
* * * * * *
Kemudian, kitorang bergerak menghala ke arah Bedugul
perjalanan agak perlahan sebab banyak kereta, dan keadaan jalanraya yang sempit
hampir sejam baru kitorang sampai kat Mengwi
berenti jap kat sini untuk tengok Pura Taman Ayun
ni kat perkarangan luar
Pura Taman Ayun ni dibina pada tahun 1627 masihi
pada waktu pemerintahan raja Mengwi yang pertama
dia ada 3 bahagian;
bahagian paling utama/ suci - Utama Mandala - tempat raja-raja duduk
bahagian tengah - Madia Mandala
bahagian luar - Nista Mandala - untuk rakyat jelata
kena lalu jambatan ni untuk masuk
bayaran masuk adalah sebanyak Rp3,000 seorang
masuk kat 'pintu gerbang' tu
itu area Nista Mandala
Ni pulak entrance ke Madia Mandala
ni kat dalam Madia Mandala (bahagian tengah)
masa kitorang pusing-pusing kat sini
tetiba ada sorang pakcik tu meng'offer' diri untuk jadi photographer
kitorang layan jelah
sambil-sambil tu, dia cerita la pasal pura ni
Kat sini upacaranya adalah setiap 6 bulan (210 hari)
pada hari Selasa Kliwon Waktu Medangsia
ape tu??? saya pun tak tahu.. hihi
ni pintu masuk ke Utama Mandala
kalau raja-raja datang untuk upacara, diorang duduk dalam area tu
tapi sekarang dah tak dibuka untuk tourists
sebabnya, ada yang langgar pantang
e.g; ada orang datang bulan, orang pregnant.. masuk dalam area tu
so bila pantang larang dilanggar, kawasan tu kononnya dah jadi tak suci
akan ada banyak binatang berbisa masuk ke situ nanti.. katanya lah..
tapi kat keliling Utama Mandala tu, ada tembok
so kita boleh tengok dari luar jelah
ni bahagian dalam Utama Mandala
area ni dijaga oleh pendeta yang pakai baju putih tu
pakcik ni dah tau spot mana nak ambik gambar
sampai kat area tertentu, dia kata..
'ok.. posing di sini'... layannn..
ini pokok majapahit
yang bulat-bulat tu ialah buah majapahit
pakcik tu kata, memang pahit buahnya
di tanam sebagai tanda penghormatan kepada kerajaan Majapahit
posing lagi
oh ye, pakcik tu siap kutipkan bunga kemboja, suruh kitorang pakai
tapi kat sini tak boleh petik bunga sebarangan tau
kalau yang dah gugur tu, takpe..
Pura Taman Ayun ni dikelilingi oleh kolam buatan
katanya, dasar kolam ni ada pasir jerlus
so dulu-dulu, ramai yang mati kat sini
tiap-tiap tahun ada jela kolam ni menuntut 'korban'
so sebagai langkah berjaga-jaga
setiap kali air kolam ni bertukar menjadi warna biru
diorang akan mengorbankan seekor kambing hitam sebagai persembahan
kalau tak, nanti mesti ada orang yang mati kat situ
;)
Kita yang muslim ni, dengar jelah kan
jangan terikut-ikut pulak dengan kepercayaan diorang
Dah habis pusing area pura ni.. pakcik tu tunjukkan jalan keluar
lalu berkata, 'ada tipsnya ya, pak'
muahahahaa... aku dah agak dah!! ;p
Encik apek keluarkan Rp10,000
pastu dia kata 'ada lagi satu pak.. Rp10,000nya?'
ohooo.. demanding la pulak
kehkehkeh..
Tak apelah.. diorang kat sini memang cari duit poket dengan tips
halalkan ajelah... upah jadi photogapher =))
Kendian... kitorang bergerak menuju Bedugul pulak..
to be continued.. :)
* * * * * * *
lagi gambo cekci
lukisan gambo cekci camni banyak kat area Legian-Kuta
hikhik.. berseni ya amat!
sabar jela banyak-banyak ye ;)
.
First kah? hahahaha... woh... ini lagi banyak gambar lentok... suka,suka..:-)
ReplyDeleteerrr.. apa yang kau pakai di mata itu?
ReplyDeleteberhoneymoon betul ek..
ReplyDeleteorang kata kat bali banyak hantu, betul ke hahaha..
Tempat yang sesuai untuk berposing romantis. cekci sekali gambar kat bawah tu.
ReplyDeleteApalah motif gambo cekci tu, kan?
ReplyDeletepandai 'pakcik' tu snap pic...free ke hanie...??????apapn tmpt tu mmg menarik n tmbah menarik ada 2 org model tu....
ReplyDeletehahaha..xleh tengokkk *tutup mata ade gambo cekcii*
ReplyDelete(*_*)
hahaha
seninya lukisan tu~~
ReplyDeletewah..mcm zaman2 hanimun gitu.terus lupa kat ah chai n amoi
ReplyDeletecantik2 picture..memang romantik
ReplyDeletemoment 2nd honeymoon...
ReplyDeleteAt last dapt gak lepas kempunan jalan berdua ye Hanie.. He... Nnt akak nak p lah tempat2 yg u p ni..Some mmg tak penah sampai.
ReplyDeletebaru nmpk mcm hanimunnn,hik3
ReplyDeletepandai pakcik tu guna 60D!
ReplyDeleteassalamualaikum Dr..
ReplyDeleteyang kat menara tuer mcm kat teluk intan la..mmg menarik semua pic tue
aloloor.. pakai t-shirt sama.. so sweet..
ReplyDeletegambo vontot awek jugak kau tepek ..ekekekeke..
ReplyDeletemasa aku kat situ, depa tgh main alat muzik tradisional kat dewan tak berdinding tu..
@HaniCheLat
ReplyDeleteberdua without the kids, boleh lentok lebih sket
kekekke
@HaniCheLat
ReplyDeletehaa.. apekah?
~ bunga kah?
~ atau sunglasses yg tak baper nak hitam tu kah?
@kakpah
ReplyDeletebanyak.. banyak..
tu.. hantu yg kena bom tu ;)
@Cik Ina minat Do do Cheng
ReplyDeletecuba kalo posing camtu dalam masjid, mesti kena hambat keluar.. hehehe
@kakcik
ReplyDeletepada diorang, itu juga tergolong dalam 'menghayati keindahan ciptaan tuhan'.. hehehe
@NzA
ReplyDeletefree apenye..
tuuu.. dia siap mintak tips tuuuu
hehehe
@Zie
ReplyDeletehaaahhh
budak tak cukup umo memang kena tutup mata!
hahaha
@bujal X
ReplyDeletesaya tahu kamu mesti SUKA!
hihi
@isabelle
ReplyDeletelupa jugak la kejap
ekekke
@atty's
ReplyDeleteskali skala k.ty
ngeee :D
@Chik Att
ReplyDeleteni bukan 2nd dah ni.. 4th ker 5th ntah
hahha
@Yan
ReplyDeletetula..
kalau tak jalan sama2 masa ni, memang encik apek tak dapat tgk bali langsung la.. terperuk je dlm bilik meeting tu
hehehe
pasni kena tour habis2an tau kak yan :D
@mama_umar_maryam
ReplyDeleteakhirnya..
impian menjadi kenyataan
kekekke
@DrSinga
ReplyDeleteexpert!!
memang da biasa jadi photographer kot :D
@sahromnasrudin
ReplyDeletewassalam..
menara condong tu ek?
hehehe.. lebih kurang kan?
@Hanis Azla
ReplyDeletet-shirt ada bau kedai lagi tu kak :D
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletegambo vontot tu uncle gedek mesti suka.. kikiki
time kitorg datang, xde show pape lak
Wau !
ReplyDeleteMakin lama makin berani posingnya....!
Tak sabar tunggu entry seterosnya!
Mesti gambar-gambar yang lebih mendebarkan...!
"Sabar gedek, sabar gedek" (sambil urut dada)
@gedek!
ReplyDeletehahaha.. komen uncle tak boleh blah... saya tau, uncle mesti suka gambo tu.. kekekke
sabar nooo... sabarrrrrr :D
gambar cekci yang last tu.. buat mata jadi segar pulak.. hilang mengantuk
ReplyDelete@rATu kEBaYA
ReplyDeleteooo
suka jugak yeee
hehehe
seni cenggini banyak digemari oleh kaum lelaki ye dak? mesti depa akan cakap, 'dat's a fine art'.
ReplyDeletehehhehheh~
@gadisBunga
ReplyDeleteyee.. tepat skali GB
cuba kalo tempek gambo vontot cowok.. agak2, diorg suka tak? ekekeke
ada jugak lukisan pompuan topless, tp, mcm x sampai ati lak nak snap.. huhu
Wah, sempat juga Hanie berdating berdua yek. Selalu sorang je. Semua gambar cantik! :)
ReplyDelete@h4ni3
ReplyDeleteoooh... bunge.. bunga kemboja ye.. :-)
@Yati
ReplyDeletetula.. akhirnya dapat gak dating sehari
hihihi
@HaniCheLat
ReplyDeletehahaha
ye.. bunga kemboja..
macam pelik je kan selit celah tudung.. hehe
hikhik...dulu masa honeymoon pegi Bali dgn En.suami, bila tour guide tu asyik bawak ke kuil je, kitaorg ajak dia bwk g shopping..hehe
ReplyDelete@Nia
ReplyDeletehahahaha
masa tu tgh giler shopping aje ye nia
:D