Assalamualaikum
=))
Untuk hari Khamis
encik apek berpeluang untuk join tour bersama saya
sebab kalau ikut program meeting dia pun
hari ni adalah untuk field visit
so daripada dia jenjalan dengan kengkawan sekapal,
baik la dia jenjalan dengan saya kan.. hehehe
dapat la feeling ala-ala honeymoon untuk satu hari
itupun lepas dapat pelepasan dari boss beliau
TQ, Mr Ketua Pengarah! =)
Hari Khamis dimulai dengan another visit to Krisna
hahaha.. encik apek tak puas hati dengan souvenirs yang saya pilihkan
untuk kengkawan opis dia
so, pergi la lagi sekali, bagi dia pilih sendiri ;)
* * * * * *
Kemudian, kitorang bergerak menghala ke arah Bedugul
perjalanan agak perlahan sebab banyak kereta, dan keadaan jalanraya yang sempit
hampir sejam baru kitorang sampai kat Mengwi
berenti jap kat sini untuk tengok Pura Taman Ayun
ni kat perkarangan luar
Pura Taman Ayun ni dibina pada tahun 1627 masihi
pada waktu pemerintahan raja Mengwi yang pertama
dia ada 3 bahagian;
bahagian paling utama/ suci - Utama Mandala - tempat raja-raja duduk
bahagian tengah - Madia Mandala
bahagian luar - Nista Mandala - untuk rakyat jelata
kena lalu jambatan ni untuk masuk
bayaran masuk adalah sebanyak Rp3,000 seorang
masuk kat 'pintu gerbang' tu
itu area Nista Mandala
Ni pulak entrance ke Madia Mandala
ni kat dalam Madia Mandala (bahagian tengah)
masa kitorang pusing-pusing kat sini
tetiba ada sorang pakcik tu meng'offer' diri untuk jadi photographer
kitorang layan jelah
sambil-sambil tu, dia cerita la pasal pura ni
Kat sini upacaranya adalah setiap 6 bulan (210 hari)
pada hari Selasa Kliwon Waktu Medangsia
ape tu??? saya pun tak tahu.. hihi
ni pintu masuk ke Utama Mandala
kalau raja-raja datang untuk upacara, diorang duduk dalam area tu
tapi sekarang dah tak dibuka untuk tourists
sebabnya, ada yang langgar pantang
e.g; ada orang datang bulan, orang pregnant.. masuk dalam area tu
so bila pantang larang dilanggar, kawasan tu kononnya dah jadi tak suci
akan ada banyak binatang berbisa masuk ke situ nanti.. katanya lah..
tapi kat keliling Utama Mandala tu, ada tembok
so kita boleh tengok dari luar jelah
ni bahagian dalam Utama Mandala
area ni dijaga oleh pendeta yang pakai baju putih tu
pakcik ni dah tau spot mana nak ambik gambar
sampai kat area tertentu, dia kata..
'ok.. posing di sini'... layannn..
ini pokok majapahit
yang bulat-bulat tu ialah buah majapahit
pakcik tu kata, memang pahit buahnya
di tanam sebagai tanda penghormatan kepada kerajaan Majapahit
posing lagi
oh ye, pakcik tu siap kutipkan bunga kemboja, suruh kitorang pakai
tapi kat sini tak boleh petik bunga sebarangan tau
kalau yang dah gugur tu, takpe..
Pura Taman Ayun ni dikelilingi oleh kolam buatan
katanya, dasar kolam ni ada pasir jerlus
so dulu-dulu, ramai yang mati kat sini
tiap-tiap tahun ada jela kolam ni menuntut 'korban'
so sebagai langkah berjaga-jaga
setiap kali air kolam ni bertukar menjadi warna biru
diorang akan mengorbankan seekor kambing hitam sebagai persembahan
kalau tak, nanti mesti ada orang yang mati kat situ
;)
Kita yang muslim ni, dengar jelah kan
jangan terikut-ikut pulak dengan kepercayaan diorang
Dah habis pusing area pura ni.. pakcik tu tunjukkan jalan keluar
lalu berkata, 'ada tipsnya ya, pak'
muahahahaa... aku dah agak dah!! ;p
Encik apek keluarkan Rp10,000
pastu dia kata 'ada lagi satu pak.. Rp10,000nya?'
ohooo.. demanding la pulak
kehkehkeh..
Tak apelah.. diorang kat sini memang cari duit poket dengan tips
halalkan ajelah... upah jadi photogapher =))
Kendian... kitorang bergerak menuju Bedugul pulak..
to be continued.. :)
* * * * * * *
lagi gambo cekci
lukisan gambo cekci camni banyak kat area Legian-Kuta
hikhik.. berseni ya amat!
sabar jela banyak-banyak ye ;)
.