Wednesday, February 29, 2012

Vienna : Pembuka Bicara

A S S A L A M U A L A I K U M


ewahh.. pembuka bicara la sangat kan..
hihi

sebagaimana yang telah disebutkan
saya dan encik apek bermeetingmoon di Vienna 18-25 feb hari tu
[sekarang dah selamat pun balik malaysia ye.. :'( ]
meetingmoon maknanya.. suami pegi meeting, isteri pi jalan-jalan.. yehaa!


so, kami travel naik burung beso kepunyaan emirates airlines
perjalanan encik apek ditaja sepenuhnya oleh kompeni atom antarabangsa
manakala saya, terpaksa menaja diri sendiri.. huwaa
harga tiket tepat rm 4029.. ini consider harga last minute punye booking
kalau beli lebih awal, boleh dapat dalam rm3600+
kami terbang dari klia - transit di dubai 4 jam - dan sambung ke vienna
tempoh berada di awangan adalah selama 13 jam
membuatkan saya rasa berkematu 'disitu'
dan juga buat saya rasa cenoneng selama 2 hari berikutnya


dari airport vienna ke hotel, kami naik kereta sewa yang encik apek dah book awal-awal
harganya 29 euro
kami disambut dengan suhu -6'C.. hehe.. berasap mulut!
dannn.. rasa macam pelik pulak bila omputeh jadi driver kitorang.. haha!


untuk hotel, encik apek ambil aparthotel laaerberg
ni kira budget apartment lah
kat sini harga bilik ikut musim, dan jugak ikut per head
apartment ni boleh book thru booking.com
masa pegi hari tu, encik apek terus email kat owner, so dapat la diskaun sket
(50 euro instead of 60 euro per night )

untuk meeting ni, kompeni atom bagi duit belanja jugak 
(untuk cover hotel dan duit poket/makan)
so nak berjimat cermat katanya kan, tu pasal pilih apartment murah jer
dapat la save lebih untuk shopping! haha! ai loike!!
lagipun, nak pegi jalan-jalan kan, bukan nak memerap dalam bilik

exchange rate : 1 euro = rm 4.10
(ni masa kitorang tukar duit hari tu la)




macam ni la lebih kurang bilik kitorang
not bad lah.. ada dapur, ada kettle, coffee maker, ada microwave
pinggan mangkuk, periuk kuali, sudu garpu semua cukup
saya masak tau!
masak maggi (bawak dari rumah.. hehe)
pastu pegi Billa (kedai runcit) beli instant pasta, frozen pizza.. ok la tu kan ;)


apartment ni, letaknya kat area reumannplatz
area southern vienna
walaupun jauh sket dari city center, tapi very convenient la
jalan kaki 200 meter, dah sampai station subway train
favoritenstrasse pun area tu jugak
[strasse = jalan]
kat favoriten ni banyak kedai-kedai untuk window shopping
kedai kasut, baju, handbag, kedai makan etc

kat favoriten jugak, ada kedai makan yang halal
ada hari yang balik jalan-jalan, penat, malas masak, kitorang singgah jer makan kat sini
area ni area penempatan turkish
kalau nak beli daging halal pun ada
bab makan-makan/ kedai kebab, nanti saya citer entri lain



nak jalan-jalan within vienna, saya prefer naik subway train.. mudah
tiket beli untuk seminggu terus dengan harga 14 euro
validate masa first time guna, then simpan je la tiket tu dalam beg
turun naik train/tram, memang takde orang check tiket
so kalau kita naik takde tiket, kalau nasib baik, memang bole naik free jer
tapi kalau nasib tak baik, kena spot check tetiba.. haa.. sendiri mau ingat la ;)
denda dia sama dengan harga tiket setahun
so 5.70 euro/day x 365 hari.. giler bankrup!



Subway train dia panggil U Bahn
ada 6 line semuanya.. ada banyak interchange station
so kalau pandai tengok plan kat atas ni, hidup memang senang giler!



ini plan yang complicated sket
yang ni skali dengan map untuk tram
kat sini ada certain area, tram akan kongsi jalan yang sama dengan kenderaan lain
(motosikal takde kat sana!)
pedestrians pun lintas la sesuka hati kat rail track atas jalan tu
tapi accident rate : zero

train/tram kat sini sangat efficient
during rush hour, next train can be as fast as 3 minutes!
so walaupun ramai giler umat, memang tak sempat la gerabak tu nak penuh macam tin sardin
tu yang saya suka sangat!
memang saya rasa kalau duduk sini, setakat nak jalan dalam vienna, tak payah ada kereta pun takpe
dalam town memang takde nampak traffic jammed kat sana
cuma tak bestnya, diorang boleh bawak anjing naik train
so kat bawah tu, macam-macam bau la.. bau taik kuda pun ada!
hahaa.. tapi idok ler busuk bebeno..
dan, jangan expect train yang cantik/moden/bersih
kotor la jugak sket
tapi bila efficient, siapa peduli dengan benda tu sangat kan
nenek-nenek tua bertongkat pun, rilek jer naik train kat sini tau ;)


ok.. stop dulu
till the next entry.. Tschuss.. :))




.



Tuesday, February 28, 2012

Tak Sempat

A S S A L A M U A L A I K U M


Tak sempat nak mengarang citer ekspedisi
later later k


Layan gambar ni dulu ye
Nampak tak bintang tu? Nampak?
:)

View cantik yang saya nampak dari dalam eroplen
S U B H A N A L L A H
cantik sangat bila tengok dengan mata kepala sendiri
:)



Tuesday, February 21, 2012

Vienna : Now or Never.. :)

A S S A L A M U A L A I K U M


Teaser dulu yer
Pasni post yang baaaanyak sampai muntah biru akan menyusul

:)






Ni view dari ferris wheel kat Prater
yuppp.. kat Vienna memang takde bangunan-bangunan yang mencakor langit
;)





.


Saturday, February 18, 2012

Berkelana

KUL - DXB - VIE in 30 minutes


Bye bye Malaysia
Penat dah asyik tengok orang sakit

Nak pergi tengok benda lain pulak.. He..he..

Thursday, February 16, 2012

Checklist

Isi borang cuti - checked

Cari locum - checked

Passport - checked

Ticket - checked

Baju tebal - checked

Tukar duit  - checked

Camera - eh, bateri belum caj!

Tripod - checked

Stok maggi - checked

Itinerary - redah saja lah!

Translator apps - downloaded

'hostel' anak-anak - booked (hehe.. kesian, kena tinggal)


Ok... 2 hari saja lagi!


E k s a i t e d!




.

Wednesday, February 15, 2012

Kecewa Dengan Snow

.

A S S A L A M U A L A I K U M


Last weekend bawak budak-budak
kononnya nak tengok snow kan
pegi i-city

Sekali.. snowalk tutup sudaaa
sehingga 8 Mac!
menci! dah la tak announce awal-awal..!!
kesian budak-budak.. beriya dah pakai glove bagai
huhu~


Nak tengok snow kat 'sana' pun, dah habis jugak
temperature dah start naik
takde rezeki.. :(



18 - 25 Februari



~ T A T A ~





.



Friday, February 10, 2012

Anniversary's Lunch and Teatime

A S S A LA M U A L A I K U M



Ini aktiviti semalam

Kami lunch di Bali
Teatime di Ba.. ba.. ba.. ahaha.. Bangi..!!


Best..!!
Terimbau kembali kenangan ber-meetingmoon kat Bali last year

Dah.. takyah citer panjang-panjang
lokasi makan-makan?
boleh baca kat sini(Bali) dengan kat sini(Bangi)
:))




esok nak bawak budak-budak ni tengok snow
yeayyy


.

Thursday, February 9, 2012

7th Anniversary


A L H A M D U L I L L A H

7 tahun sudah bersama
orang kata.. dah lepas pun 'critical years'

Semoga kekal cinta
dan di panjangkan usia dan jodoh
hingga ke syurga

A M I N

:))


Hadiah anniversary tak dapat
dia kata.. tuuu.. coach 3 ketui tu
lagipun balik dari Vienna hari tu
dia belikan lagi satu handbag Kipling
huu~ ok.. fine..takpe.. takpe.. ;p

Tapi untuk celebrate anniversary tahun ni
insyaAllah
kami berDUA, akan ber-'meeting-moon' di satu destinasi
doakan selamat ye kawan-kawan
:))



.

Tuesday, February 7, 2012

Saya Perlukan Mentol Yang Bercahaya


Assalamualaikum..


Saya rasa nak update blog
tapi saya takde idea nak tulis apa


kerana


Mentol di atas kepala saya
enggan menyala!


Salahkan dia!!



Oklah.. saya tempek gambar ni
(saje nak bagi orang lain jeles  mode happy sket.. hehe)



bos KipSlim bagi saya subenir handbag Coach masa dia balik dari US

suka! ;))



.


.