Showing posts with label U Bahn Vienna. Show all posts
Showing posts with label U Bahn Vienna. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Vienna : Das Wiener Rathaus

The Rathaus is a building in Vienna which serves as the seat both of the mayor and city council of the city of Vienna. The town hall also serves, in personal union, as Governor and Assembly (Landtag) of the State of Vienna, a state with the Austrian federal system.

Numbers and data to City Hall

  • Area: 19 592 square meters
  • Layout: 152 times 127 meters
  • Area: 113,000 square feet
  • Courts: seven
  • Materials: mostly marine algae, calcareous sandstone
  • Costs of construction: about 14 million guilders (equivalent to approximately € 123.5 million - updated 2000)
  • Facilities: 1,575
  • Length of course: about 2.5 kilometers
  • Illuminations: 4,000 bulbs with 40 to 1,000 watts
  • Window: 2,035
  • Flower boxes: about 300
  • Flower sticks: about 2,500
  • Number of events per year: about 800
Hebat kan??

The Rathaus atau The City Hall adalah tempat kedua yang encik apek bawak saya
eh, tak..
dari Schonbrunn kami guna U Bahn semula, interchange kat Karlsplatz (U4)
pastu naik U1, turun di Schwedenplatz untuk lunch makan kebab
dari Schwedenplatz, kami naik tram dan turun dekat dengan area Rathaus ni

 boleh juga naik U Bahn, turun kat Volkstheater
pastu naik tangga yang menghala ke Dr Karl-Renner-Ring
jauh sikit la jalan kaki.. lalu The Parlament dulu
nak turun kat Rathaus pun boleh.. tapi dia keluar kat belakang Rathaus tu.. tak best.. hehe


hujan masa kitorang sampai
Vienna ni lain macam sket.. kalau dah hujan tu, memang melarat sampai ke malam la hujannya
dan windy juga
kalau dah start berangin tu, mak aih, rasa macam nak ribut
angin dia pulak tak satu hala.. so menyorok sebalik bangunan pun tak guna
hehe
ada sekali tu, saya terpaksa beli payung kat kedai souvenir
payung bertulis I Love Vienna, harga 9.95 euro [ = RM 40]
chuiiii.. tak sampai 5 minit dah patah payungnya! huhu~
saya nampak ada payung harga 30 euro.. yang tu kena angin tak patah kot ;)


Rathaus ni dibina antara tahun 1872 dan 1883
tower paling tinggi berukuran 321 kaki

ni kedai kopi depan rathaus ;)


kitorang try jugak cari kot-kot boleh masuk dalam building ni
ataupun ada tangga yang boleh panjat naik ke menara dia
tapi, nan hado.. hehe
bergambar kat tiang koridor jela..
tiang banyak.. boleh main cak-cak.. ;)


kat depan rathaus ni ada open skating rink yang besar
so petang-petang ramai la yang datang ber-ice skating kat sini.. hujan-hujan pun diorang redah
pakkal la saya tak pandai skating, kalau tak, mau juga menerai.. haha


Sebab tak puas hati dengan 'gambar dalam hujan'
hari Khamis 23 feb saya re-visit area ni sorang-sorang
konon nak tembak gambar yang proper sket la.. haha.. layannn

tapi hari khamis tu cloudy
geram, tak dapat background biru!

nampak tak 'kedai kopi' tu
betapa keciknya kalau nak dibandingkan dengan rathaus


skating rink besar.. memang puas hati la




ukiran atas pintu
memang mana-mana pun tak tinggal gambar kepala orang camni
saya tak tau la apa simboliknya


tiangs and lampus sepanjang koridor.. hehe


tingkaps..
mak aih.. nampak klasik dan mewah


ini park sebelah kiri rathaus


jalan tepi rathaus.. bench macam ni baaanyak, sepanjang jalan ada
tempat lepak diorang time summer ni


toilet depan rathaus
hehehe


and lastly, 
layan video masa tengah berjalan menuju Rathaus ;)




till then,

chiaoo!! :))




.




Wednesday, February 29, 2012

Vienna : Pembuka Bicara

A S S A L A M U A L A I K U M


ewahh.. pembuka bicara la sangat kan..
hihi

sebagaimana yang telah disebutkan
saya dan encik apek bermeetingmoon di Vienna 18-25 feb hari tu
[sekarang dah selamat pun balik malaysia ye.. :'( ]
meetingmoon maknanya.. suami pegi meeting, isteri pi jalan-jalan.. yehaa!


so, kami travel naik burung beso kepunyaan emirates airlines
perjalanan encik apek ditaja sepenuhnya oleh kompeni atom antarabangsa
manakala saya, terpaksa menaja diri sendiri.. huwaa
harga tiket tepat rm 4029.. ini consider harga last minute punye booking
kalau beli lebih awal, boleh dapat dalam rm3600+
kami terbang dari klia - transit di dubai 4 jam - dan sambung ke vienna
tempoh berada di awangan adalah selama 13 jam
membuatkan saya rasa berkematu 'disitu'
dan juga buat saya rasa cenoneng selama 2 hari berikutnya


dari airport vienna ke hotel, kami naik kereta sewa yang encik apek dah book awal-awal
harganya 29 euro
kami disambut dengan suhu -6'C.. hehe.. berasap mulut!
dannn.. rasa macam pelik pulak bila omputeh jadi driver kitorang.. haha!


untuk hotel, encik apek ambil aparthotel laaerberg
ni kira budget apartment lah
kat sini harga bilik ikut musim, dan jugak ikut per head
apartment ni boleh book thru booking.com
masa pegi hari tu, encik apek terus email kat owner, so dapat la diskaun sket
(50 euro instead of 60 euro per night )

untuk meeting ni, kompeni atom bagi duit belanja jugak 
(untuk cover hotel dan duit poket/makan)
so nak berjimat cermat katanya kan, tu pasal pilih apartment murah jer
dapat la save lebih untuk shopping! haha! ai loike!!
lagipun, nak pegi jalan-jalan kan, bukan nak memerap dalam bilik

exchange rate : 1 euro = rm 4.10
(ni masa kitorang tukar duit hari tu la)




macam ni la lebih kurang bilik kitorang
not bad lah.. ada dapur, ada kettle, coffee maker, ada microwave
pinggan mangkuk, periuk kuali, sudu garpu semua cukup
saya masak tau!
masak maggi (bawak dari rumah.. hehe)
pastu pegi Billa (kedai runcit) beli instant pasta, frozen pizza.. ok la tu kan ;)


apartment ni, letaknya kat area reumannplatz
area southern vienna
walaupun jauh sket dari city center, tapi very convenient la
jalan kaki 200 meter, dah sampai station subway train
favoritenstrasse pun area tu jugak
[strasse = jalan]
kat favoriten ni banyak kedai-kedai untuk window shopping
kedai kasut, baju, handbag, kedai makan etc

kat favoriten jugak, ada kedai makan yang halal
ada hari yang balik jalan-jalan, penat, malas masak, kitorang singgah jer makan kat sini
area ni area penempatan turkish
kalau nak beli daging halal pun ada
bab makan-makan/ kedai kebab, nanti saya citer entri lain



nak jalan-jalan within vienna, saya prefer naik subway train.. mudah
tiket beli untuk seminggu terus dengan harga 14 euro
validate masa first time guna, then simpan je la tiket tu dalam beg
turun naik train/tram, memang takde orang check tiket
so kalau kita naik takde tiket, kalau nasib baik, memang bole naik free jer
tapi kalau nasib tak baik, kena spot check tetiba.. haa.. sendiri mau ingat la ;)
denda dia sama dengan harga tiket setahun
so 5.70 euro/day x 365 hari.. giler bankrup!



Subway train dia panggil U Bahn
ada 6 line semuanya.. ada banyak interchange station
so kalau pandai tengok plan kat atas ni, hidup memang senang giler!



ini plan yang complicated sket
yang ni skali dengan map untuk tram
kat sini ada certain area, tram akan kongsi jalan yang sama dengan kenderaan lain
(motosikal takde kat sana!)
pedestrians pun lintas la sesuka hati kat rail track atas jalan tu
tapi accident rate : zero

train/tram kat sini sangat efficient
during rush hour, next train can be as fast as 3 minutes!
so walaupun ramai giler umat, memang tak sempat la gerabak tu nak penuh macam tin sardin
tu yang saya suka sangat!
memang saya rasa kalau duduk sini, setakat nak jalan dalam vienna, tak payah ada kereta pun takpe
dalam town memang takde nampak traffic jammed kat sana
cuma tak bestnya, diorang boleh bawak anjing naik train
so kat bawah tu, macam-macam bau la.. bau taik kuda pun ada!
hahaa.. tapi idok ler busuk bebeno..
dan, jangan expect train yang cantik/moden/bersih
kotor la jugak sket
tapi bila efficient, siapa peduli dengan benda tu sangat kan
nenek-nenek tua bertongkat pun, rilek jer naik train kat sini tau ;)


ok.. stop dulu
till the next entry.. Tschuss.. :))




.