Wednesday, February 29, 2012

Vienna : Pembuka Bicara

A S S A L A M U A L A I K U M


ewahh.. pembuka bicara la sangat kan..
hihi

sebagaimana yang telah disebutkan
saya dan encik apek bermeetingmoon di Vienna 18-25 feb hari tu
[sekarang dah selamat pun balik malaysia ye.. :'( ]
meetingmoon maknanya.. suami pegi meeting, isteri pi jalan-jalan.. yehaa!


so, kami travel naik burung beso kepunyaan emirates airlines
perjalanan encik apek ditaja sepenuhnya oleh kompeni atom antarabangsa
manakala saya, terpaksa menaja diri sendiri.. huwaa
harga tiket tepat rm 4029.. ini consider harga last minute punye booking
kalau beli lebih awal, boleh dapat dalam rm3600+
kami terbang dari klia - transit di dubai 4 jam - dan sambung ke vienna
tempoh berada di awangan adalah selama 13 jam
membuatkan saya rasa berkematu 'disitu'
dan juga buat saya rasa cenoneng selama 2 hari berikutnya


dari airport vienna ke hotel, kami naik kereta sewa yang encik apek dah book awal-awal
harganya 29 euro
kami disambut dengan suhu -6'C.. hehe.. berasap mulut!
dannn.. rasa macam pelik pulak bila omputeh jadi driver kitorang.. haha!


untuk hotel, encik apek ambil aparthotel laaerberg
ni kira budget apartment lah
kat sini harga bilik ikut musim, dan jugak ikut per head
apartment ni boleh book thru booking.com
masa pegi hari tu, encik apek terus email kat owner, so dapat la diskaun sket
(50 euro instead of 60 euro per night )

untuk meeting ni, kompeni atom bagi duit belanja jugak 
(untuk cover hotel dan duit poket/makan)
so nak berjimat cermat katanya kan, tu pasal pilih apartment murah jer
dapat la save lebih untuk shopping! haha! ai loike!!
lagipun, nak pegi jalan-jalan kan, bukan nak memerap dalam bilik

exchange rate : 1 euro = rm 4.10
(ni masa kitorang tukar duit hari tu la)




macam ni la lebih kurang bilik kitorang
not bad lah.. ada dapur, ada kettle, coffee maker, ada microwave
pinggan mangkuk, periuk kuali, sudu garpu semua cukup
saya masak tau!
masak maggi (bawak dari rumah.. hehe)
pastu pegi Billa (kedai runcit) beli instant pasta, frozen pizza.. ok la tu kan ;)


apartment ni, letaknya kat area reumannplatz
area southern vienna
walaupun jauh sket dari city center, tapi very convenient la
jalan kaki 200 meter, dah sampai station subway train
favoritenstrasse pun area tu jugak
[strasse = jalan]
kat favoriten ni banyak kedai-kedai untuk window shopping
kedai kasut, baju, handbag, kedai makan etc

kat favoriten jugak, ada kedai makan yang halal
ada hari yang balik jalan-jalan, penat, malas masak, kitorang singgah jer makan kat sini
area ni area penempatan turkish
kalau nak beli daging halal pun ada
bab makan-makan/ kedai kebab, nanti saya citer entri lain



nak jalan-jalan within vienna, saya prefer naik subway train.. mudah
tiket beli untuk seminggu terus dengan harga 14 euro
validate masa first time guna, then simpan je la tiket tu dalam beg
turun naik train/tram, memang takde orang check tiket
so kalau kita naik takde tiket, kalau nasib baik, memang bole naik free jer
tapi kalau nasib tak baik, kena spot check tetiba.. haa.. sendiri mau ingat la ;)
denda dia sama dengan harga tiket setahun
so 5.70 euro/day x 365 hari.. giler bankrup!



Subway train dia panggil U Bahn
ada 6 line semuanya.. ada banyak interchange station
so kalau pandai tengok plan kat atas ni, hidup memang senang giler!



ini plan yang complicated sket
yang ni skali dengan map untuk tram
kat sini ada certain area, tram akan kongsi jalan yang sama dengan kenderaan lain
(motosikal takde kat sana!)
pedestrians pun lintas la sesuka hati kat rail track atas jalan tu
tapi accident rate : zero

train/tram kat sini sangat efficient
during rush hour, next train can be as fast as 3 minutes!
so walaupun ramai giler umat, memang tak sempat la gerabak tu nak penuh macam tin sardin
tu yang saya suka sangat!
memang saya rasa kalau duduk sini, setakat nak jalan dalam vienna, tak payah ada kereta pun takpe
dalam town memang takde nampak traffic jammed kat sana
cuma tak bestnya, diorang boleh bawak anjing naik train
so kat bawah tu, macam-macam bau la.. bau taik kuda pun ada!
hahaa.. tapi idok ler busuk bebeno..
dan, jangan expect train yang cantik/moden/bersih
kotor la jugak sket
tapi bila efficient, siapa peduli dengan benda tu sangat kan
nenek-nenek tua bertongkat pun, rilek jer naik train kat sini tau ;)


ok.. stop dulu
till the next entry.. Tschuss.. :))




.



28 comments:

  1. Seronoknya dh smpai negara org. Eh harga bilik dia not badla siap ada sume tu kan. Nk tunggu next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cha,
      harga tu mmg ok sgt considering kalau stay kat hotel cantik lagi beribu2 lemon harganya :)

      Delete
  2. agaknya kalao kat mesia pun nak dapat accident rate zero, kena mansuhkan motosikal.. hehe..

    berasap ehh mulut.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anaa,
      nak mansuhkan motosikal, kena up dulu kualiti public transport. baru la orang tak mengamuk ;)

      Delete
  3. Nanti kakcik datang semula untuk sambung baca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang sangat ek?
      hehe.. takpe.. nanti tak bizi bole sambung :)

      Delete
  4. tibe2 rindu mrt kt HK!hahaha,byk interchange tp sgt2 efficient! aduhai..vienna..umo 40 taon pon blm tentu dpt pegi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zety,
      umo 40 tu, ada lagi 10 tahun lagi kan
      sempat jer nak kumpul duit. hehe
      pegi dgn apai jer, takyah bawak umar n maryam ;)

      Delete
  5. mmg convenient nak jalan kaki, naik basikal kalau suhu macam tu...kalau kat malaysia, baru 5 minit aku dah lencun peluh! haha

    Billa tu supermarket pak arab ka?

    ReplyDelete
  6. Stail konduktor tak check tiket tu tak boleh buat kat malaysia, kat sini byk penyamun, nama aja islam. Baik lagi org kafir yg jujur.Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faizie,
      haha.. betul la tu. if tak suhu mcm vienna pun, windy mcm singapore pun cukup

      billa tu supermarket omputeh la. byk branch mcm kita punye 7e, tp lg beso drp 7e

      tula, kalo buat style konduktor tak check tiket kat malaysia, kompem tak balik modal n tak dapat la nak mengkaya-rayakan kroni ;p

      Delete
  7. syoknye.......buat mse ni,wa hye mampu ke vinci jer...huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vincci pun ok peee..
      Bole collect kasut. Hehe

      Delete
  8. Meeting moon vs honeymoon , kira ok lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma time dia meeting, tak bole la jalan together gether
      Hehe

      Delete
  9. bestnya baca entry ni.. rasa macam akak dah sampai vienna.. tak sabar nak tunggue next2 entry.. he..he.. excited terlebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kak
      nanti saya akan bawak akak lebih mendalam lagi kat vienna..
      hehe

      Delete
  10. wah seronoknya..tak dpt dpt baca di sini pun rasa best jea :D

    ReplyDelete
  11. untungnya boleh bermeeting moon ni..teringin gak akak..heee..nnt kalau rasa2 nak terbejalan ke sana, boleh akak refer sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. catatan ni memang utk kenangan diri sendiri,
      dan jugak utk sesapa yg sudi nak jadikan reference k.yan :))

      Delete
  12. hmmm...lepas cukup duit rm saya lepas diconvert ke euro, saya akan pegi. sorang pun soranglah! hihihi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang-sorang pun takde hal GB
      it's the safest town in the world! hehe

      Delete
  13. Replies
    1. Hahaha.. saya dah agak uncle mesti tuntut.
      Susah la nak ambik gambar diorg, uncle
      Awek tua jalan laju, awek muda laaaaagi laju. Hihi

      Delete
  14. salam akak, saya akan pg Vienna bersama suami dan adik adik dlm bulan april, boleh saya dapatkan alamat tempat tinggal akak di sana dan berapa semalam? email address saya reenzmi@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. salam akak, saya akan kesana in April this year, boleh saya dapatkan alamat penuh apartment akak stay and how much pernight? saya travelling dgn suami dan adik adik 4 of us

    ReplyDelete
  16. sorry tertinggal email saya reenzmi@gmail.com

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)