Sunday, March 27, 2011

Day 2 at HCMC : Cerita Ringkas Bergambar

 Assalamualaikum
=)

Ni cerita hari ke-2
kitorang ambik pakej half day untuk city tour
tapi rupa-rupanya tak banyak tempat sangat yang dapat cover


pertama, sebab dia bawak kitorang pegi Chinatown dulu
agak jauh jugak la dari district 1

kedua, sebab jalannya macet
kaya' di bandung!
so, masa lagi banyak terbuang atas jalan je sebenarnya


 Ini Cho Binh Tay Market
tempat jual barang-barang wholesale
boleh la nak beli sikit-sikit
tapi tak semua kedai akan layan

 kedai-kedai kat sini macam dah dibahagikan ikut item
kalau topi, nampak topiiiiii jer melaut
kalau kain, kainnnnn jer
cuma sempat sambar cotton dan selai silk kat sini


ini pulak chinese temple yang tertua kat sini
dah 250 tahun
sama jer rupa dia dengan temple kat malaysia
bezanya, temple kat malaysia, kitorang tak pernah masuk!
haha


Kemudian, balik ke district 1
kitorang dilepaskan kat War Remnants Museum
biasalah.. mesti ada kapal perang, kereta kebal, helikopter, senapang, bazooka
inside, ada banyak gambar-gambar masa perang,
gambar-gambar lepas perang
aihh.. tak sanggup nak menengok
sangat kijam!
kalau nak baca, boleh pegi blog adik ni, detail dia citer


haha.. seb baik bawak tripod
takde la nak kena cari orang tolong snap


ooo.. kitorang tak makan kat sini
saje je bergambo sebab ada perkataan vietnamese tu
hehe.. jakun!


since tour tu include lunch, dia bawak kitorang kat Beautiful Saigon Hotel
hotel kecik jer
so kitorang order seafood jela
nasik.. dia bagi nasi goreng nenas (serve dalam buah nenas tu)
popia udang tu.. sedap!
yang gambo udang tersangkut kat kelapa tu, dalam buah kelapa tu ada sup
sup air kelapa, tumis sikit, pastu campur dengan serai
rasa dia... errkk.. tak boleh nak pergi! haha


Petangnya, kitorang mula-mula pergi An Dong Plaza
hmm.. takde apa yang menarik.. boleh skip tempat ni
Rugi jer bayar duit teksi

Gambar atas kat Mai Saigon
memang kedai jual baju kurung manik, telekung, jubah, tudung..
nak belikan mak jubah.. tapi takde saiz besar
yela, orang kat vietnam ni kecik-kecik
susah nak jumpa yang obes


yang ni kat Hong Anh Collection
sebelah jer dengan Mai Saigon tu
sini la yang fofular kononnya
siap ada Permaisuri Agong datang, Tun Siti Hasmah pun ada
jual benda-benda yang sama dengan Mai Saigon
ada makcik tu, borong telekung kat sini berpikul-pikul!
kitorang beli baju melayu encik apek dan ah chai jer
USD19, USD13 each


ingat nak cari lukisan camni
ini bukan oil painting tau
ni embroidery.. sangat teliti buatannya
5 tahun lepas, encik apek ada beli yang simple
tapi sekarang tak jumpa lagi..
yang ada jual pun, memang eksklusif punya.. harga dalam usd100
hoihh.. tak mampulah


ok, last but not least
khas untuk uncle gedek yang mintak gambo gadis vietnam
untuk dijadikan ilham katanya..
terimalah...







kihkihkih


hari ni nak sambung jalan lagi
esok nak balik dah
huhu~




.

19 comments:

  1. Group kami skip aje Chinatown tu..tak minat, betulle depa kata kalau kita tour ni terpaksa ikut pergi tempat2 yg kita tak suka..anyway, byk jugak berhabis kan?

    ReplyDelete
  2. cantik kan gambar gadis vietnam utk uncle gedek tu.. :))

    ReplyDelete
  3. Comel gadis vietnam tu..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  4. mcm unik je pic last tu sis.. ada value tersendiri.. nampak seni.. ehh ssh lah nk ckp..mmg nice capture lah..

    ReplyDelete
  5. Cho Binh Tay Market tu mesti orang yang niaga online ni teringin nak pergi. :)
    Mai Saigon nampak menarik!
    Seronok tengok gambor Hanie. Walau pun tak dapat pi, dapat juga tengok negara orang. :)

    ReplyDelete
  6. Assalam..

    nnt kalau akak nak ke sini boleh lah akak tanya u ye.. Nampak suka sangat part yg berlabuci2 tu.. macam nak tempah je..

    ReplyDelete
  7. Terima kaseh!

    ILHAM uncle sekarang semakin KELAM!

    Zalimmmmm...!

    ReplyDelete
  8. HEHHEHE..

    SYOKNER AWEK TULAYAN MKN MEE.. XAJOKKE UNCLE GEDEK??

    ReplyDelete
  9. best2...rupanya amoi n anak apek join skali ye...hi.hi.hi....

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Terjah dari blog kaseh, handsome2 hero2 awak :)

    ReplyDelete
  11. cunnya ... gaid vietnam tu .....

    ReplyDelete
  12. errr auntie tu jual sayur ke jual mee ekkk.. he..he..

    ReplyDelete
  13. suka gambar dinding tu.. dulu i beli kat china .. x ingat dah rege nyer..
    =)

    ReplyDelete
  14. Doc hanie, bestkan jalan-jalan kat sana.cian tau bagi uncle gedek gambar anak dara vietnam tu.anak perempuan makcik cakap, hari tu masa pegi sana, dorang ingat dia orang vietnam. mesti orang vietnam muka cam melayukan.teruskan berjimba-jimba di sana.

    ReplyDelete
  15. telekung vietnam pun cantik2 kan? ada beli?
    Ni dah sampai rumah ke belum ni..

    ReplyDelete
  16. amoiii vietnam pown makann gakk.. ahaks

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)