Sunday, March 4, 2012

Vienna kat KL, Sunway Lagoon kat Bangi.. hehh.. ape punye tajuk daaa.. ;)

Assalamualaikum
Selamat Hari Ahad


semalam ingat nak bawak budak-budak panjat kl tower
sekali hujan daaaa..
nak tengok apa aje pun kalo hujan kan
so kitorang melencong ke klcc, nasib baik senang dapat parking
kitorang memang tak suka sangat pegi klcc sebab menyampah nak pusing-pusing cari parking
midvalley pun sama.. tapi sekarang dah pandai, terus park kat gardens jer ;)


try cafe vienna - dinner set dia RM 39+ (dapat salad, 1 main course, 1 slice cake)
tapi vienna punya specialty - sacher torte - tak sama rasa dia kat sini

ingat nak masuk petrosains, rupa-rupanya 6.30pm dah tutup yer
haha.. mano den tau! lenkali lah datang lagi




so, pegi toys"r"us.. belikan budak-budak pool untuk aktiviti pagi ni
introducing.. bangi lagoon!
hehehe

selamat duit mummy takyah bawak korang gi sunway lagoon ;)


terang-benderang keliling rumah.. orang lalu lalang semua nampak aktiviti kitorang
bila kita nak pasang tembok batu ni, yang oi? huu~


sape nak join??
jom.. jom.. entrance fee RM 3 jer.. buat tolong cover bil air.. hahahhh!





.

22 comments:

  1. ahhh....mahal la... dah la 20 meterpadu kerajaan bagi pree...hahahaahha

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 meterpadu tu buat cover aku mandi hari-hari
      hehehehe

      Delete
  2. samalah yuyi pun suka parking kat gardens. bila ni kita nak buat tembok. cik ina pun terang benderang lagi : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom pasang sama2 cik ina.. hehe
      tula.. kalau la pandai susun batu bata tu sendiri kan.. dah lama pasang sendiri tembok tu. :D

      Delete
  3. hehehe... x ajak anak2 jiran sebelah rumah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ajak anak jiran, kena beli pool lagi besaq
      hihi

      Delete
  4. AUNTY nk join mandi skali boleh???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe
      aunty k.nza kena pakai swimming suit muslimah! ;)

      Delete
  5. bebudak dengan air mmg tak boleh pisah ye..

    ReplyDelete
  6. mahal tu RM3.00 sekali mandi manda..nampak luas rumah kamu ni..tahniah yer dah pindah ke rumah baru yang tak baru..
    memang best baca cerita cerita kamu kat sana tu..agak-agaknya dapat tak baby tahun naga ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pegi sunway lagoon, lagi mahal k.ina.. kekekeke
      tQ k.ina. hehe, rumah baru yg tak baru ni jer yg mampu. nak cari rumah baru yg betul2 baru n luas camni, mmg tak dapat harga below setengah juta. huhu~
      baby tahun naga? uhukkk~ tengah berdebor jugak ni sebenarnya! haha

      Delete
  7. ngeee... habis dah baca vienna report mu. :-)) eh, camner nak buat blogger comment macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi report lom abes tulis ni.. hehe
      comment box ni, try n error jer sebenarnya. cuba guna blogger punya template, kat setting tukar comment location jadi 'embedded'.. pastu otomatik dia jadi camni :D

      Delete
  8. sama macam my nuha tapi dia berendam sorang2 ajer laa . ada dia suh kita pakai br* berendam sekali ngan dia..hehehehe

    ReplyDelete
  9. serius sempoi bangi lagoon.. main ler puas2. sampai malam pun tak pe.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. main sampai malam kalu, semput la budak2 ni

      Delete
  10. Hai,

    terima kasih sebab sudi singgah di Cafe Vienna , comel anak2 you..

    Lisa Mohd
    Promotion & Marketing Manager.
    Cafe Vienna
    (Klcc & Pearl Point International Hotel)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ms Lisa
      tQ for dropping by
      anak2 comel sebab mummy dia pun comel? ;))

      thanx again, ada rezeki kami pegi cafe vienna lagi :)

      Delete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)