Friday, March 16, 2012

Ada Apa Keliling Stephansdom? Ada Graben dan Kartner Yang Best

A S S A L A M U A L A I K U M


Sebelum ni saya dah janji nak bawa korang pusing-pusing area Stephanplatz kan



Sila rujuk map di atas
sebelah kiri map, ada Albertina yang saya dah cerita kat sini

Stephansdom ialah bangunan yang berkotak biru tu
ada nampak tulisan merah graben dan kartnerstrasse?
yessss.. itu ialah area shopping!
atau lebih tepat.. window shopping.. hehe

kedai-kedai souvenir 'Best of Austria' ni banyak along Kartner
tapi saya tak membeli sangat kat sini.. harga standard, takde less
biasala.. jual fm, keychain, t-shirt, snow globe, coklat brand mozart, coklat milka, etc


saya tak tau building ape ni.. tapi letaknya dipersimpangan antara kartner dan graben
kopi yang saya pegang tu, harganya 2 euro.. beli tepi jalan aje pun!
tapi beli jugak semata-mata nak mendapatkan sumber haba.. hehe


golden man
ada jugak silver man
diorang ni kira mintak sedekah cara mulia la
kalau nak ambik gambar dengan dia, kena bayar, bagi la berapa-berapa pun
saya curik-curik jer gambar dia, tu pasal blurrrrr.. haha


uncle gedek.. ni jer gambar awek cun yang saya dapat snap! hehe
along the street ada kedai-kedai shopping
syok lepak area sini sebab takde kereta lalu-lalang


The Pestsaule (plague column)
ini ialah landmark kat Graben
dirasmikan pada tahun 1693
sini pun shopping street jugak

bayangkan kalau kat Jalan TAR tu dia buat macam ni
best kan?


motif?
saje nak tunjuk nama jalan tu.. ;)


LV kat Graben
omputeh pun ushar dari luar, takkan saya yang sengkek ni nak masuk dalam pulak kan
hehe


Graben lagi
nampak tak ada statue hitam belakang tu?
ada fountain sebenarnya kat situ
fungsinya.. senang kalau ada kebakaran, diorang ambik air dari fountain tu jer

yang ada pagar tu nampak?
kat situ ada tangga, turun bawah ada toilet. hehe

ini gambar area graben sekitar 1900 - saya cilok dari wiki

Pestsaule waktu malam


 
sebab suara makcik ni sedap, maka encik apek teringin nak bagi dia duit
rupa-rupanya, makcik ni buta

nak dengar suara dia yang power tu?
nah.. layan lagi video 15 seken :)

video

Selain tu, ada jugak musician camni
video
syok eh.. sambil jalan-jalan dengar musik! ;)


 
St Peter's Church
kedudukannya kat graben
refer map atas, dekat pointer A tu


Ok.. refer lagi kat map atas [hehe.. pening tak?]
nampak kotak merah yang tulis Hoher Markt?
dari pintu depan stephansdom, jalan straight, then belok kiri
lebih kurang 5 minit jalan kaki
boleh jumpa tempat kat bawah ni:

tak nampak apa yang special?
haaa... tuuu, yang kat celah-celah building tu
ada jam antik
.
.
.
tadaaaaa...

inilah ANKERUHR (Anker Clock) 

jam ni direka pada tahun 1911
masih berfungsi sampai sekarang
setiap nombor pada jam ni - 1 hingga 12 - diwakili oleh historical figure yang berbeza
dan....
setiap hari, pukul 12 tengahari, semua 12 figures ni akan bergerak
siap ada muzik lagi! :)

ini videonya..
[kurang berkualiti sebab angin kuat giler masa ni]

video

sekian..
ada banyak lagi tempat belum cerita ni
adeiii.. bersabarlah dengan saya ye
terima kasih :))




.

24 comments:

  1. hahaha..omputeh tu pun sengkek lah, tu pasal dia usha dari luar!

    semoga uncle Gedek akan teruja nak gi vienna lepas tgk awek cun kat sinun! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. - aku syak pun macam tu jugak la.. haahaha

      - aisey, kena marah pulak aku pasal tak zoom in. kekeke

      Delete
  2. kakchik,

    jam tu kalo kuar2 figures tu bergerak2 ingat dolu2 jam jusco ada 7 dwarf duk kuar kat jam beso..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha
      jusco mana tu? kak cik tak pernah perasan pulak

      Delete
    2. zaman dolu2 kat alpha angle ada..

      nengok ni.. http://kaiserslayz.wordpress.com/2008/12/27/memori-jam-dinding-muzikal/

      Delete
  3. Kakcik cuba 'bawa' diri kakcik bagaikan berada di sana sewaktu membaca dan melihat gambar2 itu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so.. cemana.. berjaya tak saya membawa kakcik?
      :D

      Delete
  4. Dah klik kat gambar awek tu... kenapa tak boleh zoom in...? Hadoi....!

    Tak pe la... sekurang2nya tak kempunan...

    haha! tengkiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh
      adoi laaaa uncle ni.. boleh lak kempunan yer. haha~

      Delete
  5. tu dia... ni baru betul melancong ke vienna secara maya.. :)

    ReplyDelete
  6. terasa macam dah sampai vienna pulak.. klu akak pun rasanya dok ushar dari luar kedai jugak.. sbb klu ke pavilion pun dapat ushar dari luar aje.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lv malaysia jgn cakap ler kak
      Tukang bukak pintu punye baju pun lagi mahal drp baju saya. Hehe

      Delete
  7. gmbr awek cun xdpt tgk,gmbr makcik sore sedap laju je hah..heheheh..jam antik tu sgt2 unik!!suke!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh.. Rugi la x dapat tgk awek cun tu
      Kekeke

      Delete
  8. Pssssttttt!!!! golden man tu guna emas tulin ka????...ha.ha.ha...
    xjemu2 tgk gmbar2 tu..semua cantik2....

    ReplyDelete
  9. siti nurhaliza je yg akan masuk dlm butik LV tu kak...hehe...dia peminat tegar LV katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia boleh la. Duit dia pun masuk dengan tegarnya..
      Hehe

      Delete
  10. kalau kat melesia agak2 golden man tu misti dah togel tinggal spenda je kan? heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo spenda dia gold.. silap2 fybogel terus
      kikiki

      Delete
  11. Kat sanapun ada orang emas ek..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada
      kat sini aritu penah jumpa kat sunway pyramid
      hehe

      Delete
  12. golden man ni dh merata tmpt ada..

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)