Friday, March 30, 2012

Sambung Kembara Vienna : The Parlament and The Museums

A S S A L A M U A L A I K U M


Bila la nak abes cerita semua tempat kat Vienna ni
bukan korang je penat, saya pun penat
haha

Tapi kena habiskan jugak cepat-cepat
sebab lepas ni saya nak konsentret buat 'projek' lain pulak ;)


Ok.. hari ni kita jengah bangunan Parlimen ye
Kewwwl la parlimen dia.. takde pagar pun
sangat 'mesra rakyat' gitu! ;)

macam bangunan-bangunan lain,
bangunan parlimen ni siap dibina antara tahun 1874 - 1883
lama giler
saya lahir pun 1978
[eh.. terpecah rahsia pulak! haha]


statue depan parlimen
'haaa.. don't play play haa.. nanti wa cucuk mata lu!'
hehe


motif letak patung camni depan parlimen?
entahlah.. saya pun tak dapat mengesan ke'signifikan'nya ;)


tu.. ada tulis parlament
tak tipu punyeee :D

parlimen ni sebelah jer dengan rathaus tu
dan tak jauh daripada hofburg sebenarnya
kiranya.. pusing-pusing kat situ jugak..
cuma antara larat dengan tidak jer kaki tu nak menapak ;)


boleh main cak-cak jugak kat sini.. hehe
besooo tiang ni, kalau kena hempap sure penyek!


majlis bandaraya tengah bersihkan sisa-sisa snow
tak tau apesal.. banyak betul batu-batu halus kat sini
hancur jugak la tapak kasut saya dibuatnya


pemandangan depan parlimen
mesin kuning tu bersihkan batu-batu halus
errr.. batu tu turun sekali dengan snow ke ek?
haha..
sungguh.. saya musykil mana datangnya mereka itu


ini pun depan parlimen, sebelah kanan
dekat tram tu, ada U Bahn station, laluan Dr Karl Renner

bukti yang menunjukkan bandar ni selamat
hehehe
kereta polizei di mana-mana ;)


pak polizei pun merata-rata
:)


Ok.. habes cerita kat Parlimen

yang belakang tu - MuseumsQuartier
memang banyak muzium jer dalam area tu
macam-macam jenis muzium la
benda yang kita tak terfikir orang nak buat muzium pun ada.. ;)


building belah kanan - Leopold Museum
siapa Leopold?
baginda itu adalah salah seorang emperor kat austria
ada snow sikit lagi kat belakang tu.. bersepah-sepah dah


mumok kat belakang tu ialah museum of modern art vienna

selain daripada 2 muzium yang tersebut
ada muzium kanak-kanak
ada architecture center
etc

malas nak round sangat area ni.. sebab nampak takde orang
hehe

so, kita pegi tempat lain
.
.

naturhistorisches museum wien
(museum of natural history of vienna)
muzium ni dibina pada tahun 1872 dan mula dibuka untuk public pada tahun 1889
ada banyak simpan artifak sejarah yang dah berusia beratus-ratus tahun kat sini


bangunan belakang tu, nampak macam sama dengan naturhistorisches museum kan
sebenarnya itu bukan naturhistorisches museum
tapi kembar dia.. kunsthistorisches museum (museum of art history)
so, in between these 2 buildings, ada satu dataran
dinamakan Maria-Theresien-Platz


patung kat monument tu
scary eh
takut tengok mata dia.. hehe


kagum tengok ukiran-ukiran kat bangunan ni
sangat teliti buatannya 


masa kat dataran tu, sempat la kena pow!
ada sorang minah ni, tetiba datang bagi bunga kat saya dengan encik apek
ingatkan memang dia nak bagi la kan
pastu.. maca biasa la.. tunjuk gambar orang sakit, mintak derma
heh.. modus operandi sama macam kat malaysia
dia mintak 5 euro untuk sekuntum bunga, saya bagi 2 euro sudah! haha..
pastu saya tinggal jer bunga tu kat situ.. leceh la nak angkut sana sini


Mr laling ah..
our anniversary vacation ini tahun ah... memang terbaeklah!
;))


saya rasa kalau ada rezeki saya bermastatutin kat vienna ni,
mau 1 hari saya masuk 1 muzium kot
hehe


.












Wednesday, March 28, 2012

Prater : Large Public Park in Vienna

A S S A L A M U A L A I K U M

Hari ni kita [saya, kamu, kamu, dan kamu] ada kat Prater Amusement Park
[secara online sajela.. hihi]
cuma di sini kita boleh jumpa Giant Ferris Wheel ni kat Vienna
tempat lain takdak.. (i mean kat Vienna la ;) )

The Giant Ferris Wheel (Wiener Riesenrad)
mula di bina pada tahun 1897
bagi meraikan ulangtahun ke-50 pemerintahan Emperor Frances Joseph I
so dulu-dulu, kiranya kat sini la tempat diorang berhibur


ada 15 waggons keseluruhannya
[sebelum tu total ada 30 waggons, dikurangkan untuk keselamatan]


selain daripada nak naik menikmati panorama,
waggons tu boleh jugak di sewa untuk special occasions
kalau nak pusing 1 round, harga dia 9 euro seorang
saya tunggu jugak... bila encik apek nak sewa waggon tu n ajak saya dinner kat situ
haha.. berangan!


entrance nak masuk ke amusement park
nampak tak ada 2 ketul mesin yang tepi dia kaler kuning tu?
boleh buat poskad yang ada gambar kita kat situ!
masukkan jer 3 euro
saya dengan encik apek ada buat satu! :D


pemandangan 95% daripada keseluruhan taman tema
diambil dari atas ferris wheel
tapi datang time winter, of course tutup ler semua tempat ni
yang bagusnya, nak masuk jalan-jalan keliling ni tak payah bayar pun
tak macam kat sunway lagoon tu
so saya suspek kat sini kalau nak main baru bayar! hehe~


buildings keliling Prater
dah lama saya dok cari, building/tower apa yang paling tinggi tu
tapi sampai sekarang saya tak dapat jawapannya.. tak puas hati betul!
saya syak itu church, tapi tak tau apa namanya
sebab dari Gloriette pun boleh nampak tower ni


tower yang sama, sebelah kiri gambar
tower Stephansdom yang kat tengah-tengah tu [dekat denga huruf 's' tu ;) ]


Millenium tower
modern and tallest building in Vienna


ada jugak ferris wheel lain dalam park ni,
tapi tak lawan ketinggian ferris wheel yang lama 


Madame Tussauds dalam park
errr.. lupa la.. 18 euro kot entrance fee dia
tak masuk.. mahai! hihi


since 1897!


ferris wheel ni pernah terbakar.. tahun 1944
dan kemudian dibina semula antara tahun 1945 hingga 1947


toilet kat dalam building kiri tu cantik! haha


mende alah ni pun dah beratus tahun umurnya
dalam souvenir shop ada jual miniature mende ni


Planetarium kat sebelah taman tema



video



sekian
:))




.

Wednesday, March 21, 2012

Rabu Penuh Kata : Sesat Di Bawah Biru Langit Vienna

A S S A L A M U A L A I K U M


Selalu orang buat wordless wednesday kan
tapi saya terbalik pulak
asal rabu jer, mesti panjang berjela entri.. haha


22 Feb 2012 (eh, dah sebulan dah?? huuu~)
plan saya nak cari Mozarthaus
tapi saya pusing-pusing, tak jumpa pulak entrance nak masuk muzium dia
ini jer yang saya jumpa:


Lepas dah tak jumpa tu, saya terr'distracted' pulak dengan lorong-lorong lain
puncanya.. eh, tu kubah ape? jalan jela tengok jap
padahal entah apa building pun tak tau

Jalan punya jalan punya jalan.. snap-snap situ sana sini
eh, saya jumpa Stadtpark
jauh la jugak sebenarnya.. nak patah balik, malas
saya tau kat Stadtpark ni saya boleh jumpa monument Johann Strauss
so, takpelah.. redah jer.. ;)


 
basikal ni boleh sewa tau..
ambiklah kat mana-mana yang jumpa basikal ni
then boleh pulangkan balik kat mana-mana area yang ada tempat park basikal macam ni


Cuaca masa ni best.. 8'C tapi matahari bersinar dengan jayanya
angin pun tak kuat sangat
so banyak cikgu-cikgu tadika, mak-mak budak bawak anak-anak berjemur


 
ada lake.. tapi separa beku lagi


ada beratus kot kerusi kat sini
 

 
Boleh tahan besar jugak taman ni ..65,000 m2
ada south and north
tengah-tengah dipisahkan oleh Wienfluss (Vienna river)



 
ini la monument Johann Strauss yang glemer tu
yang kaler gold tu tau, bukan yang tudung biru tu ;p


Ok.. yang ni gambar hari lain
dah nak malam masa ni.. pukul 5 kot
tasik dah tak beku lagi


 monument Robert Stolz dan Jamal Pak Tongkol Stolz
muehehehe.. jangan marah haaa laling! ;)
 

building ni sebelah Stadtpark..
ada Cafe Strauss kat situ
saya suka awan tu!


 jam atas tanah
functioning tau jam ni


Ok.. balik semula cerita pada 22 Feb..
masa yang saya sesat tu
sebenarnya saya nak pi jalan area lain
so dari Stadtpark, saya plan nak jalan cari station Karlsplatz 

sepanjang jalan, ada banyak lagi benda/monument/bangunan yang menggamit melambai-lambai perhatian saya

termasuk la benda ni:

Hochstrahlbrunnen and The Soviet memorial "Heldendenkmal der Roten Armee"

Hochstrahlbrunnen tu fountain yang dibina pada tahun 1873
untuk meraikan saluran paip yang pertama dibina dari Styrian alps ke Vienna

"The edge of the Hochstrahlbrunnen has a circle of 365 little fountains, representing the individual days of a yearSix medium-size fountains and acentral island symbolise the seven days of the week12 high fountainssymbolise the months of a year, and 24 small fountains for the hours of a day. From the central island, there are 30 fountains that represent the days of a month. This is a re-arrangement that is in place since 1906. "



Lepas tengok fountain ni, saya jalan lagi dengan misi mencari semula arah yang benar 
nak cari Karlsplatz kan katanya tadi
cuak jugak sket.. sebab area ni dah terkeluar daripada map yang saya bawak. hehe


Jalan-jalan.. jumpa walkway camni
pelik.. apsal la tak jumpa-jumpa jugak karlsplatz nyer
dah ler sunyi

sekali tengok nama jalan..  'prinz-eugen-straße'
haha~ pening dah.. macam mana la boleh sampai sini pulak
tapi ok la.. sebab sebelum tu saya dah study google map
ada sesuatu yang menarik kat  prinz-eugen-straße ni
tapi, dekat 1 km jugak la saya kena menyusur walkway ni

sehingga lahhhh..


tadaaaa...


Belvedere Palace! 

masa sampai sini, rasa macam... haaahhh... puasnya hati!
dengan udara yang nyaman
langit yang biru.. bangunan yang cantik
aahh.. i was at the right place, on the right time!
everything was perfect! eh.. tak perfect, sebab saya sensorang jer without saya punye king
tapi, hilang la kejap rasa kaki yang lenguh


Belvedere Palace ni pun ada muziumnya

Masa saya sampai kat pintu masuk, ada turkish tegur 'are u malaysian?'
owhhh.. rupanya ada jugak orang yang tau malaysia kat sana yer
dia promote restoran dia kat tepi palace tu.. ada souvenir shop juga
saya kata nanti saya datang balik dengan husband saya... hehe.. sudahnya, tak pegi pun.
sebab takde u-bahn yang sampai ke sini terus.. paling dekat pun kena jalan kaki dalam 600m
ada strasse-bahn (tram) tapi saya tak hafal route map dia ;p


Belvedere Palace ni summer residence untuk Prince Eugene of Savoy
Yang kita nampak ni, Upper Belvedere.. mula dibina pada tahun 1712


Biru langit dengan si tudung biru.. hehehe..
gambar ni saya paksa ada sorang mamat omputeh hensem tolong  snap ;)


Upper Belvedere
cam biasa la.. kolam tu beku lagi.. :)

Sebenarnya, boleh jer masuk ikut entrance Lower Belvedere 
lalu sebelah kiri Hochstrahlbrunnen 
tapi, dah namanya sesat kan.. saya lalu belah kanan pulak.. tu yang jumpa prinz-eugen-straße tu
belah belakang tu, ada lagi taman istana yang besar..
haihh.. tapi saya tak larat la nak patah balik ke belakang semula..


 
Ni pulak entrance sebelah depan istana
(saya masuk pintu bahagian tepi)

kalau nak baca sejarah istana ni.. klik sini jela ye
tak larat nak citer panjang... hehe


amacam.. gambar ni boleh buat poskad?
:))




jumpa lagi.. tschuss.. :))




.