Wednesday, April 4, 2012

City of Music ~ Mozart and Strauss Konzerte

A S S A L A M U A L A I K U M


Selain dinobatkan sebagai  UNESCO World Heritage Site
Vienna juga dikenali sebagai City of Music

Ramai ahli musik ternama yang lahir di Vienna
antaranya
Johann Strauss I, Johann Strauss II, Falco, Franz Schubert, Gerhad Potuznik, Louie Austen dll

Ahli musik ternama yang datang ke sini untuk mengembangkan kerjaya
antaranya
Johann Joseph Fux, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig Van Beethoven, Johannes Brahms,
Gustav Mahler dan Joseph Haydn


Kenal?
Hehe.. saya kenal Strauss, Mozart dengan Beethoven jer ;)

masa kitorang tengah meronda depan stephansdom
kitorang telah 'disapa' oleh mamat yang bernama Adrian ni
since winter dah nak berakhir, maka bermula la konsert kat Vienna
dia promote tiket, konon-kononnya selepas di 'upgrade',
kitorang cuma bayar 30 euro seorang, instead of err.. 39 euro kot
then dapat free drinks

lama jugak la mamat ni persuade kitorang
sebab takde plan pun nak pegi tengok benda-benda macam ni
i was hoping encik apek kata 'yes'.. sebab saya memang enjoy instrumental music.. haha
tapi dia asyik dok tanya saya pulak 'nak ke? nak ke?'
so sebab tak nak tunjuk excited sangat, saya kata 'emm, boleh jugak.. bila lagi kan?'
hihi
makanya.. terbanglah 60 euro pada malam itu


bila balik hotel, encik apek google pasal konsert ni
(Wiener Royal Orchester)
banyak orang bagi negative reviews dalam forum
tempat tak best la.. stage kecik la.. macam orkestra budak sekolah la..
so, taknak rasa kuciwa, kitorang pegi with a low expectation

that's why la gambar pun guna kamera kompak dengan handphone jer
haha


bertempat di Beethovenplatz,
dewannya memang nampak kecik
but well decorated and well maintained
ok la.. not bad..
kalau kat tempat kita, dewan macam ni mungkin boleh nampak sawang berjuntai


patung ni kat palang atas
nampak macam dia mengadap orang yang duduk kat bawah


as for the performance..
saya enjoy sangat-sangat
dari awal, sampai la ke akhir
memang best diorang ni main
takde sumbang mambang pun


suara soprano makcik ni,
memang mantap!!
tak payah guna mic sama sekali


masa break, dapat la kitorang minum apple juice free kat sini


ini building Wiener Konzerthaus
opposite Beethovenplatz
cantik bila kena simbah dengan lampu kaler-kaler tu



oh ye, cemana nak pegi Beethovenplats..
naik U Bahn, turun kat station Stadtpark
kemudian ambil exit ke Johannesgasse
:)


Sedikit sedutan video semasa konsert tersebut
saya terpaksa combine video ni sebab kalau satu-satu
takmo upload lak dia

layannn.. :))



video






.

17 comments:

  1. seronoknyaaaa... akak pun suka bab2 cam ni.. bila lah yeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak yan..
      tahun depan! hehe :D

      Delete
  2. CA kenal bethoven jaa..... little einstein astrooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takpaa CA..
      janji kenal :D

      Delete
  3. Replies
    1. ohsem tang orkestra dia

      kureng ohsem tang dewan dia jaaa.. hehe

      Delete
  4. selalu dapat dgr Strauss, Mozart dengan Beethoven cuma kat cd aje.. klu dapat dgr life sure ternganga akak.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D
      performance aritu sejam setengah
      tak puas! hehe

      Delete
  5. dewan tu mmg kecik, macam DK kat Tepeng! hahaha..
    Cuma mmg well decorated kan..

    Dari list2 nama tu, yg aku kenal si beethoven & mozart aja..hahahah

    ReplyDelete
  6. tau seme nama2 tu bila tgk little einstein..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer gapo little einstein tu sebenonye?
      hehehe

      Delete
  7. saya pun..
    sebab nengok Little Einstein!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaarrrr..
      saya sorang je ker tak tengok little einstein ni???

      Delete
  8. ada macam kat istana budaya tak hanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr..
      [bisik kat k.ati...~ istana budaya pun hanie tak penah pegi.. hihihi]

      Delete
  9. wahhh.dh mcm tgk citer dongeng mase kecik2! hehehe, tau nama beethoven je,lain2 fail

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)