Sunday, April 15, 2012

Rasa Halal Vienna

Assalamualaikum

This time kita ada penulis jemputan [yang kononnya terer sangat la pasal Vienna kan ;p]
dia akan review pasal makan-makan kat Vienna
(sebab saya sendiri pun dah rasa nak muntah hijau cerita pasal Vienna.. haha!)

silakanlah membaca... ;)


Bila kat Vienna, kena cuba kek Sacher Torte (torte maksudnya bulat, tapi sacher bukan 'saka'). Ini kek coklat yang ada lapisan apricot yang sangat manis, dan kena makan dengan sour cream untuk membalancekan rasa manisnya. Sacher ini memang signature dish Vienna dan ada history yang tersendiri. Tak sah kalau tak cuba, dan saya pun pertama kali cuba tahun lepas, atas suggestion dan cerita (atau kelentong) Dato' Ambassador Malaysia di Vienna.


Boleh cuba sacher ini di lokasi asal iaitu Sacher Hotel kat hujung Karntner Strasse, atau cafe cawangan mereka di Flughafen Vienna. Kalau nak order sacher ni, harus didampingi dengan secawan melange (kopi susu Vienna).

Tokey blog kata : 
Haaa.. ingat tu.. salah satu syarat wajib ke Vienna - mesti try sacher torte!
Actually masa kitorang makan sacher ni kat airport, mamat waiter dia punye la hensem..
saya kata 'membazir betul muka hensem jadi waiter, kalau kat Malaysia, sure dah jadi model/pelakon/retis!'
siap menyuarakan hasrat nak ambik gambar dengan mamat waiter tu
tapi telah digelakkan secara besar-besaran oleh encik penulis jemputan nih! ceeettt.. hahhaaha


* * * * *


Ini pula kedai tanpa nama di Schwedenplatz yang menjual makanan halal seperti kebab, falafel, pizza dan schnitzel. Saya jumpa kedai ini pada kali kedua saya ke Vienna tahun lepas. Kedai kecik, standing room only. Makan time summer memang nyaman, tapi time winter, memang ketar berdiri sambil makan. Tapi Vienna memang orangnya makan on-the-go, berdiri atau berjalan hatta semasa berdiri dalam U-Bahn sekalipun.


Staff dia memang friendly dan semuanya Muslim. Walaupun English diaorang agak limited, takde masalah untuk order. Bila kita order kebab, boleh pilih chicken or lamb, kemudian customize kan - nak salad ke, tomato ke, pickle ke, extra mayo ke, nak chilli ke.. Lepas makan jangan lupa kasik tip 1-2 Euros, nescaya bila kita datang semula, layanan diaorang makin mesra.


Kedai ini ada halal-cert, tapi tak boleh expect certification macam JAKIM di sana. Actually, kalau ikut kata Malaysians di sini, semua kedai kebab Vienna memang halal walau takde tanda halal sebab supplier meat dia sama je.


Menu kat kedai ni antaranya kebab sandwich (dalam roti pita yang besar), kebab durum (dalam roti gulung/wrap), kebab box (dalam kotak dan boleh pilih dengan nasi atau fries), falafel, pizza dan chicken schnitzel. Semuanya portion yang besar dengan harga yang murah (Vienna standard lah, jangan convert Euronye).

Tokey blog kata:
Kalau semuanya nak convert euro ke RM.. memang tak makan la den! hehe


Kalau anda notice dalam gambar di atas, ada kedai yang signboard-nya cuma nampak Jersey. Itu kedai Halford Jersey, dia jual kereta mainan dari yang kecik sampai la ke model besar untuk serious collectors tu. Di sini harga lebih murah, dan tempat saya beli toy cars untuk Harraz.


Dalam 4 kali trip saya ke Vienna, saya pernah cuba kebab di Kagran, Florisdorf dan VIC - tapi kebab di Schwedenplatz ni la yang terbaik. Kalau nak pegi sini, naik U-Bahn dan turun di stop Schwedenplatz dan naik ke Rotenturmstrasse. Mesti akan jumpa, sebab area ni banyak kedai makan dari kebab sampai la ke noodle house dan Tichy (kedai aiskrim famous kat Vienna).

Tokey blog kata:
Tangan saya kat gambo pizza tu - saje nak tunjuk betapa besarrrnya pizza tersebut. ;)
saya selalu makan tak habis durum/kebab kat sini
so biasanya separuh saya makan untuk dinner, separuh lagi buat breakfast esok pagi
kalau encik penulis jemputan tu lain la.. perut dia besooor! kehkeh..


Gambar di atas ini pulak kedai Bereket di Favoritenstrasse, dekat dengan apartment kitaorang di Reumannplatz. Juga ada menu kebab, falafel dan pizza. Outletnya kecik saja tapi ada la sikit ruang duduk kat dalam. Kebab dia okay dan average, tak sesedap kat Schweden. Staff pun tak berapa mesra.


Kalau nak selesa lagi, juga di Favoritenstrasse ni, boleh la singgah di Turkis Palast ini. Restoran ini franchise kat Vienna, dan diperkenalkan kepada saya oleh orang Embassy. Harga memang lebih mahal tapi selesa dan pentingnya, ada heater semasa winter.



Kalau baca menu kedai Turkis ni, memang takde sepatah pun dalam English. So kalau nak panduan order kat sini - reis (nasi), rind (daging), huhner (ayam), pommes (fries), teller (pinggan). Selain daripada tu belasah je lah. Kat sini dulu, kami cuba rice with beef gulasch dan chicken schnitzel. Portion kat sini juga besar-besar dan padan dengan Euronya.

Ada beberapa lagi outlet yang boleh kita kunjung di Vienna (saya tak maksudkan orang Malaysia kat sini walaupun sekarang dah ada 6-7 family Melayu di Vienna). Antaranya restoran Nordsee yang serve seafood saja tapi memandangkan ada sauce dia yang pork-based (lard) dan saya tak berjaya nak tau yang mana satu, maka kena la kensel dulu trip ke Nordsee.

Anyway, kalau korang tak memilih selera sangat, maka tak susah nak cari makanan halal di Vienna. Kedai kebab wajib ada di stesen-stesen utama sepanjang U-Bahn. 


Tokey blog kata:
Ye betul.. makan tak boleh memilih
kalau sewa apartment ada kitchen, boleh juga beli instant pizza/ instant pasta
panaskan/ masak... ngappp.. kenyang!
dan jimat juga :)

So itulah dia apa yang saya makan sepanjang seminggu kat Vienna
hari-hari makan kebab.. badan pun naik debab! haha



Sekian..







20 comments:

  1. saya adalah orang yang memilih. kebab tak makan, pizza pun tak makan. kalau pergi vienna nak makan apa? (berangan je dulu nak pergi vienna :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai kebab tu ada nasi jugak
      Pack dalam kotak. Hehe
      Cuma, since most of kedainya takde tempat duduk, agak leceh la nak mkn nasi sambil berdiri

      Delete
  2. nasib baik smlm baru pekena kek..kalau tak mmg confirm meleleh2 nie..

    depa pnggil kebab , KEBAP ek hanie?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a k.nza
      Rata2 kedai sana eja kebap
      Hihi.. Janji bunyi sama kut

      Delete
  3. Terima kasih En. Apek kerana sudi dan rajin menuliskan kisah makan2 ni. Pn. Apek dah kenyang sampai tak larat nak tulis ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn apek jari jemarinya dah debab
      Takleh taip.. Ekekeke

      Kakcik dah ok ke tu? :-)

      Delete
  4. wah2 kebab disana sedap2 kan .. kalau x ada embasy yg tunjukkan awatu sesiapa yg biasa disana susah gak nak tahu halal or not kan dik ..
    hurmmm siap ada tips layie .. bagus2 .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak
      Saya asik belasah lamb jer kat sana. Tu yg paling best. Hehe

      Delete
  5. bila tgk gambo2 makanan dalam entri ni, mmg la teringin nak makan semua.

    tapi jauh beribu batu la pulak nak pegiii! hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. GB.. kitorang dah tolong kira
      kalau nak backpack, dalam 5-6k dah boleh pegi
      hehehe

      Delete
  6. seronok merantau negeri org..rsa pgalaman..rasa makanan ngeri org... mmg nmpaks sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg berangan nak bukak kedai kebab camni kat malaysia
      hehehhe.. berangan tak sudah! ;)

      Delete
  7. rasa2nya kebab ni kat mana2 pun HALAL kot.. Pasal kebab ni asal dari middle east. just my point of view lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya camtu jugak k.yan
      Tp still kena check jugak kan
      Mcm kat malaysia la, tak semestinya char kuey teow tu halal
      Hehehe

      Delete
  8. jauh bejalan luas pandangan tuu kanns.. ehhhee

    ReplyDelete
  9. Tak nampak gambar tuan rumah makan pon??? oooo diet ek??? heheheheh xpe xpe, kasik can kat penulis jemputan tu ek....

    ReplyDelete
  10. bebetul halal ke ni kak?


    kak, mekaseh.. adiah dh sampai.. =)

    http://mizztina.blogspot.com/2012/04/hadiah-dari-kak-hanie.html

    ReplyDelete
  11. bestnya tengok kek Sacher Torte tu yer.mesti cuba kalo kesana tapi mcm x sampai jaa..hehehe

    ReplyDelete
  12. Thanks so much, I will be relocating to Vienna next Jan, and finding this blog has been a useful guide.

    ReplyDelete
  13. Thanks so much for writing this blog. I will be relocating to Vienna in January and this guide has been useful.

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)