Friday, April 6, 2012

Vienna Di Sebelah Yang Moden


A S S A L A M U A L A I K U M


Salam sayang di pagi Jumaat
:)


Dulu, hari Jumaat jugak saya pegi area ni
since hari tu hari terakhir encik apek meeting, dan tengahari dah boleh balik,
maka saya ke Donauinsel dulu

Donauinsel (Danube Island) ialah sebuah pulau di tengah-tengah bandar Vienna
terletak antara Danube River dan sebatang terusan buatan (New Danube)
Pulau ni tirus, panjangnya 21.1km, lebarnya cuma 70-210m


New Danube
sebenarnya saliran New Danube tu dikorek untuk mengatasi masalah banjir kat Vienna
so Donauinsel la pulau  yang terhasil daripada kerja-kerja tersebut 
dan dijadikan tempat rekreasi


kat tengah-tengah jambatan yang merentasi Danube River ni, ada satu station U bahn
station Donauinsel
saya berhenti kat sini, dapat la tengok Danube river yang lebar tu
dalam gambar atas ni, kita boleh nampak Hochhaus Neue Donau (New Danube Skyscrapper)
dan kompleks perumahan sepanjang New Danube


gambar ni sebelah kanan Danube River
yang nampak macam castle tu sebenarnya church
Mexicoplatz church.. cantik kan.. macam dalam citer Cinderella lak
depan dia tu ialah Danube River Cruise
tapi time saya pegi, cruise tu tak beroperasi
insyaAllah, next time kalau ada rezeki, saya mesti naik cruise tu! ;)


cantik kan kaler graffiti ni?
banyak jer dinding-dinding kat Vienna kena conteng macam ni
bukan kat tempat kita jer ;)

Time tu Donauinsel agak sunyi
tak berani nak stay lama-lama




So, saya terus pegi ke tempat encik apek meeting
kat Vienna International Centre (VIC)
one stop selepas Donauinsel


Ini bangunan United Nations
[angin kuat sangat masa ni, so awan pun sekejap ada, sekejap hilang kena tiup angin]


bendera-bendera dalam compound bangunan UN
korang nampak apa yang saya nampak?
hehe.. gigih saya tunggu angin tiup bendera tu


daripada VIC, saya nampak Donauturm (Danube Tower)
building yang tinggi kaler kelabu sebelah kiri tu, saya syak tu ialah apartment
kaki saya ni biasa la.. nampak benda yang menarik, kaki pun macam tertarik-tarik nak pegi ke sana


close up sket view dari jauh


Menghala ke belakang VIC
kena lalu Austria Center dulu
tak sure la apa ada kat Austria Center ni
macam PICC kot lebih kurang


hahhh.. dah dekat dah


sekali tengok.. alamakkk... jauh lagi!
sebenarnya kat atas tu ada kafe
encik apek kata nak belanja saya makan kat situ
tapi, tak jadi sebab jauh beno nak kena menapak
nak naik bas tak reti.. hehe

time ni kalau saya nak redah sorang-sorang,
kena merentasi dulu taman yang sunyi ni
tak berani aihh.. kang kena kidnap!
lagipun, tak nampak pak polizei kat sini.. ahaha


maka, senasib lah kamu dengan cruise yer, tower

doakan saya boleh repeat kunjungan ke vienna,
supaya saya boleh experience benda-benda yang lain pulak
:))



psst.. ada lagi 2-3 entri Vienna menyusul
dah nak abes dah.. yeayyyy :D



.





12 comments:

  1. Cantiknya pemandangan dan bangunan.

    Ya ... ya ... kakcik nampak Jalur Gemilang itu. :)

    ReplyDelete
  2. bumbung gereja tu mmg color oren ke hanie?
    mmg unik mcm fairytale pun ada..

    semoga hanie dpt pi lagi kesana
    dan dpt boleh kak ati kirim FM pulak..hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. bumbung dia memang oren
      kalau la building tu bukan church.. kompem kaki gatal nak gi sana. hehe

      insyaAllah, kalau ada rezeki pegi lagi, lebih dari fm pun k.ati bole kirim :D

      Delete
  3. unik dan lawa bangunan UN tu..
    church tu pun unik...
    aku rasa semua bangunan yg ko tepek pasal viena, unik!!...ahahaha

    ripit, jgn tak ripit vienna..:)

    satu benda yg aku notice, lidah aku susah bebenor nak menyebut nama nama tempat/bangunan kat sini..lidah kau ok kah?

    ReplyDelete
  4. bumbung churh tu sgt menawan warnanya.. dari jauh dah nampak.. harap2 hanie ada rezeki utk ke sana lagi nnt.. pergi utk kali kedua pastinya lebih seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada duit banyak, saya reno rumah saya buat bumbung camtu
      hehehhe.. glemer satu seksyen 8!

      owh, cepat2 saya aminkan doa akak.. aminnn.. aminnn... aminnn... :D

      Delete
  5. kalo ada kat Mesia, seme benda nak komen rasanya, tapi bila g ober the sea, otomatik jadi patriotik..kannn......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya.. Tak rasa pun patriotism tuh. Cuma bila nmpk flag tu, rasa macam.. Yaaa, that one belongs to my country. Hehe

      Delete
  6. rae nk amik dgn tgn je bgnn2 tu jadikan FM,hahaha

    ReplyDelete
  7. terujanya cik ina ngan permandangan kat situ, cantik sangat, rasa jam ni gak nak pegi situ.

    ReplyDelete
  8. rasa jatuh cinta dgn vienna sbb banyak kaler biruuu.....langit biru dan even graffitinye pun biruuu!

    ReplyDelete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)