Tuesday, May 15, 2012

Eksplorasi Lake Toba : Day 1

Assalamualaikum
:)

Ok.. ok.. saya update dulu catatan hari pertama
Kami ke Medan menaiki pesawat Awan Dania (bak kata anak-anak)
Turun dari rumah seawal 6 pagi, kami berlepas jam 8.30 pagi
Tiba di Bandara Polonia pun jam 8.30 pagi.. sekejap sangat.. 
beli sandwic dalam pesawat, tak sempat makan pun.. hehe

Di Medan, kami disambut oleh tour guide yang kami jumpa di mukabuku - Ridu
Langsung saja kami ke Parapat, tanpa pusing-pusing di Kota Medan terlebih dahulu
Di pertengahan, kami singgah makan siang di Rumah Makan Bayu Lagoon - cantik restorannya
ada surau, ada toilet sekali

pintu masuk Rumah Makan Bayu Lagoon

Bayu Lagoon.. kerana disebelahnya ada lagoon ni (sambil makan tengok orang mandi.. hihi)

Perjalanan agak jauh dan memenatkan..
Standard la kat sana, jalannya sempit, berliku-liku, dan tak rata
Jam 2 petang baru kami sampai di Hotel Niagara, Parapat
Anak-anak, tak usah cakap la.. memang asyik tanya je, 'bila nak sampai ni.. jauh lagi ke..'

view dari balkoni bilik kami.. bilik 518

Hotel Niagara, kami booking melalui telefon
memang minta bilik yang ada view tasik
Bila masuk bilik, SubhanAllah.. pemandangannya sungguh memukau!
seolah-olah sedang menatap sebuah lukisan pemandangan yang besar terbentang di depan mata!
saya rasa kalau saya termenung mengadap tasik selama berjam-jam pun tak apa! sanggup!

Hotel ni, walaupun dikatakan hotel paling best di Parapat
tapi ada juga kekurangannya
nak mintak iron, kena charge.. tiada minibar.. internet access pun cuma di lobi/ cafe



Dah rehatkan badan sekejap, jam 5 petang Ridu datang jemput kami
'Kita explore sekitar Parapat', katanya
Memang betul.. dia bawa kami ke area berdekatan jeti feri Ajibata
merasalah budak-budak tu pegang air tasik
bersih... sejuk... tenang...






bila lokasinya cantik, ambil dari angle mana pun, guna kamera apa sekalipun, hasilnya tetap cantik!
at least di mata saya lah :)

Di Parapat ni, di pinggir-pinggir tasik banyak disediakan pondok-pondok rehat
boleh sewa untuk lepak-lepak, sambil menikmati  pemandangan tasik




 Kemudian kami dibawa menyusuri denai-denai
untuk melihat matahari yang sedang terbenam.. indah!
Kebetulan cuaca hari tu sangat baik.. bersinar-sinar permukaan air disimbah cahaya matahari
(cantik wehh! jantung rasa nak tercabut dibuatnya!)


Malamnya, kami dinner di hotel saja :)

langit cerah sekali malam tu... nampak bintang-bintang berkerlipan :)

Pada hari kami ke sana, di Indonesia berlakunya tragedi Sukhoi yang terhempas di Gunung Salak
so setiap hari kami mengikuti berita perkembangan nahas
sedih... 
(dan cuak juga..)




.

22 comments:

  1. sikit masa lagi saya nak pergi
    nanti saya nak kontek number Ridu buleh...?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib! wajib!
      stay di parapat/samosir/tongging saja.. takyah pegi tempat lain. hehe
      nanti saya bagi ponsel ridu.. dia memang suka kalau pelancong datang nak explore :D

      Delete
  2. awak memang tinggi
    EncikNuklear pasti saaaangat tinggi ek!!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IncikNuklear berdiri setinggi 180cm
      hihi

      Delete
    2. Mak aihhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

      main basket ball tak?
      :)

      Delete
    3. perut gendut camno nak main basketball
      kekeke

      Delete
  3. woh!!! cantiknye view dari bilik hotel!!!

    langit malam pun punyelah jernih berkaca kaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayangkan, bangun tido, dengan mata terpisat2, terus nampak view itu..

      hadoiiiii... nak benti keje, nak pi buat rumah la kat sana! haha

      Delete
  4. Rakaman pemandangan yang tak jemu dipandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciptaanNya yang sangat indah, dari sudut mana pun, memang tak jemu kakcik
      suka sangat.. cantik.. :)

      Delete
  5. subhanallah cantiknya doktor..terima kasih..sudi kongsikan bersama gambar2 yang cantik ni.tak puas menatap gmabar ni..sungguuuh cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka saya dapat berkongsi apa yang saya lihat acik
      lebih seronok bila acik sudi menatap gambar2 ni bersama :))

      Delete
  6. Replies
    1. kannn..
      rasa nak cabut tasik tu bawak balik rumah ;)

      Delete
  7. suka gambar dari balkoni tu. cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kalau pegi lake toba, sila stay di hotel niagara
      hihi

      Delete
  8. Okeh, done. Selesai baca Day 1. Next..~ahaha

    Gila tinggi loh En.Nuclear kau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next tunggu mood mai.. Haha

      Ko ni, mcm la tak penah jumpa dia! ;p

      Delete
    2. Kenapa saya dipanggil Encik Nuklear.. Saya tak pernah pegang uranium pun..

      Delete
    3. kikikiki..
      ok la tu sayang.. nickname baru! hahaha

      Delete
  9. Tiang Rumah Makan Bayu Lagoon tu kayu betol ke simen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. simen lah uncle
      kalau kayu, lagi kewl kann :D

      Delete

pecah kaca, pecah cermin..
sudah baca, dialu-alukan mengkomen ;)