Hari kedua, kami dijemput Ridu pada jam 10.30 pagi
Sesudah breakfast di bilik, sempatlah kami merayap dulu di sekitar kawasan hotel
udara segar dan nyaman, tapi tidaklah terlalu sejuk
Rencananya, kami nak ambil feri ke Pulau Samosir jam 11.30 pagi
tapi, masa kami sampai di jeti jam 11 pagi, tiket dah habis terjual
(sebab kami nak menyeberang dengan kereta sekali)
kalau nak ikut jalan darat, jaaaauuuuhhhhh...!
Jadinya, jadual kami bertukar
kami dibawa ke perkampungan Tongging
(kononnya kalau sempat, kami ke Samosir melalui Pangururan (ada jalan darat), kemudian balik ke Parapat naik feri)
sempat juga singgah di perbukitan Simarjarunjung untuk ngopi
sedap kopinya.. kalau kita order kopi, dia akan bagi dengan goreng pisang sekali
sambil minum, boleh nampak view tasik di sekitar restoran
mengingatkan saya kepada suasana semasa di Kintamani, Bali
a cup of coffee, and goreng pisang at Simarjarunjung |
cafe kat Simarjarunjung tu.. ada hotel juga, tapi boringlah, bangunan dia je satu-satunya kat situ |
Sepanjang perjalanan, nampak aje spot yang best, kami berhenti untuk bergambar
sampai Cekeyya (Cik Khayra) kata, 'asyik-asyik ambik gambar.. ambik gambarrr je selamanya!'
hehehe
maka, lewat jugak la kami nak sampai ke Tongging tu
ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai.. makin lambat dibuatnya
dah la jalan dia, turun bukit naik bukit, kejap bertar kejap tidak, masuk kampung keluar kampung
memang tertidurlah!
bukit kecil yang mengunjur tu cantik sangat. kalau dari jauh, dia nampak menyerlah sebab warna rumput yang tumbuh di atasnya lebih muda daripada warna hijau bukit di belakangnya |
penternakan ikan sangkar |
Tiba di Tongging, kami di bawa makan sore (sebab dah lewat kalau nak kata lunch. haha)
kat sini banyak area penternakan ikan sangkar
time nak makan tu baru dia tangkap, siang dan bakar/goreng
aduhhh.. nikmatnya! fresh!
dia tangkapkan ikan nila.. 3 dibakar, 2 digoreng.. hidang pulak dengan kubis celur, nasi perang organik
alahaiii.. terasa-rasa kat lidah sampai sekarang
makan pulak dalam pondok yang dibina atas tasik.. memang asyikkk sekali!
nasi perang, ikan nila bakar dan goreng.. jemput makan! :) |
ni kat pelantar di warung yang kami makan.. masih gerimis lagi waktu tu |
harga total bil masa kami makan = Rp155,000.. oklah tu! |
orang ni bersampan meredah hujan.. entah apa yang dicari |
Lepas makan, kami menyusuri kampung-kampung di sepanjang Lake Toba
tak pasti saya sehingga ke perkampungan mana, tapi di area Silalahi
pemandangannya memang ohsem
area bukit bukau di area Tongging memang cantik sekali
sekali pandang, nampak macam kat Switzerland pun ada! hehe
beginilah keadaan jalanraya di sana.. gambar atas dan gambar ini adalah jalanraya utama |
Subhanallah... cantik betul tempat ni!
selain menternak/menangkap ikan, kebun sayur dan tanaman padi merupakan aktiviti utama masyarakat disini |
Jam 5 petang, Ridu kata jauh lagi kalau nak ke Pangururan
memang tak sempat kejar feri, sebab feri terakhir dari Samosir ke Ajibata sekitar jam 6 petang
maka, kami berpatah semula untuk pulang ke Parapat
perjalanan jadi lebih jauh sebab Ridu kena isi minyak,
tapi kena melencong menghala ke Berastagi (berlawanan arah)
sebab kat sekitar Lake Toba tu sendiri, stesen-stesen minyak saaaangat limited!
cuma banyak gerai-gerai yang jual bensin solar jer dalam botol
Wisma Sibayak.. bagus juga kalau lain kali dapat menginap kat sini.. cantik tempatnya sebelah kanan tu ada stream cetek yang jernih airnya |
di area Silalahi.. masa ni dah nak hujan semula |
amboi.. main air memang buat korang seronok kan? |
Kami sampai di Hotel Niagara semula jam 10 malam
keletihan!
budak-budak, lepas penat bergurau sesama sendiri, main game kat galaxy tab, bila pening, gaduh pulak
mulut tak sudah-sudah cakap penat, nak balik hotel.. senyapnya bila diorang tertidur jer ;)
dalam perjalanan tu, agak sunyi, jalannya gelap
memang doa banyak-banyak supaya enjin tak rosak, tayar tak tercabut/meletup, dan tak ada skru kereta yang berterbangan akibat terlanggar lopak!
Kat Tongging tu ada orang tertonggeng-tonggeng tak? ;-)
ReplyDeleteada.. cekeyya yang jakun tgk air tu
Deleteorang sibuk nak makan, dia sibuk tertonggeng-tonggeng nak tengok ikan dalam air
kekeke
mcm kt cameron lak pemandangan kt sn.. cantek... :)
ReplyDeleteyup.. lebih kurang
Deletecuma kat cameron takde tasik besar! hehe
cantiknya view kat lake toba, bila lah nak sampai
ReplyDeletecepat book tiket k.atty
Deletetak jauh pun medan tu :)
malaysia tak mungkin boleh lawan industri pelancongannya banding indonesia, kan?
ReplyDeletedari sudut pemandangan, kat sana memang superb
Deletetapi dari segi facilities, malaysia is better :)
cantiknyaaa pemandangan kat situ
ReplyDeletecantik kak
Deletememang tenang jer fikiran.. :))
cantik nya kak
ReplyDeletemenggamit acu untuk ke sana la :)
pegi la acu
Deleteit's a must visit place
saya pun rasa nak ripit, tapi mungkin dalam 5 tahun lagi n hopefully masa tu dah ada perubahan kat sana especially tang jalanraya :)
best.. best....
ReplyDeletenanti nak nombor Hotel tu sekali tau!!
ahahhahaaa.. ( dasar pemalas.. nak tiru je schedule ekau !! )
hahahh.. hamboiii
Deletetau nak senang aje yer!
bisa di atur dong buk.. :D
bilang aja kapan mau ke sana.. hehe
aku setuju, dari segi facility, kita di malaysia lagi bagus..tapi nature/pemandangan asli kat medan ni, wallahhhhhhhhhhhhhh..gunung ganang...marbeles...
ReplyDeletemungkin sebab negara dia besar
Deleteso dia baaaanyak lagi area yang belum develop, semuanya masih asli
vahhh memang tempat yg chantek tuuu ..
ReplyDeletepsst. out of topic. timekasehla pd akak pn doc selalu dtg jenguk2 komen2 blog me ituu, tapi biasanya sblom akak pn doc bertanye lagi me sudah tulis kat dlm setiap gambar yg me tampal, lenkali cuba goyang2kan mouse atas gambar tersebut yeee.. ehhheee, daaa
kita dah goyang la tn haji
Deletecuma kadang2 ada jugak caption yg kita tak paham.. ahahaha.. peace yo! ;)
oo ye.. dan kadang2 kita baca guna 'samseng'
Deleteso takde vontot tikus mau digoyang.. disuruh buat goyang inul pun dia tak mahu..
hehehe
subhanallah cantik nye...
ReplyDeletesy singgah dr blog kak cik ....korang nak wat gathering kat tasik cempaka kan?
kalau tkde hal, sy mahu join :D
salam kenal kak:)
tQ singgah dear.. salam kenal
Deletenanti kita jumpa di sana yer :)
cantik kannn..kira worth it lah perjalanan jauh n pemandangan nya superb..
ReplyDeletekepenatan yang berbaloi
Deletehehe
cantiknya lake toba, haritu pg medan tak sempat pon nk g sini..
ReplyDeletepg berastagi je..
tumpang tanya, ridhu tu OK tak? ingat nak amik dia tp pakej dia tu mcm mahal sket drp pakej org lain yg tawarkan
ReplyDeleteOK sangat LeeZ.. jenis tak berkira
Deletekalau kita tukar itinerary last minute pun dia tak kisah
kalau suka explore tengok pemandangan, memang sesuai ambik dia
dia akan bawak ke tempat yg tourist jarang pegi :)
o i c...i dah beli tiket untuk next month...so...kedai makan yang dia bawa tu...semua halal kan? and kita boleh pilih2 makanan ke atau dia dah set menu dia based on the package...thanks kak sebab reply...
Deleteskrang ni tengah nak decide ammik dia or ammik sorang lagi tu (lebih murah tapi bfast je...lunch n dinner sendiri)
OK thanks...esok akan ke Medan dan saya amik Ridu tu...mintak2 OK...hehehe
Deleteenjoy yourself, dear :))
Delete