Sebenarnya, ada event yang lebih hangat daripada cerita Lake Toba ni
Apa lagi kalau bukan cerita gathering hari Ahad lepas :)
Tapi memandangkan ramai hadirin dan hadirat yang dah buat entri pasal berkelah tu
maka biarlah saya sambung entri Lake Toba ini sebelum memorinya hilang dari kotak ingatan saya
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
[Peringatan : Entri Penuh Gambar dan Perkataan]
Hari ketiga kami mulakan lebih awal daripada hari sebelumnya
tak mahu ketinggalan feri lagi, jam 8 pagi kami dah sampai ke jeti
harus check-out dulu dari Hotel Niagara sebab selepas ke Pulau Samosir, kami akan bermalam di Berastagi
jadual penyeberangan feri |
hanya ada 2 feri yang boleh membawa kenderaan. maka kerana itu jadual penyeberangannya adalah terhad. andai kamu tertinggal feri, maka bermalamlah kamu di samosir :) |
Walaupun masih awal, orang ramai sudahpun berhimpun di jeti
Alhamdulillah.. dapat juga Ridu membeli tiket yang berharga Rp95,000 untuk sebuah kenderaan
(termasuk penumpang)
Jam 8.30 pagi, barulah kenderaan semua diatur di dalam feri
Susun aturnya harus seiring, supaya feri dapat dipenuhi semaksimum yang boleh
Perjalanan smooth, yelah, melintasi air tasik kan, jadi tiada ombak yang bergelora
Ada nampak tulisan HORAS SAMOSIR kat bukit tu? kami mengembara merentasi bukit itu dan naik ke puncak! :) |
pemandangan menghampiri Kg Tomok di Samosir |
feri penumpang tengah parking |
Setibanya di Pulau Samosir, kami terus di bawa untuk explore kawasan perkampungan
MasyaAllah.. suasana di sini lebih tenang, nyaman dan asli
Sebagaimana aktiviti masyarakat di Tongging, di sini juga mereka bertani, menanam padi, koko dan kopi
Mereka juga berternak, sama ada ayam, kerbau atau babi ;)
Pendek kata, apa yang mereka mahu makan, mereka tanam atau ternak sendiri
Kg Tomok yang tak ada penyanyi bernama Tomok ;p |
Ini bukan muzium.. Ini ialah SEBUAH kampung ya.. kampung-kampung disini terdiri daripada 8-10 buah rumah sahaja rumah-rumah tradisional batak ini, dibina pada tahun 1940! |
Masyarakat batak Toba punya kehidupan yang tersendiri
Seolah-olah mereka tak peduli pun dengan kemajuan yang berlaku di kawasan lain
Bahkan ada juga yang tidak pernah tau apa itu internet
Mereka masih belum menyedari betapa istimewanya kampung mereka
Jadi mereka tak peduli untuk memajukan industri pelancongan di tempat mereka
Sayang sekali~
Menurut legend suku kaum batak, kalau mereka makan musuh mereka,
mereka akan jadi lebih powerful
makanya orang Batak dikatakan cannibal
tapi sekarang dah tak ada lagi lah :)
Menurut legend suku kaum batak, kalau mereka makan musuh mereka,
mereka akan jadi lebih powerful
makanya orang Batak dikatakan cannibal
tapi sekarang dah tak ada lagi lah :)
view menghadap lake toba yang sangat cantik |
andai tuan punya kedai upgrade tempat ni, jadikan rumah makan yang proper, pasti akan menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong! |
Namun begitu, walaupun kampung mereka kurang prasarana, mereka masyarakat yang pembersih
Air di Lake Toba masih jernih, sejuk dan tidak tercemar
Sukar untuk mengesan sampah sarap yang mereka buang ke dalam tasik
dan orang Batak punya kepercayaan, sesiapa yang mencuri,
orang itu dianggap orang yang paling hina!
maka, di pulau ini, tiada yang mencuri atau melakukan jenayah
kalau ada pun, mereka tu datang dari luar
dan orang Batak punya kepercayaan, sesiapa yang mencuri,
orang itu dianggap orang yang paling hina!
maka, di pulau ini, tiada yang mencuri atau melakukan jenayah
kalau ada pun, mereka tu datang dari luar
telah sampai di puncak.. sejuk kat sini.. nyaman itu adalah rumah tinggalan belanda.. sekarang ia menjadi 'port' untuk para photographer yang singgah disini |
pemandangan di bahagian hadapan rumah tinggal tersebut adoi laaa.. cantiknyaaa.. takde sape ker nak jual tanah area ni kat saya??? :'(
|
anak-anak Samosir yang berjalan kaki berbatu-batu jaraknya untuk ke sekolah! |
Usai menyusuri bukit-bukit di Samosir, kami kembali ke jeti jam 12.45 tengahari
Sedang elok ketika feri untuk pulang ke Ajibata sedia untuk berlepas jam 1 tengahari
Mengambil keputusan untuk tidak singgah shopping di Tomok, kami langsung saja ke Parapat untuk lunch
Alhamdulillah, lunch nasi padang di Restoran Istana Minang II
Kemudian kami shopping souvenir di gerai-gerai tepi tasik di Parapat
dapatlah borong fridge magnet untuk keluarga dan sahabat handai
itu sajalah token yang termampu sebab percutian kali ni memang saya dan suami merancang untuk tidak shopping berlebihan
(waktu pulang ke Malaysia.. saya masih bergelar jutawan! jutawan rupiah! haha)
Perut dah kenyang, sobenir pun dah beli, kami bergerak menuju Berastagi
hujan renyai sepanjang perjalanan.. dalam kereta, tido, jaga, tido, jaga
sehinggalah Ridu kata 'ok, kita lihat Sipiso-piso Waterfall' pada jam 5 petang waktu tempatan
Subhanallah, cantik air terjunnya.. keluar dari dalam bukit, walhal diatasnya tiada sebatang anak sungai pun
suami saya kata.. 'macam air paip yang besar aje'.. haha
sejuk kawasan ni, menggigil jugak saya dibuatnya :)
Kami menikmati pemandangan di sini sehingga matahari hampir terbenam
kemudiannya bergerak lagi
tiba di Berastagi jam 9 malam.. terus makan malam di kedai kaki lima
haha.. halal lah! asalkan perut saya tak meragam ;)
Check-in di Hotel Horison, bersihkan badan..
kemudian tertidur ketika menonton berita yang mengumumkan bangkai pesawat Sukhoi dan beberapa mangsa telahpun ditemui.. innalillah..
zzzzzz....
.
.
pondok sebuah di atas bukit seperti di dlm lukisan lagaknya.
ReplyDeletelukisan yang hidup!
Delete:)
Terima kasih untuk ingatan dari sana. :)
ReplyDeletesama-sama kakcik :)
Deletebudak2 tu pegi sekolah berkaki ayam?
ReplyDeleteada yang pakai kasut, ada yang berkaki ayam
Deletemungkin seronok main lumpur di tepi jalan agaknya :)
salam Dr.Hani..ada jugak sekolah ye..tak perlu naik feri..
ReplyDeletemereka semua tu..sayangkan kampung mereka..tak perlu dimajukan pun orang tetap datang untuk melihatnya..kalau dah dimajukan mungkin tidak aman lagi bagi mereka.
salam acik.. ada sekolah, tapi kecik jer sekolah dia
Deletemungkin.. mereka sudah sangat selesa dgn apa yg mereka miliki sekarang. tak perlu sebarang perubahan yg mungkin boleh membawa lebih keburukan
Dr Hani,
ReplyDeletemcm sedih je tgok budak2 tu g sekolah cam gitu...nak plak diorang bergambo yek...
tula. kesian tengok. nasib baik takde orang jahat, so takde la risau kena kidnap.
Deletejalan sunyi tu, kalau kena tangkap, yg pompuan kena rape ker, tak siapa tahu. aduiii
ni gambar candid ni. snap dari kereta yg bergerak. :)
Cantikkan Tasik Toba. CA pun pegi 4 tahun lepas ...
ReplyDeletecantik CA
Deletesaya rasa tak berubah pun kot tempat tu berbanding 4 tahun lepas :)
terima kasih tanda kenangan tu ye :)
ReplyDeleteterima kasih kepada acu juga!
Delete:))
saya dah add Ridu..
ReplyDeletelama lagi nak pergi tapi.
tiket dah booking?
Delete:D
lawanyaa... boleh terhenti nafas jap...
ReplyDeleteterima kasih hanie for the ole2..
jangan berhenti nafas lebih dari 4 minit tau k.ana!
Deletehehehe
juling jugak mata aku cari word Horas Samosir tu..ahahaha
ReplyDeleteminum air fanta mengadap lake toba tu rasa macam lepak minum kat Kintamani kan?
tempat 'paralayang' tu tempat org main paragliding ka?
dah tak baper jelas tulisannya. tulisan tu adalah pokok yg tinggi2 tau. bukan pokok bunga yg kecik2 tu
Deleteyup, macam kat Kintamani. Tula aku cakap, kalau makcik tu buat area ni macam kat Kintamani, sure dia jadi orang palong kaya kat kampung tu! haha
paralayang = paragliding... aku tak try tapi! kang ada yg balik parapat takyah naik feri. haha
uniknya bumbung rumah dia. lama dah tak tgk orang banting padi..
ReplyDeletediorang tanam n proses padi kat sana memang tak pakai mesin pun
Delete:)
sy tumpang seronok sbb x penah pegi ke sini lg
ReplyDeletemungkin boleh plan untuk ke sini satu hari nanti
Delete:)
cantik sangat view. Rumah batak yg sangat unik..
ReplyDeletepintu dia kecik jer..
Deletekalau husband saya masuk, sure sangkut kat pintu
hehe
Unik rumah org Batak bumbung rumah org Minang....
ReplyDeleteSalam kenal dr kak Nurul dan follow sini.
salam kenal kak nurul
Deleteha'ah.. ingatkan minagkabau.. rupanya batak :)
Cantik sekali pemandangan di sana...hati meronta2...
ReplyDeletejangan la meronta k.aina
Deletebeli jer tiket.. hehe
lepas baca cite ni tiba -tiba je cik ina nak pindah ke sana. bestnya jauh dari hiruk pikuk kota. aman damai kat sana. fanta feveret tu : )
ReplyDeletekat sana takde shopping complex cik ina
Delete:D
rumah org batak tu mmg jadi port idaman saya utk menembak!!!
ReplyDeletememang comel rumah tu
Deleteteringin nak masuk, takut nak mintak tapi.. hehe
canteknya view dr rumah kecil tu.. kami xdan nak pergi Samosir sbb sibuk shopping kat Tomok :D
ReplyDeleteaisey.. rugi tau
Deletenext time kena repeat! hehe